HAMBA IBLIS

Bab 7

Lebih kurang 20 minit berlalu, keadaan makin kelam kabut bila Suri masih berterbangan di ruang udara biliknya. Sesekali dia menjerit dan menggelupur. Mak Minah dah pengsan melihat keadaan anaknya. Tok Ketua hilang arah. Keadaan malam membuatkan pergerakan dan fikiran masing2 terbatas.

Tiba2 Pak Harun muncul. “Apa hal berkumpul ramai2 ni? Apa dah jadi?” Tanyanya ramah. Masing2 mengangkat bahu tanda tak tahu.

Pak Harun masuk ke rumah Tok Ketua dan melihat keadaan Suri. Lantas memaut kaki kiri Suri yang masih terapung di siling bilik.

Semua orang yg ada di situ terkejut dgn tindakan Pak Harun. “Apa kau buat ni Harun? Jangan masuk campur jika tak tau apa2,” tegur seorang lelaki di situ dgn wajah tak puas hati. 

Pak Harun tersenyum. “Apa salahnya jika aku cuba. Tak rugi pun kan. Sementara menunggu bantuan lain. Sian dia, berapa lama lagi dia nak macam ni? Korang pun tak buat apa.” Katanya perlahan.

Tok ketua mengangkat tangannya dan menganggukkan kepala ke arah lelaki yg menegur Pak Harun tadi menandakan biarkan Pak Harun cuba membantu anaknya.

Pak Harun menarik kuat kaki Suri sehingga gadis itu terduduk di lantai. “Apa kau buat di sini? Aku tau kau dah sesat. Kami tak ganggu kamu, jadi kamu jangan ganggu kami di sini.” Tengking Pak Harun.

Suri terus menjerit sebaik sahaja Pak Harun menekan ibu jari kaki kirinya. Dia memandang tajam ke arah Pak Harun, seperti mahu menerkam. Tapi dia tak boleh bergerak kerana telah di’kunci’ oleh Pak Harun.

“Lebih baik kau pergi dari sini sebelum aku musnahkan kamu,” jerkah Pak Harun lagi.

Tiba2 Suri berhenti menjerit dan menggelupur. Dia terkulai keletihan, terus terbaring tak sedarkan diri. Pak Harun melepaskan pegangannya dari kaki Suri.

“Ambilkan aku segelas air,” pinta Pak Harun tanpa memandang orang ramai disekelilingnya.

Tidak lama kemudian, segelas air diberikan kepada Pak Harun. Pak Harun mengambil air tersebut, membacakan sesuatu kepada air tersebut dan kemudian menyerahkan gelas air tersebut kpd Tok Ketua. 

“Sapukan air ni ke mukanya. Dan apabila dia sedar, beri dia minum air ni,” Pak Harun memberi arahan kepada Tok Ketua.

Tok Ketua segera melakukan hal yg disuruh oleh Pak Harun. Sebaik sahaja air itu disapu ke mukanya, Suri membuka matanya dan memandang ke sekeliling dgn wajah hairan.

“Kenapa ni ayah?” Tanyanya kebingungan. Mak Minah baru tersedar dari pengsannya, segera memeluk anaknya sambil tersedu2 menangis. “Kenapa mak? Apa dah jadi?” Tanyanya lagi.

“Syukurlah kamu dah sedar. Nah minum air ni,” Tok Ketua menghulurkan gelas air yg telah dijampi oleh Pak Harun kpd Suri. Suri menurut.

Pak Harun bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari rumah Tok Ketua. Ketika hendak menyarung selipar, Tok ketua datang menghampirinya.

“Terima kasih kerana dapat memulihkan anak saya. Tak sangka pula kamu pandai dalam perkara macam ni. Tak pernah beritahu saya pun.” Kata Tok ketua.

“Macammana nak beritahu? Tak pernah terjadi mcm ni kat kampung kita kan. Aku cuba je, tak pasti berjaya atau tak, sebab dah lama tak berdepan dgn perkara macam ni.” Kata Pak Harun merendah diri.

“Ambil ni sebagai tanda terima kasih saya,” kata Tok Ketua sambil memasukkan sekeping wang kertas RM50 ke dalam poket baju lusuh Pak Harun.

“Aku ikhlas membantu Tok Ketua,” kata Pak Harun. “Dan saya juga ikhlas bersedekah,” sahut Tok ketua.

“Kalau macam tu, terima kasih ye Tok. Aku balik dulu.” Pak Harun melangkah pergi meninggalkan rumah Tok Ketua dgn senyum lebar dan hati yg puas.

Sesampainya di rumah, ayam sudah mula berkokok, dah hampir subuh. Pak Harun terus ke bangsal bawah rumahnya.’Anak’nya duduk di penjuru bangsal. Pak Harun menghampirinya.

“Bagus Awang. Kau dah buat sesuatu yg baik malam ni. Sebagai ganjaran, ambil ni,” kata Pak Harun sambil menghulurkan kaki kirinya kepada lembaga berkain putih dihadapannya.

Dan lembaga itu seperti faham lalu menunduk ke arah kaki Pak Harun dan… Srruuuttt! Terdengar bunyi sedutan. Berkerut dahi Pak Harun menahan sakit.

“Kau duduk sini..jangan ke mana2 tanpa arahan aku, faham?” Perintah Pak Harun lagi setelah lembaga tersebut kembali duduk.

Lembaga tersebut menganggukkan kepala tanda faham. Pak Harun keluar dari bangsal dan naik ke rumahnya.

Ketika Pak Harun masuk ke rumahnya, jam dinding menunjukkan pukul 4.30 pagi. Mak Esah tidak lena tidur bila menyedari suaminya tiada di rumah.

“Abang ke mana malam2 buta macam ni? Dah nak subuh baru balik,” tanya Mak Esah sebaik sahaja Pak Harun masuk ke rumah.

“Aku ke rumah Tok Ketua, mengubat Suri terkena rasukan,” beritahu Pak Harun tanpa memandang Mak Esah. Mak Esah terperanjat, bulat matanya memandang Pak Harun.

“Sejak bila pula abang pandai mengubat orang yg kena rasuk? Lagipun sebelum ni tak pernah pun sesiapa dlm  kampung ni kena rasukan,” tanya Mak Esah sambil mengerutkan dahinya berfikir.

“Sebab tak pernah terjadilah, maka awak tak tahu bahawa aku ni pandai mengubat orang,” sahut  Pak Harun.

“Setahu saya, baca Bismillah pun abang tak lepas, macammana pula abang boleh ubatkan orang yg kena rasuk? Abang jangan tipu saya, abg pergi mana tadi?” Tanya Mak Esah tak puas hati.

“Awak jangan ingat saya ni takde kebaikan langsung ke? Kalau awak tak percaya, nah ni. Ni duit Tok Ketua bagi sebagai tanda terima kasih kerana pulihkan anaknya,” kata Pak Harun sambil menghulurkan wang kertas RM50 pemberian Tok Ketua sebentar tadi.

Mak Esah terdiam. Dahinya terus berkerut, kehairanan.

Bersambung…

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s