AKU NAMPAK DIA

Bab 5

Sebaik ayah buka pintu kereta, makhluk hitam di luar kereta hilang. Terbang seperti angin. Aku pandang keliling, mana tau kot dah masuk dalam kereta.

Ayah pergi ke arah depan kereta lalu membuka bonet depan utk melihat enjin. Aku dan mak berpegangan tangan, mendiamkan diri seribu bahasa. Tangan mak menggeletar, aku dapatkan rasakan tu. Masa tu aku terfikir, kalaulah mak boleh tengok apa yg aku nampak selama hari ni, baru mak tahu betapa aku terseksa.

Aku melihat ayah dicelahan pintu bonet depan yg terbuka. Aku tak nampak ayah kerana ditutup oleh penutup bonet yg terbuka. Tapi dari celahan penutup bonet tu, aku nampak ada tubuh lain selain ayah. Dia berdiri di tepi ayah. Aku cuba memanjangkan leher nak jenguk siapa bersama dengan ayah tapi mak halang. Mak suruh aku jangan tengok keliling. Sebab mak tahu aku akan nampak benda yg bukan-bukan. Dan lepas tu aku beritahu mak dan mak akan rasa takut.

“Mak, ada org lain bersama ayah tu,” aku cuba beritahu mak. Mak tutup mulut aku dengan tapak tangannya.

“Kamu diam je. Jangan tegur apapun yg kamu nampak,” bisik mak.

“Tapi mak, itu mungkin ada orang yg tolong ayah. Tapi mana tau ada org cuba merompak kita juga. Biarlah Alin pergi tengok,” sahut aku masih berdegil untuk melihat.

Mak lepaskan tangan aku. Dalam takut tu, mak masih risaukan ayah.

Aku buka pintu perlahan. Melangkah perlahan ke bahagian depan kereta, ingin menghampiri ayah. Ternyata ada seseorang berdiri di sebelah ayah. Aku melangkah merapati ayah yg hanya disuluh oleh lampu kereta semata-mata.

Semakin aku hampir kpd ayah, semakin jelas kelihatan org disebelah ayah. Aku tergamam, tak tau la itu org atau apa. Dia tinggi, ketinggiannya hingga aku tak dpt lihat mana kepalanya.

Aku mendongak, membuatkan ayah memandang aku “Kamu dah kenapa? Pergi masuk kereta,” sergah ayah. “Ayah, ada sesuatu kat sebelah ayah,” aku cuba bagitau ayah. Tapi ayah jeling aku.

Tiba² terdengar bunyi seseorang batuk. Ayah dan aku tersentak. Suara itu datangnya dari arah belakang ayah. Tapi aku tak nampak sesiapa pun, dah la suasana gelap.

Bunyi batuk itu semakin kuat seolah semakin hampir dengan kereta kami. Ayah berpusing memandang ke belakang kelihatan seorang lelaki tua melangkah merapati kami.

“Kenapa ni?” tanya lelaki tua itu dgn suara garau.

“Kereta ni tak boleh start,” Ayah jawab sambil bagi isyarat supaya aku masuk dlm kereta. Tapi entahlah, aku ni degil. Aku tetap berdiri kat situ melihat lelaki tu itu. Dah la makhluk tinggi galah tu tadi masih lagi berdiri di tepi ayah. Lagi la aku ingin nak lihat apa yg jadi.

Kelihatan lelaki tua itu membongkokkan badannya melihat enjin kereta ayah. Lepas tu dia menyentuh beberapa bahagian di enjin kereta ayah.

“Cuba hidupkan enjin,” katanya pada ayah.

Ayah pun sepantas kilat berlari ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin. Dan enjin berjaya dihidupkan. Ayah menarik nafas lega.

Ayah keluar dari kereta berjalan ke aras lelaki tua tadi tapi lelaki tua itu dah tiada di tempatnya. Berpusing ayah mencarinya tapi tak kelihatan. Makhluk tinggi galah tadi pun takde dah. Aku pun tak perasan sbb sibuk tengok ayah.

“Dah, kamu masuk kereta. Jom kita keluar dari tempat ni,” kata ayah sambil menutup bonet enjin kereta. Aku pun tak berlengah, terus masuk dlm kereta.

Mak diam je. Takut kot.

Ayah terus masuk gear, jalan. “Apa masalah kereta ni?” tanya mak setelah kami bergerak jauh sikit dari tempat tadi.

“Entahlah. Minyak banyak. Mujurlah ada org tua tu tadi.” ayah bagitahu.

“Org tua mana? Saya nampak abg sorang je tadi,” sahut mak.

“Ada la sorang lelaki tua tadi. Tanya Alin, dia nampak,” kata ayah sambil menuding jari ke arah aku.

“Iye mak, ada pakcik tua tadi yg betulkan enjin kereta ayah,” sahutku mengakui apa yg ayah cakap.

Mak diam. Tapi wajahnya serius.

Ayah terus pandu kereta. Aku lihat jam pukul 3 pagi. Tiada kenderaan lain. Kami pun diam je. Aku menahan mata mengantuk.

Sedang kami melayan perasaan masing², gedegang!!! Ayah terlanggar sesuatu!

Ayah berhentikan kereta tanpa matikan enjin. Mak mula risau balik. “Apa pulak ni?” rungutnya.

Ayah keluar dari kereta. Masa itulah aku nampak seseorang menyelinap masuk dlm kereta dan duduk di tempat ayah. Aku dpt hidu bau hanyir darah. Dan dari pandangan aku yg tak berapa cerah ni, aku nampak yg duduk di tempat ayah ialah seorang lelaki dgn kepalanya yg tinggal separuh & darah mengalir deras dari kepalanya yg hancur.

Aku terpana. Tak mampu menjerit. Suara aku tersekat di kerongkong. Setiap sendi di anggota badan aku tak mampu digerakkan. Nak nangis pun tak mampu. Ayat quran apapun aku tak ingat. Mak masih kat tempat duduk sebelah pemandu. Ayah masih kat luar kereta mencari benda yg dilanggarnya tadi.

Bersambung.

One thought on “AKU NAMPAK DIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s