AKU NAMPAK DIA

Bab 4

“Air ini kamu sapukan ke muka anak kamu pada setiap hari di kala matahari terbenam. Dalam masa 7 hari dari hari pertama air ini disapu ke wajahnya, dia akan mengalami satu suasana dimana dia akan berada di kalangan makhluk-makhluk pelik dgn pelbagai rupa yg wujud di muka bumi ini.” terang lelaki tua itu kepada ayah sambil menyerahkan bekas air berikat kain kuning itu kepada ayah aku.

“Apa yg akan terjadi bila dia dah berada di dlm kalangan makhluk-makhluk tu?” tanya mak.

“Keadaan dia akan mengikut emosi dia pada masa tu. Sebab tu aku tanya tadi, dah bersedia nak masuk ke dunia tu?” lelaki tua itu memandang tepat ke mata aku. Aku tersentak. Rupa lelaki tua itu agak menyeramkan.

Dari tadi aku tak melihat wajahnya dgn jelas. Tapi kali ini aku melihatnya dgn sangat jelas.

Wajahnya hitam, hanya kelihatan matanya yg putih tanpa mata hitam seperti manusia biasa. Telinganya agak panjang berbanding manusia biasa. Meremang juga bulu roma aku melihatnya.

“Kalau begini pun kamu dah takut, macammana kamu nak lihat lebih lagi?” jerkah lelaki tua itu membuatkan aku terkejut dan mengalih pandangan mataku ke arah lain.

Mak dan ayah memandang aku dgn wajah keliru.

“Segalanya terserah kepada kamu sekarang. Tugas aku selesai. Kamu boleh balik.” kata lelaki tua itu dgn agak keras.

“Terima kasih tok. Kami minta diri dulu,” sahut ayah sambil terus berdiri, diikuti mak dan aku.

“Terlalu banyak yg kamu dah tengok. Jangan ceritakan kepada sesiapa. Kalau tak, kamu akan terima akibatnya,” lelaki tua itu bersuara keras tanpa memandang ke arah kami.

Ayah tak berlengah lagi, terus menarik tangan mak dan aku utk meninggalkan tempat itu.

Diluar, aku dapat lihat lebih banyak makhluk pelik daripada masa kami datang tadi. Ada yg bergayut di dahan pokok seperti monyet, yg merangkak di atas tanah, yg terbang, dan macam² keadaan lagi. Mak dan ayah kelihatan pucat, tak seperti ketika mereka datang tadi yg lebih tenang.

Sedang kami melangkah meninggalkan rumah lelaki tua itu, tiba2 sayup kami terdengar lolongan anjing panjang mendayu-dayu seperti dalam keadaan yg sangat sedih, tapi amat menakutkan bagi kami yg mendengar.

“Jalan terus, masuk kereta. Jangan pandang belakang lagi.” ayah bersuara sambil melangkah laju. Sebelah tangannya memegang botol air tadi dan sebelah lagi memegang tangan mak dgn kuat seperti tak mahu melepaskannya. Mak pula pegang tangan aku sampai sakit.

“Abang, perlahan sikit. Gelap ni. Nanti jatuh pula,” tegur mak.

“Aku rasa tak sedap hati. Seperti ada yg mengikuti dan memerhatikan kita. Seakan mahu menerkam kita,” sahut ayah sambil berbisik namun langkah tetap laju.

Aku mula rasa seram sejuk bila ayah cakap macam tu. Sebab dari tadi aku melihat ayah seperti sangat tinggi. Tapi disebabkan keadaan gelap, jadi aku tak endahkan perasaan aku tu.

Dalam kesamaran tu, aku cuba pandang ayah. Aku nampak ada sesuatu atau seseorang yg sedang berdiri di atas bahu ayah. Nampak macam bayang-bayang hitam.

“Mak, ada sesuatu kat atas ayah,” aku berbisik kepada mak.

“Jangan merepek sekarang ni. Diam je,” mak bersuara dgn nada yg agak cemas.

Kereta kami tak la jauh sangat tapi disebabkan keadaan takut dan gelap tu membuatkan perjalanan ke kereta kami terasa amat jauh. Kaki kami masing2 terasa berat walaupun ayah berjalan agak laju sambil menarik kami.

Sesampainya kami di kereta, aku nampak bayangan hitam yg berdiri di atas bahu ayah tadi terbang melayang dan hilang begitu saja. Dalam masa yg sama, kedengaran suara hilaian yg memanjang berselang seli dgn lolongan anjing tadi, seperti berlawan suara siapa lebih kuat.

“Mana kunci kereta tadi?” tiba2 ayah bertanya.

“Abang yg pegang tadi. Mana le saya tau,” sahut mak.

“Aku letak dalam poket seluar ni tadi. Tapi sekarang takde. Mana tau kot aku bagi awak pegangkan,” kata ayah sambil menyeluk poket seluar dan kemejanya mencari kunci kereta.

Masa tu la aku nampak kelibat lembaga berwarna putih berjalan terdengkot² keluar dari hutan berdekatan dan menghala ke arah kami.

“Mak, siapa tu?” aku tunjuk kat mak lembaga tu tapi mak marah aku. Mak suruh aku diam.

Lembaga itu makin hampir kepada kami dan ayah masih tercari² kunci kereta. Aku rasa macam nak meraung.

“hah.. Ada dah,” kata ayah lega bila dia dapat kunci kereta tu. Dia segera membuka pintu kereta, di kala lembaga itu sudah sangat hampir dgn kami.

“Masuk kereta cepat!”

Aku dan mak berebut2 masuk dlm kereta. Aku kunci pintu, takut lembaga tadi masuk dalam kereta. Aku lupa bahawa makhluk-makhluk ini boleh memasuki setiap ruang hanya dgn melalui laluan angin.

“Dah tak boleh start pulak dah!” aku terdengar suara ayah macam nak marah.

Masa tu aku lihat lembaga yg terdengkot² tadi berdiri di tepi kereta. Dia terus berjalan sambil mengelilingi kereta kami. Dan ayah pula sedang mencuba sedaya upaya utk menghidupkan enjin kereta.

“Tak boleh juga ke? Saya rasa tak selesa ni. Macam ada yg memerhati kita je ni,” kata mak.

“Aku keluar kejap, nak tengok enjin. Kot ada apa yg tak kena. Bateri problem kot,” ayah bersuara membuatkan aku rasa cemas.

“Ayah, jangan keluar. Ada sesuatu kat luar tu, macam marah sangat dgn kita,” aku cuba menghalang ayah.

“Habis tu, kamu nak tunggu sini sampai bila?” ayah berkata seperti menengking. Aku terdiam.

Pada masa ayah nak bukak pintu kereta, lembaga itu betul² berada di tepi pintu kereta ayah. Aku tahu aku tak boleh menghalang ayah tapi aku dapat rasakan lembaga itu seperti sangat marah bila mendengar rengusannya.

Bersambung…

One thought on “AKU NAMPAK DIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s