AKU NAMPAK DIA

Bab 6

Tengah aku keras kat tempat duduk belakang memerhati ‘orang asing’ kat tempat duduk ayah tu, tiba² dia bergerak menoleh ke arah aku yg duduk kat belakang mak. Ya Tuhan, menggeletar lutut aku. Aku pejamkan mata, tak sanggup nak tengok. Euuuwwwwww…..!!!!

“Aku tau kau nampak aku. Aku datang nak jemput kau. Kau nak masuk ke kawasan kami kan? Sekarang la masanya,” lelaki itu bersuara membuatkan aku membuka mata dan memandang tepat ke arahnya.

Sebelah matanya dah hancur bersama separuh kepalanya. Tangan kanannya juga hancur. Aku jeling ke arah mak, mak sibuk tengok ayah kat luar kereta.

Lelaki itu hulurkan tangannya kepada aku. Aku nak jerit tapi tak mampu. Tiba² aku rasa pinggang aku seperti dicengkam dan ditarik kuat. Masa tu suara aku terkeluar, aku jerit mcm org gila. Last² kena tampar dgn ayah. Aku lebih sanggup ditampar ayah dari terus melihat benda² pelik ni.

Lepas tu, ayah terus pandu kereta. Ayah kata dia takkan berhenti lagi walau apapun yg dia langgar. Dan mujurlah perjalanan kami tiada gangguan lagi.

Sesampainya di rumah, jam dah pukul 4.30 pagi. Mak suruh aku mandi. Ayah pulak terus hilang masuk bilik. Nenek keluar dari bilik bila sedar kami dah sampai rumah. Sempat aku jeling melihat adik aku yg lena di katil. Dan mcm biasa, kat tepi adik ada la pulak makhluk tu duduk. Nampak macam budak kecik dlm umur 6 tahun, menyeringai je tgk aku, dah mcm main aum cak pulak. Aku dah cukup penat dgn apa yg aku dah lalui sepanjang malam ni, maka aku buat tak nampak je.

Budak kecik tu lari berpaut kat kaki aku. Euwwww… Aku gayat walhal tak duduk tempat tinggi. Uwaaaaaaa!!!!!! Aku lari, tup² terlanggar ayah kat dapur. Ayah pandang aku dgn pandangan serius tapi tak cakap apa². Ayah berlalu pergi. Budak kecik tu pun merangkak pergi tinggalkan aku. Dia pun takut kat ayah kot.

Jam 6 pagi, aku baru rasa nak lena. Mak datang bawak segelas air. Aduhai makkkkk…. Esok² la aku minum air tu. Tak sanggup dah aku nak tengok benda² pelik tu.

“Mak, Alin tak sedia lagi mak. Tolonglah, nanti bila Alin dah sedia, Alin sendiri akan ambil air tu utk minum,” aku rayu mak.

“Kamu nak tunggu bila? Jgn sampai ayah hantar kamu ke hospital mental lagi,” Tiba2 ayah bersuara di sebalik pintu.

Aku terkedu. Diam seribu bahasa sambil mata bergenang air menjeling ke arah mak yg kelihatan serba salah.

Aku ambil gelas dari tangan mak. Selawat Nabi dan baca Bismillah. Baru je aku nak minum, gelas tu pecah. Aku terkejut, mak pun begitu. Ayah jeling aku dgn serius. Amat menakutkan.

“Gelas tu dah nak pecah, tak payahlah salahkan dia. Ada lagi di dapur tu. Nanti dia minum lah,” pujuk mak.

Ayah berlalu pergi. Aku lega. Mak tarik nafas panjang.

“Mak, Alin rasa tak sedap hati dgn dukun tu mak. Dia pun tak macam manusia biasa spt kita. Macam2 makhluk bergayut kat keliling dia. Kalaulah mak nampak apa yg Alin nampak, mesti mak tak sanggup lepaskan Alin pergi ke tempat tu,” rayuku.

“Kita kenalah berusaha. Takkan nak biarkan saja keadaan kamu mcm ni, dah lama kan,” mak pujuk. Aku diam.

Esok harinya, aku beranikan diri minum air yg dukun tu bagi. Demi mak supaya tak terus serba salah antara anak dan suami.

Hari pertama, hari kedua, hingga hari ke 6, aku tak lihat benda² pelik tu. Lapang dada aku utk tempoh 6 hari tu. Kalaulah aku tahu lepas minum tu aku tak nampak ‘mereka’, mesti dah lama aku minum.

Hinggalah hari ke 7….

Sebaik aku meneguk titisan akhir, aku pening dan terasa mengantuk yg amat sangat. Masa tu jantungku berdegup kencang, badanku berpeluh² menitis, pandanganku kabur dan aku rebah.

Sebaik terjaga, aku bukan di rumah. Aku berada di satu tempat yg tiada manusia. Tiada makhluk pelik, tiada kenderaan, tiada bunyi bunyian. Segalanya kosong. Nampak tenang tapi hatiku gundah gulana.

Aku bangun, berjalan mencari seseorang, atau sesuatu, atau apa saja. Tiada! Kosong sekosong²nya.

Ya Tuhan, apa pula dugaannya kali ini.

Bersambung….

2 thoughts on “AKU NAMPAK DIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s