HAMBA IBLIS

Bab 12 (Akhir)

Mak Esah menarik tangan Haryati utk berdiri di belakangnya. Mak Esah yakin, orang tua itu bukan orang kampung itu dan dia berniat buruk.

“Siapa kamu? Kenapa halang jalan kami?” Tanya Mak Esah. Mak Esah tekad, dia akan harungi semuanya malam ini. Hj Ghazali ada berbisik kepadanya tadi, jika ada yg menghalang perjalanan mereka, jangan berpatah balik. Dan Mak Esah juga yakin, segala yg terjadi memang ada kaitan dgn suaminya kerana sejak suaminya meninggal dunia, dia sering bermimpi melihat suaminya dalam keadaan yg amat menyedihkan.

Orang tua itu masih berdiri tegak di hadapan mereka.

“Jangan ganggu kami,” kata Mak Esah.

“Lebih baik kamu berpatah balik. Tak perlu teruskan niat kamu, buruk akibatnya nanti,” lelaki tua itu bersuara garau.

“Kami tak ganggu kamu, jadi kamu jangan ganggu kami,” sahut Mak Esah.

“Kamu akan ganggu aku jika kamu teruskan niat kamu,” lelaki tua itu berkata lagi dgn nada yg lebih tinggi.

“Kami tak kenal kamu, dan kami tak kacau kamu. Tolong ke tepi. Jika ada bantuan yg diperlukan, sila beritahu. Jika tiada apa2, tolong jangan halang kami,” kata Mak Esah dgn suara yg keras juga.

“Kalau kau berkeras juga, aku takkan halang tapi kamu jangan menyesal nanti,” kata lelaki tua itu lagi sambil melangkah mengelilingi Mak Esah dan Haryati.

“Jangan ganggu mereka. Kau tiada hak utk mengawasi hidup mereka. Ini alam kami, kau jangan sibuk di sini!” Tiba2 terdengar suara Hj Ghazali dari arah belakang. 

Lelaki tua itu terperanjat dgn kehadiran Hj Ghazali. “Aku hanya mengumpan kau keluar menunjukkan diri. Dan kau termakan umpanku. Ini yg kau kata kau hebat?” Kata Hj Ghazali sinis.

“Aku tak ganggu urusanmu, kenapa kau ganggu urusanku?” Kata lelaki tua itu dgn menundukkan wajahnya seakan takut nak bertentang mata dgn Hj Ghazali.

“Aku tahu asal usulmu. Kau dari jasad yg mulia tapi disalahgunakan oleh insan yg tamakkan harta dunia. Baliklah kau ke duniamu. Dan aku takkan ganggu kamu,” kata Hj Ghazali tenang.

Lelaki tua itu kelihatan berang. Dia mengangkat kayu yg dipegangnya dan meluru ke arah Hj Ghazali. Hj Ghazali menghentakkan tumit kaki kanannya ke tanah sambil melaungkan ‘Allahu Akbar!’.

Lelaki tua itu berhenti dan menutup telinganya sambil menjerit kesakitan.

“Pulanglah ke tempat asalmu. Daripada Allah engkau datang, kepada Allah engkau kembali. Tunggulah hari pembalasan utk hukuman akibat mungkir janji dgn Tuhanmu,” kata Hj Ghazali sambil menghentakkan kakinya lagi sebanyak tiga kali.

Tiba2 tubuh lelaki tua itu terbenam ke dalam tanah hingga ke paras lehernya. Dia menjerit kepanasan. Tubuhnya berasap. Asap itu semakin menebal dan akhirnya membentuk suatu bayangan seperti susuk tubuh seorang lelaki. Bayangan asap itu seterusnya terlepas dari tubuh lelaki tua yg semakin lemah itu.

Bayangan asap itu kelihatan terbang ke arah timur, tempat tapak rumah Mak Esah. Tanpa berlengah, Hj Ghazali berlari mengikut bayangan itu, meninggalkan lelaki tua yg terbenam di dalam tanah itu sendirian. Mak Esah dan Haryati turut berlari mengikut langkah Hj Ghazali.

Setibanya di tapak rumah Mak Esah, mereka dapat melihat bayangan asap tadi berubah menjadi seseorang.  Seseorang yg amat dikenali dari bentuk susuk tubuh badannya. Orang itu tak lain dan tak bukan ialah Pak Harun, tetapi dengan wajah yg sangat hodoh, dgn daging yg telah mereput dan biji mata yg terjojol keluar, sama seperti gambaran yg diberikan oleh penduduk kampung yg pernah terserempak dgn jelmaan Pak Harun.

