AKU NAMPAK DIA

Bab 7

Aku melangkah perlahan-lahan dlm kekeliruan. Ke mana aku nak pergi pun aku tak tahu. Tiada petunjuk langsung. Bayangkan, tiada sesuatu yg bergerak apatah lagi berbunyi.

“Hello! Mak, Ayah!” panggilku. Kot la ada yg menyahut. Namun aku hampa. Nak atau tak, aku kena usaha sendiri. Melangkah ke satu arah, moga berjumpa dgn seseorang atau sesuatu.

Tiba² aku dengar bunyi. Bunyi seakan sekumpulan orang sedang berbual. Tapi aku tak dpt memahami apa yg dikatakan. Aku lajukan langkahku. Ke arah bunyi itu. Namun setelah 15 minit, aku gagal menemui sesiapa. Aku berhenti melangkah, berpusing ke belakang dan aku nampak seseorang… Eh jap… Sesuatu sedang bergerak. Ianya sesuatu yg panjang seperti bantal peluk, dan ia berguling di atas tanah. Mula² perlahan, makin laju, laju dan terus laju menuju ke arah aku. Aku pusing semua dan cuba lari. Di depan aku, ada beberapa orang pelik. Dan mereka juga memandang aku seperti aku yg pelik.

Salah seorang bertanduk, seorang lagi tanpa kepala, ada yg dgn rambut mengerbang, ada yg melompat² cuba menggapai aku, ada yg terbang. Ya Tuhan, aku kat dunia mana pulak ni?????

Aku cuba lari, tapi kaki aku sedang dipaut seorang budak kecil berwarna hijau dgn telinga yg panjang, mata merah hampir tersembul keluar dan gigi bertaring tajam. Lidahnya panjang, menjilat² kaki seluar aku.

Dapat bayangkan tak keadaan aku masa tu? Masa tu aku rasa mati adalah jalan terbaik. Walaupun aku tak tahu lepas mati apa pulak yg akan aku temui.

“Jangan ganggu dia,” tiba² ada suara garau. Suara itu seakan pernah ku dengar. Dan nampak pemilik suara itu amat digeruni oleh orang² atau ‘benda²’ di situ. Semua ke tepi. Budak kecik yg berpaut di kaki aku pun melepaskan pautannya dan merangkak menjauhkan diri dari aku.

Aku mencari arah suara garau tadi. Badan aku masih tak berhenti menggigil. Baju aku dah basah dek air mata aku yg mengalir bak sungai. Aku rasa aku dah demam!

Aku nampak sosok tubuh seorang lelaki berdiri tak jauh dari tempat aku dikerumuni sebentar tadi. Bulat mata aku memandang lelaki itu. Itulah dukun yang memberikan aku air utk diminum selama 7 hari tu.

Tak tahu kenapa ada sedikit perasaan lega di hati aku. Walaupun sebenarnya aku pun takut dan tak percayakan dukun tersebut, tapi ‘its better than nothing’ kan. Sekurang-kurangnya aku nampak seseorang yg aku pernah tengok di dunia aku yg sebenar.

Aku berlari ke arah dukun itu. Tetapi dukun itu mengangkat tangannya sebagai isyarat jangan hampirinya. Di belakangnya lebih ramai makhluk pelik. Gemuk, pendek, separuh badan, tinggi menggalah, macam² rupa dan bentuk.

Aku tak tahu macammana aku mampu buka mata utk melihat setiap rupa makhluk itu sedangkan sebelum ini aku takut sangat melihat benda pelik begitu. Mungkin bila dalam keadaan darurat begitu, aku terpaksa berdepan dgn apa saja. Aku tak boleh lari. Nak lari pun tak tahu kemana.

“Pakcik, saya kat mana ni?” tanyaku.

“Di dunia yg akan menyembuhkan sakitmu,”

“Saya nak balik, pakcik. Mak ayah saya tentu risau,” rayu aku lagi.

“Kamu tak boleh balik. Ini tempat kamu sekarang,” sahut dukun itu sambil menjegilkan matanya kepada aku.

Meremang bulu roma melihat rupanya. Dulu aku tgk dalam gelap, hanya bercahayakan sebatang lilin. Kini aku tengok dia dlm keadaan cerah, siang hari.

“Apa saya perlu buat utk saya kembali kepada mak ayah saya?”

“Kamu hanya perlu berkawan dgn mereka ni semua, dgn hati jujur,” jawabnya sambil berpusing membelakangkan aku dan melangkah meninggalkan aku.

“Saya tak kenal mereka semua pakcik. Ini bukan dunia saya,” aku meninggikan suara.

“Jadi kamu kenalah berkenalan dgn mereka. Itulah yg mereka rasa bila kamu rasa pelik melihat mereka ketika di dunia kamu.”

Dia terus melangkah meninggalkan aku. Dan makhluk² pelik tadi kembali mengerumuni aku. Budak kecil tadi kembali menjilat tangan aku. Dan aku pengsan!

Bersambung…

One thought on “AKU NAMPAK DIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s