KEKASIH JELMAAN

Nabila2

Bab 3

Ada satu hari tu, masa dalam kelas. Hidayat tak siapkan kerja sekolahnya. Cikgu suruh dia berdiri di luar kelas. Dia seorang je kot yang berdiri kat luar kelas tu. Tapi dari dalam kelas, kami dengar dia bersembang sambil ketawa. Kami semua pandang dia kat luar. Dia memang seorang diri tapi kami nampak dia bercakap. Cikgu berjalan ke arahnya. Dan memandangnya. Masa tu Hidayat sedang membelakangkan cikgu.

Aku pandang Hidayat. Cadangnya nak bagi isyarat kat dia bahawa cikgu ada kat belakangnya. Tapi tak tahu macammana mata aku boleh ternampak satu lembaga berupa patung yang menyerupai orang-orang di sawah untuk halau burung tu. Aku nampak jelas benda tu berdiri di tepi cikgu tapi cikgu seperti tak nampak dia. Mata cikgu fokus melihat Hidayat yang masih bercakap seorang diri.

Cikgu mengangkat rotan di tangannya seperti mahu mengetuk pintu untuk mengejutkan Hidayat tapi aku nampak lembaga tu memegang tangan cikgu dan kelihatannya seperti cikgu dapat melihat lembaga itu secara tiba-tiba.

Cikgu menjerit kuat dan dia menggeletar. Hidayat menoleh dan terus memegang cikgu yang hampir jatuh seperti terkejut sangat. Semua murid berlari ke arah cikgu. Cikgu dan murid dari kelas sebelah pun menjenguk keluar dari bilik darjah mereka. Tapi aku yang berada di kedudukan paling hampir dengan Hidayat masa tu, hanya dipisahkan dengan tingkap bilik darjah je, aku dengar Hidayat seperti memarahi lembaga orang-orang tu. “Kenapa kau kacau dia? Kan aku dah cakap jangan tunjukkan diri kamu kat siapapun?” katanya seakan berbisik, tapi aku boleh dengar dengan jelas.

Ketika semua orang berkerumun dekat cikgu yang menjerit ketakutan tu, aku nampak lembaga tu berlari ke arah satu pokok dan naik ke atas pokok tersebut. Dah macam monyet pun ada. Semua orang sibuk melihat cikgu tapi aku yang yang tak bergerak dari meja aku, sibuk tengok lembaga tu.

Lepas hari yang aku nampak ada patung Barbie duduk bertenggek kat bahu Hidayat tu, aku selalu nampak benda pelik yang bersama Hidayat. Dalam kelas, aku duduk belakang Hidayat. Sebelah Hidayat ialah Hafiz. Sebelah aku pula ialah Shima. Ada satu masa tu, pensil Hafiz terjatuh. Masa dia tunduk nak ambil pensil tu, tiba-tiba je mata aku nampak patung Barbie tu bertenggek kat belakang Hafiz sambil menekan-nekan kepala Hafiz. Aku pandang Hidayat tapi Hidayat macam buat tak tahu je. Aku pandang Shima, Shima pun fokus kat cikgu kat depan. Aku gosok mata aku berkali-kali. Tapi aku masih nampak benda tu.

Bila Hafiz bangun lepas ambil pensil, patung Barbie tu lompat balik ke bahu Hidayat. Dan dia pusing ke belakang, bertentang mata dengan aku. Macam bagi isyarat, apa pandang-pandang? Aku terus tundukkan kepala, alihkan pandanganku ke arah lain. Tak sanggup nak tengok.

Aku minta cikgu tukarkan tempat duduk aku. Aku nak duduk jauh dari Hidayat. Hidayat pun macam kecil hati dengan aku. Dia tanya kenapa aku minta duduk jauh dari dia? Aku bagitahu bahawa aku panas, duduk tepi nanti tak dapat rasa kipas.

Aku bagitahu kat mak aku pasal ‘kawan’ Hidayat tu, tapi mak aku kata aku kuat berangan, suka tengok kartun sangat.

Kali terakhir aku mampak ‘kawan’ Hidayat tu ialah masa ‘dia’ lalu tepi aku dengan kaki tak cecah lantai. Rupa dia masih macam patung Barbie tapi dalam versi besar, sama saiz aku. Dia lalu macam tu je. Matanya tajam memerhati semua murid dalam kelas tu. Masa dia lalu tepi aku, aku cuba nak buat macam aku tak nampak dia tapi boleh pulak dia berhenti kat tepi aku dan angkat tangan nak pegang aku. Aku pun apa lagi, bangun dan lari ke luar kelas le jawabnya. Siapa nak tunggu macam tu weh. Sampai kat luar kelas, mungkin sebab aku lari lintang pukang, aku terlanggar pasu besar kat luar kelas sampai jatuh. Lepas tu aku pengsan. Tak ingat apa-apa pun.

Sedar² je aku ada kat bilik rawatan sekolah. Aku pandang sekeliling. Aku bagitahu cikgu bahawa Hidayat ada bawa hantu datang sekolah. Cikgu suruh aku bersabar. Tunggu hingga mak aku sampai.

Bila mak aku sampai, aku terus bagitahu pasal ‘kawan’ Hidayat tu. Lepas tu mak aku masuk bilik PKHEM. Tak tahulah apa mereka sembang. Tapi lepas tu mak aku tukarkan sekolah. Fuh!! Tak tau la aku rasa lega sangat. Lepas tu aku tak jumpa Hidayat dah.

Berita yg sampai kat aku, tak lama lepas aku pindah sekolah, Hidayat pun tukar sekolah atas nasihat guru besar sebab ada beberapa murid nampak dia bawa monyet hitam bermata merah dan bergigi taring datang sekolah. Monyet tu selalu panjat pokok besar belakang sekolah sambil memerhati murid lain yg bermain kat bawah pokok. Hidayat langsung taknak bergaul dgn murid lain. Kesian dia. Mmg aku je la kawan dia masa kat sekolah walaupun aku ni perempuan. Lepas aku pindah, dia takde kawan. Tapi aku syak monyet tu la kawan Hidayat yg namanya Jamilah.

Aku ingat sampai situ je la aku perlu dengar cerita Hidayat dgn Jamilah. Manalah tau, kami masuk sekolah menengah yg sama! Aduh…

Hidayat macam happy sangat jumpa aku. Banyak dia bercerita. Lain betul sikapnya dari yg aku kenal dia masankat sekolah dulu. Walaubagaimana cerianya rupa dia aku tetap sangsi. Mataku melilau je tengok sekeliling dia. Sampai dia perasan dgn ketidakselesaan aku.

“Kau cari apa Murni? Sampai tak peduli kat cerita aku?” Tanyanya.

“Kawan kau dulu ada lagi ke?” Aku tanya.

“Kawan mana?” Tanyanya semula.

“Jamilah,” aku terus tanya.

“Ooo… Jamilah. Mestilah masih berkawan dgn aku lagi. Kami kan dah bersumpah akan hidup bersama sampai bila². Kan Jamilah kan?” Katanya bersahaja sambil memandang ke sebelah kirinya yg kulihat kosong.

Maka, bermulalah semula kegelisahan hidup aku. Tapi kali ni aku lebih matang, aku tahu dah macammana nak uruskan kalau Jamilah kacau aku. Huh!

-Bersambung-

7 thoughts on “KEKASIH JELMAAN

  1. kak long jgb bg sy menanti bab 5.. tlong cepat sikit.. klau tk ckup tngn taip, sy boleh tolong.. tk leh miss satu pon.. takot terlupa bab2 yg lepas.. plss kak long..

    Like

Leave a Reply to zarul rosmam Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s