AKU NAMPAK DIA

Bab 3

“Mak, perlu ke kita berubat benda ni mak?” tanyaku.

“Kenalah berubat, sebab kita tak pandai nak buang kebolehan kamu ni. Melainkan kamu nak kekal dengan macam ni?” tanya mak balik.

Aku gelengkan kepala.

“Malam ni kita ikut ayah jumpa seorang dukun di kampung sebelah. Ayah kata, dukun tu pandai berurusan dengan benda-benda macam ni.”

Aku tiada pilihan lain selain akur. Tapi hatiku tak begitu selesa.

Lepas maghrib, ayah bawa aku dan mak ke rumah dukun tu. Perjalanannya memerlukan kami melalui kawasan ladang kelapa sawit. Keadaan gelap dan sunyi itu menyebabkan mata aku dapat melihat pelbagai ciptaan Allah di luar kereta.

Mak dan ayah aku duduk di bahagian depan. Aku pulak seorang di bahagian belakang. Kat luar nampak macam-macam, ada yang terjengket-jengket, ada yang terbang melayang, ada yang tersengih kat aku. Tapi yang paling best, boleh pulak ada yang tumpang kereta, duduk sebelah aku, sambil sengih-sengih tengok aku. Dan ayah aku pulak tutup hidung, katanya ada bau busuk, menuduh bau tu dari sisa-sisa kelapa sawit tu.

Sesampainya di rumah dukun tu, suasana memang seram. Rumah tu gelap, macam takde elektrik. Keadaan dalam rumah tu gelap, cuma ada 2 cahaya lilin, satu di pintu masuk dan satu lagi dekat dengan seorang lelaki yg duduk di suatu sudut rumah tersebut.

Aku ikut ayah dan mak masuk rumah tu. Di kiri kanan, memang aku nampak macam-macam. Tapi aku buat macam tak nampak. Aku pun tak pasti samada mereka semua tu tau atau tak bahawa aku nampak mereka.

Kami menghampiri lelaki yg duduk di sudut rumah tersebut. Kelihatan lelaki dalam umur 70an sedang menghadap mangkuk yang dipenuhi kemenyan yang sedang berasap. Semerbak bau kemenyan dalam rumah tu. Dukun tu menjeling ke arah aku. Dan aku pula terpaku melihat sesuatu yang duduk di atas leher dukun itu, rupanya seperti budak kecil tapi telinganya panjang, matanya besar, kepalanya botak dan bergigi taring yang sedang menguis-nguis rambut dukun itu, laksana kera yang sedang mencari kutu di badan anaknya.

“Jangan pandang dia, nanti dia terkam kamu,” tiba-tiba dukun tu bersuara tanpa mengangkat kepalanya. Aku tersentak.

Mak dan ayah berpandangan sesama sendiri, tak faham apa yg dituturkan oleh dukun tersebut. Dan aku pula, rasanya aku tau bahawa dukun tu menegur aku. Siapa makan cili, dia rasa pedas kan.

Mak dan ayah diam. Menanti dukun itu mengangkat mukanya memandang ke arah kami. Tapi padaku, dukun tu takkan angkat kepalanya selagi benda pelik tu duduk di atas lehernya.

“Maaf tok, kami datang nak jumpa tok, nak minta tolong tengokkan anak kami ni,” ayah memberanikan diri bersuara.

“Budak ni kena ditinggalkan di alam satu lagi, barulah apa yg dia alami sekarang boleh hilang dari dirinya,” tiba dukun tu bersuara tanpa memandang mak, ayah mahupun aku.

“Maksud tok? ” tanya ayah lagi. Masa ni dukun tu angkat kepalanya memandang ayah. Benda pelik yg duduk kat lehernya tadi mengesot turun dari leher dukun itu, merangkak ke arah ayah. Sesekali dia berhenti memandang ke arah aku. Masa dia pandang aku, aku pandang ke lain, tak sanggup nak bertentang mata dengannya.

“Maksud aku, dia kena tinggal di alam ghaib sehingga deria itu hilang, itu saja penawarnya, ” tutur dukun tu lagi.

“Bagaimana caranya?” tanya mak pula.

Aku pula masih asyik memerhatikan setiap pergerakan benda pelik yg mengesot tu, sedang duduk di riba ayah. Ayah pula asyik menukar cara duduknya, jelas kelihatan ayah tak selesa.

Sedang aku asyik memerhati benda kat riba ayah tu, tiba2 aku nampak sesuatu kat belakang dukun tadi. Nampaknya seperti seorang lelaki tapi kepalanya seakan terpusing 180° ke belakang. Jadi aku tak dapat lihat wajahnya. Cuma yg aku pasti, dia bukan manusia.

“Kau ambilkan air dalam tempayan dalam bilik belakang sekali. Ceduk dengan mangkuk putih, ikat dengan kain kuning yg biasa,” dukun tersebut memberi arahan.

Mak dan ayah sekali lagi berpandangan.

Lelaki di belakang dukun tadi berjalan terdengkot2 meninggalkan kami. Aku masih tak dapat lihat wajahnya.

“Apa yg kamu tengok tu, masih sedikit. Banyak lagi yg kamu akan lihat. Sehingga kamu dapat menghilangkan perasaan takut dalam diri kamu, barulah senang untuk deria tambahan kamu itu dibuang dari diri kamu. Tapi, adakah kamu bersedia?” tanya dukun tu sambil memandang tajam ke arahku.

“Bersedia? Sedia utk apa? ” tanyaku balik.

“Sedia utk tinggal bersama mereka,” sahut dukun itu membuatkan aku tercengang. Aku pandang mak dan ayah, mereka macam tak tahu apa yg dituturkan oleh dukun itu. Aku rasa macam nak lari masa tu juga.

Seketika kemudian, lelaki berwajah terbalik ke belakang tadi muncul, membawa bersamanya mangkuk berwarna putih dan diikat dengan kain kuning. Mangkuk tersebut diserahkan kepada ayah.

Ayah tak boleh bangun, budak kecik tu sedang duduk dileher ayah. Nak gelak pun ada bila melihat ayah terkial2 cuba bangun nak mengambil mangkuk tersebut dari tangan dukun tu.

“Jangan kacau di sini. Pergi keluar,” dukun tu bersuara dengan nada agak keras. Ayah dan mak seperti tersentak sedikit. Mungkin terasa dukun tu marah mereka kot.

Budak kecik tu akur, dia meleret turun dari leher ayah, merangkak ke arah aku yg cuba melarikan pandangan dari memandangnya.

“Aku kata pergi keluar!” jerkah dukun itu sambil menepuk kuat lantai papan rumahnya.

Budak kecik itu seakan terlompat sedikit dan terus merangkak keluar.

Ayah dan mak pula terus bangun. Aku je masih duduk. Ayah mungkin ingat dukun tu marah dia.

“Aku tak cakap dengan kamu, duduklah,” kata dukun tadi sambil memandang ayah dan mak.

Bersambung….

5 thoughts on “AKU NAMPAK DIA

  1. Salam Sis.. maaf, saya agak confuse sikit maksud sis dgn (leher dukun) tu. Maksudnya belakang leher @ tengkuk kan? Sorry.. sy kalau membaca mmg akan menggambarkan sekali 😅

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s