AKU NAMPAK DIA

Bab 9 (Bab Akhir)

“Pulangkan dia secara baik dan aku takkan ganggu masyarakat kamu. Tapi kalau kamu berdegil, aku juga akan berkeras.” Aku dengar suara lelaki asing tadi lagi.

“Tidak! Selagi dia tak pulangkan barang milik anak aku,” sahut dukun tadi dengan wajah penuh marah memandang ke satu arah di atas kepalanya. Aku mendongak memandang ke atas yg dia pandang tapi tak nampak apa². Makhluk² pelik yg banyak tadi semuanya seperti ketakutan.

“Anak kamu dah tiada. Itu perjanjian dia dengan Tuhannya. Siapa kamu untuk mengatakan kematiannya angkara makhluk lain di bumi ini? Dan siapa kamu utk menuntut hak di atas kematian yg dimahukan Tuhan?” sahut lelaki asing itu lagi.

Pakcik dukun itu mendengus sambil menghentak² tongkat bertengkorak manusia itu. Setiap kali dia menghentak tongkatnya, makhluk lain menutup telinga seolah bunyi hentakan itu amat menakutkan tapi aku tak dengar apapun.

” Pulangkannya sekarang. Aku minta cara baik,” terdengar suara lelaki itu lagi.

“Tidak! Dulu dia masuk ke dunia aku tanpa izin. Dia ganggu hidup aku. Dia sebabkan anak aku mati. Dan kemudian dia balik ke dunia kamu dengan tenang setelah menyusahkan aku. Sekarang dia masuk ke dunia aku dengan kerelaan hatinya sendiri. Kenapa pula aku nak hantar dia balik?” jawab pakcik dukun itu. Dia berpusing² seolah sedang mencari akal untuk melawan.

“Kau sendiri tahu, kamu semua boleh melihat kami. Boleh melihat dunia kami. Itu kelebihan yang Tuhan anugerahkan kepada kamu. Tapi anak itu tiada kelebihan itu. Dia tak boleh melihat dunia kamu. Dia tak tahu apa². Dia tak ingat apa². Tapi kamu kena ingat, darjat anak itu lebih tinggi dari kamu.”

“Tidak! Aku takkan pulangkan dia. Dia milik aku sekarang,” dukun itu seolah menggigil. Tak tahulah menggigil marah atau menggigil takut.

“Baik, aku dah minta cara baik. Tapi kau tak mahu bekerjasama. Jadi, aku terpaksa ambil anak ini dengan cara aku,”

Aku lihat makhluk pelik lain lari bertaburan. Ada yg jatuh dipijak makhluk lain, yang terbang pun berlaga sesama sendiri. Dan akhirnya tempat itu kembali kosong. Tinggal aku dengan dukun itu saja.

Dukun itu memejamkan matanya. Suasana sunyi seketika.

Dukun itu membuka matanya. Memandang tepat ke arah aku. Dia melangkah menghampiri aku. Mengangkat tongkatnya tinggi di udara. Dan tindakannya seolah mahu menghentak kuat kepalaku dengan tongkatnya. Aku tak berdaya bergerak. Segala sendi aku seperti telah dikunci. Aku menangis, teringat kat mak ayah dan adik². Takkanlah aku akan mati secara ini. Di tempat yg aku tak tahu di mana. Bukan di dunia aku.

Ketika tongkat dukun itu hampir dengan kepala aku, tongkat itu terhenti tiba². Dan terapung di udara. Sayup² aku dengar laungan azan.

“ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

ASYHADU AN LAAILAA HA ILLALLAH”

Pakcik dukun itu duduk sambil menutup telinganya. Wajahnya memang ketakutan dan kesakitan.

Seketika kemudian kawasan itu dipenuhi asap putih yg tebal. Aku lemas. Aku tak boleh bernafas. Dan akhirnya aku tak sedar apa berlaku.

