AKU NAMPAK DIA

Bab 2

Masa kat hospital mental tu, aku nampak ‘benda’ tu kat merata-rata. Ada sekali tu, aku nampak seseorang macam nenek tua, dia berdiri kat penjuru bilik. Kami ditempatkan 4 orang dalam sebuah bilik. Aku nampak nenek tua tu menghampiri katil kat tepi sekali. Masa tu pesakit kat katil tu membelakangkan dia dan menghadap aku. Aku nampak nenek tua tu merangkak naik atas katil pesakit tu. Katil tu berkeriut sikit dan pesakit tu menoleh.

Aku tau pesakit tu nampak nenek tua tu. Dia pun menjerit macam nampak hantu. Dan memang pun dia nampak hantu. Dia jerit kepada jururawat, kata ada hantu di atas katilnya. Tapi jururawat tu ikat dia dan bagi suntikan. Masa dia kena ikat tu, aku nampak nenek tua tu panjat atas badan dia, sambil jilat2 pipi dia. Aku pun tak daya nak menolong.

Ada sekali tu, masa aku mandi kat bilik air. Masa mandi tu, tiba2 aku rasa bilik air tu gelap. Nak kata takde elektrik, tak juga sebab masih ada sisa2 cahaya lampu.

Aku pun mendongak tengok lampu tu, aku nampak seorang perempuan tengah bergayut secara menonggeng sambil pegang tangkai lampu tu, dan matanya pandang aku sambil tersengih2.

‘Benda2’ ni tak mengganggu tapi bila kita tahu mereka datang dari alam yang berlainan, dan rupanya pun tak sama seperti kita, dengan bentuk yg agak menyeramkan, kita akan merasa takut. Itu adalah normal. Tapi bila kita cerita kat orang lain bahawa kita nampak ‘benda2’ni, orang pasti akan kata kita kuat berangan dan macam2 lagi.

Lepas lari dari hospital mental, aku cuba biasakan mata aku dgn pandangan makhluk2 ni, sebab ayah aku tetap tak percaya apa yang aku cakap. Tapi utk buat macam tak nampak tu, amatlah sukar.

Bayangkan, kau buka pintu, tiba2 je ‘dia’ berdiri depan pintu rumah kau. Kau rasa boleh buat macam takde apa ke? Mesti kau jerit gak sikit kan. Kalau masa tu ayah aku ada, dia akan pandang aku dengan pandangan yg lebih seram dari pandangan ‘hantu’ kat luar tu.

Namun demikian, ayah aku berubah selepas satu kejadian yg berlaku di hospital. Masa tu kami melawat opah aku sakit kat hospital. Sebelah katil opah aku, ada seorang perempuan cina tua yg sakit. Ada 4 orang sedang melawatnya, mungkin anak menantu dia kot.

Ketika mak dan ayah aku bersembang dgn opah, aku memerhati keliling. Tiba2 aku nampak seorang lelaki tua cina berdiri di bahagian kepala katil perempuan cina yang sedang nazak tadi. Lelaki tua itu memikul sebuah televisyen. Aku pelik sebab wad tu utk perempuan dan kenapa pula dia memikul televisyen bersamanya. Dan aku tak terfikir bahawa hanya aku yg nampak lelaki cina tua tu.

Aku melangkah ke arah keluarga tersebut. Mereka kelihatan sedang berduka. Perempuan tua yg terlantar tu menggunakan bantuan oksigen utk bernafas.

Dengan ramahnya aku bertanya, “siapa tu?” Mereka jawab,”ini mak kami.” Dan aku tanya lagi, “yg pegang televisyen tu siapa?” Mereka tak jawab tapi berpandangan sesama sendiri.

“Mana ada orang pegang televisyen di sini,” jawab salah seorang dari mereka. Aku pun tudingkan jari aku ke arah lelaki tua tu.

Mereka seolah-olah terkejut. “Bagaimana rupanya?” Tanya mereka lagi.

Masa tu ayah aku datang, nak tarik tangan aku, dengan muka marah sebab aku merepek dekat keluarga cina tu.

Tapi masa ayah aku nak tarik aku, salah seorang dari anak perempuan cina tu tahan ayah aku. “Maaf pakcik, saya betul2 nak tahu apa yg anak pakcik nampak,” nak taknak, ayah lepaskan tangan aku. Tapi matanya menjeling tajam memberi isyarat bahawa aku dah buat kesalahan besar.

“Adik boleh bagitahu kami tak, macammana rupa orang yg pikul televisyen tu,” tanya orang cina itu lagi.

Aku pun bagilah gambaran tu. Baju yg dia pakai, seluar dia, kasut dia, matanya, hidungnya, hinggalah mereka tunjukkan aku sekeping gambar.

“Adakah orang ini yg kamu nampak sedang pikul televisyen tu?” Tanyanya. Dan betullah, memang itu orangnya.

Keempat2 anak perempuan cina tu menangis. Ayah aku dah hilang sabar. Ditariknya tangan aku.

“Maaf, anak saya ni suka berimaginasi. Jangan percaya sangat,” kata ayah.

Seorang lelaki cina bangun merapati ayah. “Dia tidak berimaginasi pakcik. Dia betul2 nampak. Lelaki tu adalah ayah saya. Seminggu yg lepas, ayah saya meninggal dunia. Ayah saya amat suka menonton televisyen semasa hidupnya. Jadi kami bakarkan televisyen utk dia di alam sana. Mungkin dia nak memberitahu kami bahawa dia telah terima hadiah kami,” jelasnya.

“Saya dah kata, anak saya suka berimaginasi, jangan terlalu percaya apa yg dicakapkannya,” kata ayah lagi dengan nada yg agak keras.

“Pakcik, anak pakcik tak pernah jumpa ayah saya. Bagaimana dia boleh ceritakan secara terperinci tentang ayah saya?” Tanya lelaki itu lagi membuatkan ayah terdiam dan pandang aku. Masa tu aku risau ayah akan hantar aku ke hospital mental semula.

Tapi mujurlah ayah tak berbuat demikian. Tapi ayah berubah. Ayah jadi pendiam, tak banyak cakap macam dulu. Sikap garang ayah pun berkurangan.

Di satu petang, mak duduk sembang dengan aku. Mak kata ayah nak bawa aku berubat tradisional untuk buang ‘anugerah’ yg ada pada aku. Aku mula panik dah. Ada perasaan lain macam timbul.

Bersambung….

One thought on “AKU NAMPAK DIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s