KEKASIH JELMAAN

Bab 1

Korang semua mesti pernah dengar tentang rakan imaginasi kan? Rakan imaginasi ni selalunya berdamping dgn anak kecil je. Ianya akan hilang sendiri bila anak kecil ini meningkat ke usia kanak2 apabila mereka dah ada kawan realiti dlm kehidupan mereka.

Tapi korang pernah dengar tak rakan imaginasi ni mengikut seseorang itu hingga dia remaja, dewasa dan akhirnya menjadi kekasih hatinya. Gulp!!

Ceritanya begini. Dulu aku ada seorang kawan lelaki ni. Namanya Hidayat. Dia anak tunggal. Mak ayahnya orang bisnes, memang sibuk memanjang. Jarang ada kat rumah. Mereka selalu ke luar kawasan, ke luar negara. Dan Hidayat ni selalunya tinggal dengan Mak Limah, pembantu rumah mereka. Suami Mak Limah, Pak Deris pun kerja dengan mak ayah Hidayat ni jugak sebagai pemandu ayah Hidayat merangkap tukang kebun. Mak Limah dan Pak Deris takde anak, jadi sebab itulah mereka boleh menyayangi Hidayat ni seperti menyayangi anak sendiri.

Aku kenal Hidayat ni sejak darjah 3. Masa tu dia baru bertukar ke sekolah yg sama dengan aku. Masa mula² masuk sekolah tu, dia memang tak nak bergaul dengan orang lain. Dia sering bersendirian. Bila kami datang menegur dia, dia akan menjeling kami seperti kami nak rompak makanan dia.

Tapi kami pernah mengintip dia semasa rehat. Dia beli 2 makanan dan letak 1 kat depan dia. Masa makan, dia sembang sambil gelak² macam ada orang lain bersama dia. Bila sedar kami mengintip dia, dia akan pandang kami macam harimau nak terkam mangsa. Dan kami pernah dengar bunyi merengus tapi rasanya itu bukan bunyi dia.

Cikgu pernah tegur kami, suruh kami jangan pulaukan Hidayat. Cikgu suruh kami bergaul dengan dia. Ajak belajar sama-sama, rehat sama-sama. Mungkin sebab cikgu tengok dia selalu bersendirian. Masalahnya, bukan kami yg taknak kawan dengan dia tapi dia yg taknak kawan dengan kami.

Dan akhirnya cikgu bawa dia ke sesi kaunseling. Panggil ibu ayahnya datang sekolah tapi macam biasalah, Mak limah dan Pak Deris yg datang. Cikgu nasihatkan agar Hidayat belajar bergaul dengan kawan² di sekolah kerana bimbang Hidayat membesar sebagai insan anti sosial. Anti sosial ni sejenis penyakit jugak kata cikgu.

Selepas itulah dia bergaul perlahan² dengan kami. Kiranya aku ni dah jadi best friend dia la. Sebab aku suka tengok dia, dia comel. Dengan spek mata bulat dan tebalnya, dan kami mempunyai persamaan iaitu suka baca buku.

Tapi masa mula² dia sembang dengan aku, dia ada kata kalau nak terima dia sebagai kawan dia, aku kena terima kawan baik dia juga. Aku pelik juga. Selama sebulan dia kat sekolah tu, aku tak pernah nampak kawan dia tu. Katanya itulah kawan baik dia sejak dia mengenali dunia. Kawan dia selalu ikut dia walau ke mana dia pergi.

Tapi katanya kawan dia ni tak suka dia bergaul dengan orang lain. Jadi sesiapa yg nak berkawan dengan dia mestilah kena buat baik pada kawannya tu juga. Katanya kawannya itu pelik sikit sebab suka merangkak, dan duduk kat atas bahu dia. Dan kawannya tu bernama Jamilah.

Bersambung…

One thought on “KEKASIH JELMAAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s