HAMBA IBLIS

Bab 9

“Itulah, dulu lagi saya dah katakan, abang tu tak pandai mengubat orang. Siap berjanji nak selesaikan masalah. Mungkin abang boleh mengubat tapi ilmu abang tu masih tipis. Byk lagi hal lain yg abg belum mahir. Sekarang orang kampung dah mula marahkan abang,” rungut Mak Esah pada suatu petang. Pak Harun diam.

Sejak peristiwa kematian Daud, Pak Harun tak seaktif dulu. Dia jadi pendiam dan banyak termenung. Dia sendiri buntu. Dia memang tak sangka, ‘anak’nya mampu membunuh! Sudah beberapa hari Pak Harun sering ke kawasan belakang rumahnya utk mencari orang tua yg memberinya ‘anak’ itu. Tapi tak jumpa.

Sejak peristiwa tu Pak Harun mengurung ‘anak’nya di bangsal. Dah seminggu tak dijengahnya. Perasaan marah, takut, bimbang, semua bercampur baur sekarang.

Di satu tengahari, Pak Harun duduk berjuntaian kaki di pintu rumahnya. Mak Esah dan Haryati baru selesai memasak utk makan tengahari di dapur.

“Apa ayah kau buat kat pintu tu? Dari pagi tadi termenung kat situ. Pergi panggil dia makan,” suruh Mak Esah. Haryati menurut.

“Ayah, hidangan dah siap. Marilah makan sama2”. Pak Harun tak menjawab, bahkan tak menoleh langsung.

“Ayah!” Haryati memanggil lagi, dengan nada yg lebih kuat. Pak Harun tersentak. Menoleh ke arah Haryati.

“Kamu panggil ayah ke?” Tanyanya.

“Mak suruh panggil makan sama2,” sahut Haryati.

Pak Harun bangun dan melangkah lesu ke dapur diikuti oleh Haryati.

Sedikit sangat Pak Harun makan. Selalunya bertambah tapi hari tu, nasi yg ada pun tak lalu dihabiskan.

“Sikit je abang makan? Tak sedap ke saya masak hari ni?” Tanya Mak Esah.

“Bukan tak sedap. Tapi badan aku ni sejak dua tiga hari ni lemah2 dan sengal2 je. Rasa nak demam pun ada,” sahut Pak Harun. Mak Esah dan Haryati hanya berpandangan sesama sendiri.

Keesokan harinya Mak Esah keluar sendirian ke sawah. Dia melarang Haryati mengejutkan ayahnya. “Biarlah ayah kamu tidur, dia tak cukup rehat tu. Siang malam mengubat orang. Sekarang dia pulak sakit,” katanya. Semarah2 dia pada suaminya, kasih sayangnya tak pernah luntur.

Ketika Mak Esah sedang mengerjakan sawah, tiba2 Haryati datang termengah2 memanggilnya dgn nada takut dan cemas.

“Mak, balik cepat. Ada benda yg tak kena dgn rumah kita tu,” jerit Haryati dari tepi bendang. Mak Esah melangkah pantas ke arah anaknya.

“Apa bendanya? Apa dah jadi? Ayah kan ada kat rumah tu?” Tanya Mak Esah curiga.

“Jom balik cepat mak. Ada sesuatu yg mengetuk2 lantai rumah dari bawah. Bunyi dari bangsal buruk bawah rumah tu. Cepatlah, rumah tu dah hampir roboh.” beritahu Haryati dalam keadaan cemas tu.

Mak Esah tergesa2 melangkah menuruti anaknya.”Ayah kamu mana?” Tanya Mak Esah.

“Ayah masih lagi tidur di atas rumah. Yati dah kejutkan banyak kali, jerit kat telinga, ayah tak bangun. Rumah bergoncang kuat tapi ayah tak bangun.. Dan ada darah pekat keluar dari mulut dan hidung ayah. Sebab tu Yati lari panggil mak,” beritahu Haryati lagi.

Ketika sampai di rumah, Mak Esah terduduk. Orang kampung sudah memenuhi halaman rumah mereka. Haryati meluru ke arah rumah mereka. Tetapi dihalang penduduk kampung sebaik sahaja dia nak melangkah masuk. Dia meronta2 minta dilepaskan tapi tetap dipegang oleh orang kampung.

“Tolonglah, ayah ada dalam rumah tu. Dia sakit. Tolonglah, ambil ayah,” pintanya dengan air mata berlinangan. Tapi tiada siapa yg dapat bantu.

Rumah mereka bergoncang kuat sedangkan tanah di bawahnya tidak bergerak. Sesekali terdengar suara jeritan Pak Harun dan diselang selikan dgn suara ganjil yang garau dan menyeramkan. Penduduk kampung yg berada di situ terpinga2 sambil menggelengkan kepala kerana tak mampu berbuat apa2.

Lebih kurang setengah jam kemudian, rumah itu roboh dan yg paling menghairankan, rumah itu terbakar dgn sendirinya!

Dalam sekelip mata,  rumah itu hangus dijilat api. Terus jadi abu. Tiada apa yg tinggal.

Mak Esah sudah tidak bersuara. Haryati jatuh pengsan. Atas arahan ketua kampung, Mak Esah dan Haryati dipapah ke rumahnya sementara menanti keputusan apa yg perlu dibuat seterusnya. Masing2 masih panik dan terkejut dgn apa yg baru saja terjadi.

Bersambung…

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s