AKU NAMPAK DIA

Bab 1

Korang dapat bayangkan tak, kalau korang boleh tengok benda ghaib atau dengar bunyi dari alam ghaib? Bayangkan kalau masa korang dgn kawan2 lain bergembira dalam kumpulan 5 orang, tapi kau nampak ada orang ke 6 dalam kumpulan tu, yg memerhatikan kau dan kawan2 kau. Kau rasa nak bergembira bersama atau lari dari situ? Kau cuba bagitahu orang lain, tapi kau rasa, ada yg percaya ke? Hello, ini alam teknologi maklumat ok. Mana ada hantu…..

Itulah yg aku rasa. Aku nampak dan dengar semua tu. Aku cuba buat2 tak tahu, buat2 tak nampak tapi macam sengaja je ‘benda’ tu lalu kat depan aku, sengih2 kat aku.

Mak aku seorang je yg percaya kat aku. Tapi aku tahu, mak pun sebenarnya 50:50 je percaya kat aku. Sebab dia tak nampak. Tapi dah namapun mak, dia pasti akan bersama kita, percaya kat kita, berdiri sebelah kita, sokong kita, walaupun kadang2 dia sendiri dah tak mampu berdiri. Itulah mak.

Mak selalu pujuk aku, aku ada anugerah yg tak semua orang dapat. Hanya orang2 terpilih yg akan dapat. Dan aku salah seorang darinya. Dan bagi aku, jika ada anugerah yg boleh ditolak, anugerah inilah yg akan aku tolak. Anugerahnya, aku boleh tengok hantu!

Mak aku kata, semuanya bermula dari satu hari tu, aku dalam lingkungan 5 tahun, aku hilang dari rumah. Masa tu aku dgn mak, ayah, kakak dan adik aku balik kampung. Satu kampung kot cari aku, dalam hutan, dalam sungai, merata2 lah. Sampai malam, mereka dah putus asa. Mak dah paksa ayah utk buat laporan polis. Ayah pula asyik kata tak boleh buat laporan selagi belum 24 jam.

Mak degil, mak kata kalau ayah taknak pergi buat laporan, mak sendiri akan buat. Kalau polis taknak terima laporan dia sebab belum 24 jam, mak nak bakar balai polis tu.

Tapi mujurlah sebaik je masuk rumah opah, semua nampak aku duduk kat atas tangga kayu kat beranda rumah. Kalau tak, mungkin mak aku dah masuk dalam lipatan sejarah kerana membakar balai polis!

Masa mereka jumpa aku tu, aku seakan2 sedang bermain dgn seseorang. Aku main dgn gembira, ketawa, berlari2 dan melompat, bahkan aku memanggil2 ‘kawan’ yg sedang bermain dgn aku tu.

Pada masa semua orang tercengang melihat keadaan aku tu, mak aku tak peduli semua tu. Dia terus peluk aku. Menangis2 dah macam apa entah. Iyelah, anak hilang weh. Jangan buat main.

Mak aku tanya, aku main dengan siapa? Tadi pergi mana? Aku jawab, tadi ikut kawan pergi rumah mak dia kat belakang rumah opah. Padahal belakang rumah opah aku adalah ladang kelapa sawit!

Aku siap bagitahu mak aku, mak kawan aku masak nasi dengan ayam goreng, sedap. Siap pesan kat mak aku, lain kali mak masak macam tu ye.

Mak aku angguk kepala je. Ayah dah pandang aku lain macam. Macam nak marah pun ada. Ayah kata aku merepek. Ayah marah sebab aku keluar rumah tak bagitahu, sampai semua orang risau.

Tapi mak marah ayah balik. Mak kata aku masih kecil. Nanti aku akan belajar sendiri.

Sejak itulah, aku sering melihat ‘benda’ yg orang lain tak dapat lihat. Aku tak begitu ingat semua, tapi yg paling tak boleh lupa ialah bila aku nampak lembaga hitam yg selalu duduk di atas bumbung rumah Pak Dollah, jiran depan rumah opah aku. Aku selalu nampak lembaga tu masa senja. 

Bila aku cakap kat mak, mak terus suruh aku masuk rumah dan jangan cakap kat sesiapa.

Masa tu aku tak faham, kenapa tak boleh cakap kat sesiapa. Tapi lepas tu aku faham. Ketika umur aku 15 tahun, aku bagitahu ayah bahawa aku nampak seseorang sedang duduk di kerusi sebelah ayah, menonton tv bersama2 ayah. 

Ayah dah tak tahan dengan aku. Ayah kata aku sakit. Ayah bawa aku ke klinik, dan doktor suruh ayah bawa aku ke hospital mental. Aku ditinggalkan di wad pesakit mental selama sebulan sebelum aku lari keluar dari wad tu. Ayah pukul aku sebab lari dari wad, mujur ada mak dan kakak yg tolong aku.

Lepas dari tu, aku tak berani cerita kat sesiapa selain dari mak tentang apa yg aku nampak. Kadang2 tu menggeletar lutut juga bila tahu apa yg aku lihat tu adalah ‘sesuatu’ yg tak sama dengan alam aku.

Masa aku lari dari wad mental tu pun, sebab aku dah tak tahan tengok macam2 ‘benda’ kat sana. Bila bagitahu jururawat, mereka suntik aku, aku tidur. Bila aku jaga, aku nampak lagi. Kalau lama lagi aku kat sana, memang aku boleh gila betul2.

Bersambung….

One thought on “AKU NAMPAK DIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s