Aku tersedar bila terdengar suara seseorang memanggil nama aku. Dan aku terasa seperti muka dan rambut aku di lap dengan kain basah. Aku buka mata. Kabur.

“Alin, Alin… Bangun nak,” Aku dengar suara mak. Aku buka mata sekali lagi. Aku nampak mak, aku nampak ayah. Aku nampak ramai orang. Aku menangis, aku bersyukur, aku dah balik.

“Alhamdulillah. Dia dah sedar.” terdengar suara ayah.

“Mak, semalam Alin pergi kat mana entah. Alin jumpa dukun yg kita pergi berubat tu,” aku bercerita tanpa pedulikan orang keliling.

“Semalam apa pulak. Kamu dah 2 minggu ‘hilang’,” kata emak. Aku diam. Eh, baru semalam aku pergi rasanya.

“Ustaz ni jumpa kamu kat ladang kelapa sawit belakang rumah opah,” jelas mak lagi. Aku diam, termenung dan berfikir. Baru semalam aku dengan dunia satu lagi tu kot. Kalau 2 minggu rasanya aku mati dah.

“Dah, jangan cakap apa² lagi dengan dia. Biarkan dia rehat. Biar memori dia lupakan dunia satu lagi tu. In shaa allah dia akan ok tak nanti. Kalau perlu, bawa dia ke hospital utk dapatkan rawatan. Badannya dah kekurangan zat.” kata lelaki yg mak aku kata ustaz tu.

Ustaz tu keluar diikuti dengan ayah dan beberapa orang lain di situ.

“Mak, betul ke Ida dah hilang 2 minggu?” aku tanya lagi.

Mak tak jawab. Mak bawakan makanan. Mak suruh aku makan. Dan aku yang memang sedang kelaparan, aku makan.

Aku nampak mak menangis.

“Kenapa mak?”

Mak hanya gelengkan kepala.

“Cakaplah mak. Apa dah jadi?”

“Sebenarnya malam yg kita nak pergi berubat kamu tu, kita telah disesatkan. Ayah sebenarnya nak pergi ke rumah lain. Tapi kita telah ‘dibawa’ ke rumah dukun jelmaan itu. Masa tu lagi kita dah masuk ke dunia dia. Dunia jin.”

Aku melopong. Terhenti makan sekejap. Patutlah banyak sangat benda pelik yang aku nampak.

“Ayah kamu rasa bersalah sangat tu. Sebab tergesa-gesa nak bawak kamu berubat. Sampai dipesongkan dek jin,” kata mak.

Aku diam. Aku sambung makan. Aku lapar.

Sejak kejadian itu, aku tak nampak makhluk pelik lagi. Tapi aku masih boleh lihat sesuatu. Aku nampak sesuatu yg orang lain tak nampak. Tapi kali ini aku dah tak takut. Cuma aku akan terpanik la sekejap sebab benda² macam ni muncul secara tiba². Tapi rupa mereka tak menakutkan. Mereka sama macam kita. Dan aku rasa mereka tak tahu aku nampak mereka. Jadi mereka tak ganggu aku, dan aku tak ganggu mereka.

Aku nampak dia.

Aku nampak orang yg dah mati!

-TAMAT-

8 thoughts on “AKU NAMPAK DIA

  1. Interesting! Terhibur saya habiskan baca semua chapter sementara lunchbreak. Tapi watak tu namanya “Alin” kan? Dalam chapter 9 nama dia “Ida”. Error kot.

    Like

  2. Terbaik cerita ni. Anak istimewa saya jenis yg boleh nampak benda2 halus juga. Sejak umur dia 10 thn rasanya kebolehan tu dah berkurangan. Kalau tak, saspen juga tiba2 dia tunjuk benda yg kita tak nampak..kdg2 pejam mata tak mahu tgk sambil berjalan. Kdg2 dia bercakap dan ketawa dgn kawan yg kita tak nampak.. scary.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s