HAMBA IBLIS

Bab 8

Keesokan harinya tersebarlah berita bahawa Pak Harun pandai mengubat orang yang kerasukan. Masing2 bercerita tentang kejadian semalam. Tetapi bagi mereka yg tidak melihat kejadian itu memang tidak boleh mempercayai cerita itu. Kisah itu seperti cerita dongeng dulu2, entah boleh percaya entahkan tidak. Masakan lelaki tua yg pemalas dan bodoh seperti Pak Harun boleh mengubat penyakit ganjil dengan mudah. Sakit kepala pun belum tentu dapat diubat, inikan pula penyakit Suri yg seperti dirasuk makhluk halus tu.

“Sikit pun aku tak percaya. Orang seperti Pak Harun tu cuma boleh tidur dan makan hasil titik peluh kudrat bini saja. Mungkin orang lain yg menyerupai Pak Harun. Lagipun, hari malam, suasana gelap, mata pun ngantuk. Tu yg orang lain pun kau nampak macam Pak Harun.” Daud bersuara lantang menangkis kata2 Joned.

“Kau jangan kata dia yg bukan2 Daud. Dia ada ilmu yg takde pada kita,” sela Joned lagi, rasa kurang senang dgn kata2 Daud yg agak sombong tu.

“Kau ni dah kenapa Joned? Dulu kau pun sama, tak sukakan orang tua tu. Hanya sebab apa yg terjadi semalam kau dah boleh begitu taksub pada dia,” sinis Daud sambil menjeling Joned.

“Daud, aku lihat sendiri dia mengubat si Suri semalam,” Joned masih membela ceritanya.

“Kau ni memang lalang Joned. Selama hari ni kutuk sangat orang tua tu. Sekarang kau bela sangat dia. Sudahlah, malas aku dengar cerita merepek kau ni. Aku balik dulu,” kata Daud sambil melangkah pergi meninggalkan Joned yg masih mengadap papan dam di warung Pak Akob.

Joned menggelengkan kepala melihat sikap kawan baiknya itu. Memang dulu dia dan Daud selalu menghina Pak Harun malah mereka pernah dikejar oleh Pak Harun kerana tak tahan dengan hinaan mereka. 

“Pak Harun, serah je la diri tu kpd buaya kat sungai hujung kampung ni. Tiada gunanya hidup kalau menyusahkan anak bini saja. Lepas tu, bolehlah Mak Esah jadi janda lawa dan Haryati pun tentu ramai yg ingin masuk meminang. Tak perlu dah mereka fikirkan pasal Pak Harun dah. Kalau ada pun, menyusahkan je,” laung Daud ketika Pak Harun lalu di depan warung Pak Akob.

Kawan2 yg lain turut mentertawakan Pak Harun. Merah padam muka Pak Harun masa tu. Mak Esah cepat2 menarik tangan suaminya utk meninggalkan kawasan warung itu. Suara tertawa semakin kuat membuatkan Pak Harun hilang sabar. 

Pak Harun berlari ke dalam warung sambil mengangkat sabit sawah yg dipegangnya. Mak Esah panik. Dia menjerit melarang suaminya tapi Pak Harun sudah hilang kawalan. Dia terus mengejar budak2 muda yg mentertawakannya tadi. Kesemuanya bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Akhirnya Pak Harun ditenangkan oleh ketua kampung yg tergesa2 datang setelah dimaklumkan oleh orang bahawa Pak Harun mengamuk di warung Pak Akob.

Mujurlah tiada siapa yg cedera. Tetapi semua tu sebelum kejadian Pak Harun menyembuhkan penyakit pelik anak Tok ketua semalam. Kini, Joned tidak berani menyindir atau mentertawakan Pak Harun, apalagi mahu menghinanya. Dia sendiri melihat bagaimana keadaan Suri yg tiba2 terbang di rumahnya semalam. Walaupun Joned tak belajar tinggi, tapi dia tahu penyakit Suri bukanlah penyakit biasa yg boleh diubat melalui doktor mahupun suntikan dan ubat. Ia memerlukan satu kebolehan ghaib untuk sembuh dan Pak Harun berjaya menyembuhkannya!

Sejak peristiwa itu, banyak lagi kes2 yg sama berlaku dikampung itu. Maka bertambahlah hasil pendapatan Pak Harun. Malah orang dari kampung sebelah pun terkena tempiasnya. Tak lekang senyuman di bibir Pak Harun. Dia bukan saja memperoleh pendapatan lumayan, malah dia tidak lagi dipandang hina seperti dulu. Tapi Mak Esah tetap merasakan ada sesuatu yg disembunyikan oleh suaminya.

Makin kerap pula Pak Harun mengarahkan ‘anak’nya merasuk orang kampung. Malah Pak Harun menggunakan kelebihan itu untuk membalas dendam. Orang2 yg pernah menghinanya dulu, dirasuk sehingga beberapa kali sehingga dia puas hati.

Orang kampung tidak menyangka buruk kerana telah dijelaskan oleh Pak Harun bahawa ada orang dari kampung sebelah telah melepaskan hantu belaannya kerana tidak mampu menjaganya lagi. Maka hantu itu sekarang merayau mencari tuan baru. Dan Pak Harun telah berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut.

Kejadian itu berlarutan sehinggalah pada suatu malam, setelah Pak Harun selesai mengubat seorang org kampung tu, ‘anak’nya meminta ‘upah’ yg lebih. Pak Harun memarahinya. Tapi ‘anak’nya merengus marah.

“Awang, ayah dah tua. Ayah tak punya darah banyak macam dulu2.” Pujuk Pak Harun. ‘Anak’nya diam.

Keesokan harinya, kecoh sekampung bila mayat Daud ditemui dgn keadaan yg amat mengerikan. Lehernya seperti dicucuk dengan besi tajam dan darahnya disedut keluar sehingga tubuhnya kekeringan.

Orang kampung mula bimbang. Pak Harun turut terkejut. Dia yakin itu kerja ‘anak’nya. Tetapi bila ditanya, dia menjawab itu adalah perbuatan hantu belaan orang kampung yg terlepas itu. Hantu itu sudah kelaparan. 

Orang kampung mula memarahi Pak Harun kerana lambat menyelesaikan masalah itu seperti yg telah dijanjikan.

Bersambung….

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s