Lembaga itu menangis tersedu2. “Ayah, Awang sakit. Tolong Awang ayah. Mereka nak bunuh Awang,” suaranya merayu2 seperti minta dikasihani.

Hj Ghazali mengambil sehelai daun di situ lalu meramasnya sambil membacakan potongan ayat quran lalu meniup ke arah daun yg hampir hancur itu.

Daun itu seterusnya diserahkan kepada Haryati. “Pergi beri dia makan daun ni,” arahnya kepada Hj Ghazali.

Haryati teragak2 utk melaksanakan tugas itu. Tambahan dgn rupa lembaga itu yg amat menakutkan.

“Jangan takut. Pak Harun sayangkan anaknya. Dia takkan sanggup mencederakan anaknya. Walaupun dia begitu, dia tetap sayangkan anaknya,” pujuk Hj Ghazali.

“Tapi sekarang, lembaga tu bukan ayahnya,” sahut Mak Esah yg tak begitu merelakan anaknya melakukan tugasan itu.

“Jangan sesekali kita ada perasaan takut sesama makhluk. Kerana itu akan membuatkan makhluk itu merasa berkuasa,” sahut Hj Ghazali.

“Takpe mak. Yati boleh lakukannya, demi ayah,” kata Haryati sambil melangkah perlahan keluar dari semak dan menuju ke arah lembaga yg menyerupai ayahnya itu.

Lembaga itu yg masih tersedu sedan merayu2 itu kelihatan terkejut dgn kehadiran Haryati. Dia mengesot menjauhi Haryati tetapi Haryati tetap mengikutnya.

“Ayah, Yati sayangkan ayah. Yati nak ayah tenang di alam yg sepatutnya ayah berada. Kami takkan pernah lupakan ayah. Ayah tentu lapar, kan? Ayah makanlah. Semoga kesakitan ayah akan berkurangan,” kata Haryati memberanikan diri memandang wajah lembaga yg menakutkan itu.

Sementara itu, Hj Ghazali berdiri tegak dgn dua tangannya didepakan. Seketika kemudian, dia menepuk tangan sebanyak 3 kali, “Wahai cucu cicit nabi adam, pulanglah ke tempat yg telah ditetapkan untukmu. Azabmu di dunia ini telah berakhir. Pulanglah kepada Tuhan yg menciptakanmu. Tiada kuasa yg lebih besar dari kuasa Allah,” Hj Ghazali meniup ke arah lembaga hodoh tadi.

Dan seperti terpukau, lembaga itu mengambil daun dari tangan Haryati dan terus menelannya. Sebaik sahaja menelan daun tersebut, dia menjerit kuat. Kelihatan bayang putih keluar dari bahagian kepalanya. Dalam kegelapan malam itu, bayang putih itu terus lesap di udara.

Lembaga yg menyerupai Pak Harun itu terbaring di tanah. Haryati terkedu melihatnya. Hatinya terasa sayu. Mak Esah dan Hj Ghazali merapati Haryati yg masih menghadap susuk tubuh lembaga hodoh tadi.

“Ini suamimu, dia terpedaya dgn tipu daya iblis yg menjanjikan kehidupan yg mewah. Dia sebenarnya bukanlah dukun atau pawang yg pandai mengubati orang. Segalanya dilakukan oleh hantu belaannya. Dia yg merasuk, dan dialah yg mengubati.” Cerita Hj Ghazali. Mak Esah dan Haryati terdiam. Sungguhpun begitu, ada perasaan sayu bila mengenangkan pengakhiran hayat suaminya begitu.

“Ingat, doa dari anak yg solehah tetap akan sampai kepada ibubapa walaupun telah berlainan alam. Jangan sesekali membenci ayahmu walau betapa kamu kecewa dengannya. Doakan dia. Moga Allah mengampuninya,” pesan Hj Ghazali.

Haryati menganggukkan kepala tanda faham. Menitis air matanya memandang tubuh ayahnya yg sudah mereput.

“Kita minta ketua kampung menguruskan jenazah Pak Harun malam ini juga. Tak perlu menceritakan apa yg terjadi ini kepada orang lain, risau timbulnya fitnah. Cukuplah kita saja yg tahu,” pesan Hj Ghazali lagi.

Setelah itu, tiada lagi gangguan lembaga aneh di kampung itu. Nama Pak Harun pun turut dilupakan dari hari ke hari. Ketua kampung telah mengotakan janjinya, membina rumah baru buat Mak Esah dan anaknya berteduh. 

Moga kita semua dilindungi Allah dari tipu daya iblis yg sememangnya telah bersumpah di hadapan Allah bahawa dia akan menyesatkan seluruh keturunan Nabi Adam as. hingga kiamat menjelang Aamiin….

~TAMAT~

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s