KEKASIH JELMAAN

Bab 2

Ada satu hari tu, masa kami tengah makan kat kantin, Hidayat pun ada sekali. Dia macam biasa akan bawa 2 bekal. Satu bekal lagi kawan dia punya katanya. Haritu sengaja aku perhatikan makanan yg kononnya kawan dia punya tu. Betul la… Makanan tu mmg ada orang usik!

Aku pernah tanya Hidayat, kenapa kami tak nampak kawan dia tu? Katanya kawannya pemalu sebab rupa dia tak cantik. Aku pernah suruh dia lukis gambar kawan dia tu. Dia kata kawan dia tak bagi, dan kawan dia kata dia tak suka aku banyak tanya psl dia.

Tapi aku tak serik, aku tetap nak tahu siapa kawan dia si Jamilah tu.

Satu pagi tu, masa semua orang baru sampai, cuaca pun masih gelap. Aku nampak Hidayat sedang berjalan masuk kawasan sekolah. Aku ikut belakang dia. Aku cuba tengok kalau nampak apa² yg pelik. Hidayat kata, Jamilah tu suka duduk atas bahu dia. Aku pun ikut rapat belakangnya dan perhati bahagian bahunya. Tak lama, tiba² aku tersentak bila ada orang ketuk belakang kepala aku.

Aku terus menoleh, takde siapa belakang aku. Aku pun paling ke depan semula dan aku nampak sesuatu di atas bahu Hidayat.

Aku nampak benda tu seperti satu patung mainan Barbie. Dia bertenggek di atas bahu Hidayat mengadap belakang Hidayat, iaitu mengadap muka aku. Aku gosok mata beberapa kali.

Anak patung tu goyangkan kakinya, sambil kenyitkan matanya kepada aku. Aku berhenti dari mengekori Hidayat. Aku nampak anak patung tu melambaikan tangannya kepada aku.

Aku tak tahu apa yg aku lihat tu adalah betul atau aku masih mengelamun. Maklumlah sekolah pagi, mata belum cukup buka.

Masa kelas subjek agama, ustazah cerita tentang jin. Ustazah kata, hantu tak wujud. Yg wujud ialah syaitan dan jin. Ustazah kata, jin tu sama macam kita, dia makan minum solat, dan jin tu ada yg jahat ada yg baik, sama macam kita. Cuma Ustazah kata, rupa jin lain sikit sebab jin mampu hidup lama. Jadi rupa mereka dah berubah-ubah mengikut perubahan usia mereka. Ada yg hidup 200 tahun.

Masa tu Hidayat kata, Jamilah dah hidup 100 tahun. Katanya Jamilah kecik je, sebab tu dia boleh duduk kat atas bahu dia. Jamilah juga boleh menyelinap masuk kat bawah meja masa Hidayat sedang belajar dalam kelas. Ada masa Jamilah akan duduk bertenggek di atas almari di belakang kelas.

Ustazah kata Hidayat mengelamun tinggi sangat. Hidayat pun diam. Tapi aku percaya, sebab aku selalu nampak Hidayat sembang dengan seseorang. Dan aku pernah perasan, beg aku letak tempat lain, masa nak balik dah duduk kat tempat lain.

Lepas Hidayat kata Jamilah selalu bertenggek kat atas almari kat belakang kelas kami, aku tak berani dah simpan beg aku kat situ. Aku sanggup angkut beg aku yg berat tu ke hulu hilir.

Hidayat tanya aku, adakah aku benci Jamilah? Aku tanya kenapa pulak? Hidayat kata sebab Jamilah kata aku tak suka dia. Hidayat kata, kalau ada org tak suka dia, dia akan kacau orang tu sampailah org tu terpaksa suka dia.

Aku pandang Hidayat. Wajah Hidayat nampak takut. Aku tanya kenapa? Hidayat geleng kepala sambil angkat beg dia dan berlalu pergi tinggalkan aku.

Bersambung…

10 thoughts on “KEKASIH JELMAAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s