AKU NAMPAK DIA

Bab 8 (Pra-Akhir)

Aku tersedar bila terdengar satu suara yg amat aku kenali, yakni suara mak aku. Kedengaran suara mak aku menangis teresak² memanggil nama aku. Aku bukak mata. Tiada mak aku. Aku masih di tempat yg kosong tadi tapi tak nampak makhluk² ganjil tu.

“Mak,” aku memanggil. Aku yakin sangat aku dengar suara mak aku sekejap tadi.

Aku pejamkan mata aku semula dgn harapan aku boleh mendengar suara mak semula. Tapi tiada.

Aku bangun. Aku pandang keliling. Kosong. Aku lapar. Aku penat. Aku takut. Aku keliru. Aku nak nangis. Tak tahu nak langkah ke mana dah.

Baru je nak melangkah, aku dengar seseorang berdehem. Kau pusingkan badan aku, mencari bunyi suara berdehem tadi. Dan aku nampak pakcik dukun tadi, memegang sebilah tongkat berhulukan tengkorak manusia.

“Pakcik, saya dengar suara mak saya. Di mana dia?” aku memberanikan diri bertanya tanpa memandang wajahnya. Aku tak berani tengok wajahnya.

“Ini dunia kamu, bukan mak kamu. Mak kamu takkan sampai sini,” katanya dgn suara garau.

“Betul pakcik, saya dengar dengan jelas,” sahutku lagi sambil memberanikan diri memandangnya, untuk menyatakan kesungguhan aku terdengar suara mak aku.

“Aku dah kata tiada!!” tiba² dukun tersebut menjerkah aku. Membeliakkan matanya dan menghentak tongkatnya ke tanah. Tanah yg tiada berumput mahupun pasir. Segalanya kosong, atas dan bawah, kiri dan kanan.

Aku diam. Tunduk memandang kaki sendiri. Tiba² aku terasa seperti kaki aku tak menjejak bumi. Aku angkat kaki aku. Betul, aku tak pijak bumi.

“Tak lama lagi kamu akan berpijak di lantai tu.” kata dukun itu lagi. Aku angkat mukaku memandang dukun itu.

“Pakcik ni siapa sebenarnya? Saya di mana sekarang ni? Mana makhluk² yang pelbagai rupa tadi?” tanyaku bertalu.

“Kamu di dunia kami. Suatu ketika dulu, kamu telah mengambil sesuatu dari rumahku. Benda itu seketul batu kecil berwarna merah sebesar kurma. Ianya milik anak aku. Anak aku sangat sayangkan benda itu. Itulah permainannya. Tapi kamu dah ambil dan bawa ke dunia kamu. Hinggalah anak aku mati,” dukun itu bercerita.

Aku diam. Tak pernah rasanya aku ambil barang anak dia. Kenal pun tidak. Aku jumpa dukun tu, malam yang nak berubat tu je la.

“Saya rasa pakcik salah orang. Saya tak kenal anak pakcik,” aku cuba menjelaskan.

“Puas aku cari kamu. Tapi tak jumpa. Hingga akhirnya aku bersumpah, sesiapapun yang mengambil barangan milik anak aku, dia akan dapat melihat dunia aku hinggalah dia memulangkan barangan tersebut.” dukun tersebut terus bercerita. Aku makin keliru. Rasa macam tak masuk akal.

“Saya tak faham pakcik. Saya minta maaf jika saya ada buat pakcik marah. Tapi saya memang tak ingat langsung siapa pakcik atau anak pakcik. Boleh tak pakcik tunjukkan cara untuk saya balik ke dunia saya?” kataku masih mencuba. Aku yakin pakcik tu silap orang.

” Kamu takkan balik selagi tak pulangkan barang anak aku!” jerkah dukun itu lagi.” “Kamu akan tinggal di sini, hidup dalam dunia kami, makan makanan yg sama dengan kami, dan mati dengan cara kami,” katanya lagi membuatkan aku terus duduk dan diam.

Aku menangis. Air mataku mengalir deras. Apa lagi yg aku boleh buat? Aku nampak makhluk pelik tu makan tulang. Takkan aku nak makam tulang? Aku tengok makhluk pelik tu bergaduh sesama sendiri bila berebut tulang. Takkan aku pun kena berebut dengan mereka. Aku tengok makhluk pelik tu makan badan kawan lain, walaupun kawan tu masih hidup. Takkan aku pun akan dimakan macam tu.

Ya Tuhan. Tolong aku….

Tiba² dengar suara seorang lelaki. Aku tak cam suara tu. Itu bukan suara dukun tadi. Bukan suara ayah aku. Bukan suara yg aku kenal juga.

“Pulangkan dia. Dia bukan milik kamu. Dia milik Penciptanya,”

Tak semena-mena dukun tadi muncul. Wajahnya lebih bengis dari yg selalu aku nampak. Dan muncul juga beberapa makhluk pelik di belakangnya.

“Dia ambil barang anak aku. Aku hanya akan benarkan dia balik selepas dia pulangkan barang anak aku,” sahut dukun itu.

Aku memusingkan badan aku, memandang keliling mencari suara lelaki asing tadi. Tak nampak sesiapa, cuma nampak berekor-ekor makhluk pelik di merata-rata. Seperti lebih banyak dari yang sebelumnya.

Sekarang apa pulak??

One thought on “AKU NAMPAK DIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s