HAMBA IBLIS

Bab 10

Keesokan harinya, Mak Esah dan Haryati pergi semula ke tapak rumah mereka yg telah musnah terbakar. Mereka tak tahu bagaimana hendak mengebumikan jenazah Pak Harun kerana tiada apa yg tinggal bahkan abu pun sudah diterbangkan angin.

Memandangkan kesan jenazah Pak Harun langsung tak dapat dilihat, maka Ketua kampung mengesyorkan utk mengadakan solat jenazah ghaib dan majlis tahlil di masjid.

Sejak itu, Mak Esah dan Haryati menumpang di rumah Ketua Kampung. Kebetulan pula Haryati dan Suri adalah sebaya, maka mereka boleh berkawan. Mak Esah terus mengerjakan sawah dengan dibantu oleh Haryati. Itu saja cara utk mereka membalas budi ketua kampung. Ketua kampung juga berjanji akan membina semula rumah utk mereka.

Pada suatu malam, ketika mereka baru selesai makan malam, tiba2 Suri yg berada di dapur rumah menjerit. Kelam kabut semua orang berlari ke dapur melihat keadaannya.

“Kenapa ni Suri?” Tanya Mak Minah kpd anaknya yg.menggigil ketakutan dgn wajah yg pucat di bawah sinki. Dgn tangan yg terketar2, Suri menunjukkan ke arah tingkap yg terbuka.

Ketua kampung menjenguk keluar tingkap. “Tak ada apa pun kat luar ni,” kata tok ketua lalu terus menutup tingkap tersebut.

Mak Minah memimpin Suri masuk kebiliknya. Dia masih pucat dan menggeletar.

Kebetulan malam itu, Haji Ghazali, saudara jauh mereka dari Pattani, Thailand datang menziarah mereka setelah lama tak jumpa sambil bermusafir melihat tempat orang.

Hj Ghazali yg melihat keadaan Suri, segera mengambil segelas air, membacakan Al Fatihah dan menyerahkannya kpd tok ketua utk diberi minum kpd Suri bagi memulihkan paniknya.

“Kau nampak apa Suri?” Tanya tok ketua setelah anaknya nampak ok sikit.

“Suri nampak Pak Harun menjenguk dari tingkap,” jawab Suri dan dia kembali kelihatan ketakutan.

Tok ketua, Mak Minah, Mak Esah dan Haryati berpandangan sesama sendiri. Ada riak tandatanya dan keliru di wajah masing2.

Hj Ghazali mengisyaratkan supaya tidak terus bertanya kepada Suri. “Biarkan dia berehat,” katanya. Tok ketua dan yg lain akur. “Yati, kamu temankan Suri ye,” pesan Tok ketua dan Haryati mengangguk.

Haji Ghazali memang telah dimaklumkan dgn kisah yg menimpa keluarga Pak Harun kerana melihat Mak Esah dan Haryati menumpang dirumah ketua kampung sebaik dia tiba di rumah tu petang tadi. 

“Tn Haji rasa, betul ke apa yg Suri nampak tu? Atau mainan perasaan dia je?” Tanya tok ketua dgn wajah gusar. Dia risau kejadian Suri dirasuk dulu berulang kembali. 

“Mungkin betul, dan mungkin juga khayalan dia saja sbb kita tak tau apa dlm fikirannya semasa dia ternampak bayangan tu,” jawab Hj Ghazali tenang seperti tiada apa yg berlaku.

Ketua kampung terdiam. Segan pula nak tanya banyak kpd tetamu yg baru saja datang, dah lama tak jumpa pula tu.

Dan tok ketua pun merasakan mungkin juga khayalan anaknya sebab masakan orang dah mati boleh muncul.

Namun begitu, keesokan harinya,  apa yg dikatakan oleh Suri mula mengganggu fikiran Tok Ketua semula.

Beberapa penduduk kampung mendakwa terserempak dgn lembaga menyerupai Pak Harun merayau2 di dalam kawasan kampung pada malam hari.

Setelah seminggu berlalu, setiap hari ada saja aduan yg diterima oleh ketua kampung mengenai lembaga yg menyerupai jelmaan Pak Harun. Ada yg mendakwa lembaga tersebut masuk ke dapur memakan sisa2 makanan yg tertinggal.

Ketua kampung buntu. “Saya memang tak tahu nak buat apa. Saya tak dpt fikirkan kenapa jelmaan arwah suami kamu tiba2 muncul. Adakah dia masih hidup? Mungkin dia berjaya keluar dari rumah tu sebelum ranap dijilat api? Tapi kenapa dia tak terus datang kpd saya utk memberitahu?” Kata ketua kampung di satu petang ketika mereka sedang duduk di beranda rumah.

“Saya pun tak tahu tok ketua. Mungkin benar kata org kampung bahawa suami saya ada membela hantu. Dia mati sebelum sempat memberitahu sesiapa. Dan sekarang hantu itu mencari tuan baru,” jawab Mak Esah dengan nada lemah. Sayu sungguh hatinya mengenangkan arwah suaminya yg kini disebut2.

“Saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu Esah. Saya minta maaf jika kamu tersinggung,” kata tok ketua serba salah.

“Saya tak berkecil hati tok ketua. Mungkin ada kebenarannya. Sbb kita tak jumpa langsung kesan jenazah arwah suami saya. Paling tidak pun, takkan kita tak jumpa secebis tulang pun.” Kata Mak Esah lagi.

Suasana sunyi seketika. Haryati datang membawa dulang berisi cawan kopi dan kuih keria sebagai minum petang. Kemudiannya dia duduk di sebelah Mak Esah.

“Kami tak tahu bagaimana nak balas budi tok ketua. Saya harap kami tidak menyusahkan keluarga tok ketua dgn kehadiran kami di sini dan sekarang dgn masalah arwah suami saya pula. Malu sangat saya rasa,” kata Mak Esah lagi dgn rasa bersalah.

“Apa pulak menyusahkan. Kalau Esah tak uruskan sawah kami tu, kami pun tak dpt hasilnya. Nak harap budak muda yg buat, jgn haraplah. Lihat saja anak2 kami, semua ghairah nak hidup di bandar. Tak lama lagi padi masak, itupun hasil usaha Esah jugak. nanti kita kongsi sama,” sahu Mak Minah memujuk Mak Esah.

Mak Esah tunduk. Tiada apa yg boleh dikatakannya lagi.

Sedang mereka menikmati minum petang, tiba2 Azmi tergesa2 datang ke rumah ketua kampung. “Tok ketua, Kak Lijah mengamuk, menjerit macam orang gila. Habis semua harta benda dimusnahkannya. Dia bawa parang dan berlari keliling kampung sambil menetak sesiapa saja yg lalu. Lepas tu dia hisap darah org yg ditetaknya. Dah 3 orang jadi mangsa. Cepat tok ketua,” cerita Azmi panjang lebar dgn nada yg terputus2 kerana penat berlari tadi.

Ketua kampung bangun. Terperanjat dgn berita tu. “Kenapa jadi macam tu?” Tanyanya seperti tak percaya. Kalau setakat menetak orang, mungkin juga tapi menghisap darah org tu yg tak dapat diterima dek akal tuanya.

Tiba2 terdengar suara orang memberi salam. Kelihatan Hj. Ghazali berjalan tenang sambil memegang tasbih dari arah masjid.

“Kenapa ni?” Tanyanya bila melihat keadaan yg agak tegang tu.

Tok ketua menceritakan serba sedikit kisah yg dimaklumkan oleh Azmi sebentar tadi.

“Jom kita ke sana,” ajak Hj Ghazali tanpa berlengah lagi.

Bersambung….

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s