HAMBA IBLIS

Bab 6

Keesokan harinya, Pak Harun bangun lebih awal daripada isteri dan anaknya. Dia terus ke bangsal. Mak Esah hairan melihat perlakuan suaminya. Biasanya Pak Harun amat sukar bangun subuh. Tapi kali ni, dia pula yg bangun lebih awal dan yg lebih pelik bila dia terus ke bangsal buruk yg sudah lama tidak dijengahnya.

“Kenapa dgn ayah tu mak?” Tanya Haryati yg turut merasakan keganjilan sikap ayahnya.

“Entah, buang tabiat agaknya. Kalau bangun awal terus solat Subuh takpe jugak, ini tak, terus berkejar ke bangsal buruk yg berhabuk tu. Entah apa pula yg nak dibuatnya,” rungut Mak Esah sambil memakai selipar untuk pergi ke sawah.

Sebelum pergi ke sawah, sempat juga Mak Esah menjenguk ke bangsal di bawah rumahnya tapi bangsal itu berkunci dari dalam. Mak Esah menggeleng2kan kepalanya. Pelik sungguh sikap suaminya pagi ni.

“Abang apa abang buat kat dalam tu? Taknak pergi sawah ke?” Panggil Mak Esah dari luar bangsal.

“Awak pergi dulu. Nanti aku datang kemudian,” sahut Pak Harun dari dalam bangsal.

Mak Esah taknak bertekak dgn suaminya. Dia menyusun langkah menuju ke sawah yg lebih kurang 500 meter dari rumahnya. Malas dia nak melayan sikap suaminya yg tak sama seperti orang lain. Nak diberi tunjuk ajar, bukan budak kecil lagi, dah tua. Sepatutnya dah cukup matang utk berfikir yg mana betul dan tak betul.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi baru nampak kelibat Pak Harun datang membantu isterinya di sawah. Pak Harun menyanyi2 riang seperti orang senang hati lagaknya.

Ini lebih membuatkan Mak Esah pelik dgn perubahan suaminya tapi Mak Esah tak mahu menegurnya kerana Pak Harun tak akan mempedulikan pertanyaannya.

“Esah, aku ingat aku tak nak lagi mengerjakan sawah ketua kampung ni,” tiba2 Pak Harun bersuara memecahkan keheningan di sawah.

“Kenapa pula? Habis tu kita nak makan apa? Nak makan pasir?” Tanya Mak Esah terkejut dgn kata2 suaminya.

“Aku nak mengubat orang sakit. Aku nak jadi dukun, bomoh,” kata Pak Harun lagi dengan penuh yakin sambil membuang 3 ekor lintah yg melekat di betisnya.

“Sejak bila pula abang pandai berbomoh mengubat orang ni? Apa kelebihan yg abang ada sampai mampu mengubat orang? Abang jangan nak cari pasal dgn orang kampung pulak,” kata Mak Esah sambil menjegilkan matanya memandang Pak Harun.

“Kalau awak tak percaya tak apalah. Awak teruskanlah usahakan tanah sawah ni. Aku tak larat dah nak mengerjakannya,” kata Pak Harun lalu meninggalkan Mak Esah termangu2 keseorangan di situ.

Sampai di rumah, Pak Harun terus masuk ke bangsal buruk bawah rumah. Haryati yg menegurnya dari dapur pun tak dipedulikannya.

Pak Harun menguncikan dirinya di dalam bangsal tersebut. Dia duduk menghadap lembaga kain putih yg sedang duduk di satu penjuru bangsal.

“Malam ini aku nak kau pergi rasuk anak ketua kampung. Nanti aku datang jemput kau balik ke sini semula. Kamu faham tak?” Pak Harun mengeluarkan arahan. Dan anaknya mengangguk tanda faham. Dan sesekali terdengar bunyi merengus yg agak menyeramkan. Pak Harun pun masih terasa seram tu tapi disebabkan keinginannya melebihi rasa takut, maka diteruskan juga hajatnya. Teringin juga dia melihat kebenaran kata2 orang tua tu dan melihat kebolehan ‘anak’ barunya itu.

Dan seperti yg dirancang, malam tersebut kecoh kampung itu apabila anak gadis ketua kampung, Suri, tiba2 menjerit ketika sedang mengulangkaji pelajaran di biliknya. Ketika itu semua orang sudah terlena kerana hari sudah lewat malam.

Tok ketua dan isterinya berkejar ke bilik anak bongsu mereka sebaik sahaja mendengar jeritan Suri. Sebaik daun pintu bilik ditolak, kelihatan Suri terapung2 di ruang siling biliknya. Tok ketua terperanjat. Mak Munah mula menangis bila melihat keadaan anak bongsunya begitu.

Dengan rambutnya yg mengerbang, kulitnya menjadi hitam dan matanya bertukar putih. 

“Suri, kenapa dengan kamu ni nak? Apa yg dah merasuk kamu?” Raung Mak Minah. Pilu sungguh hatinya. Tok ketua mati akal. Tak pernah lagi perkara seumpama itu terjadi di kampung ini sejak dia tinggal di sini. Ini adalah kejadian yg pertama dan kebetulan terjadi kepada anak bongsunya.

Jiran2 tetangga datang berkerumun dalam sekelip mata tak ubah seperti ikan2 yg berkerumun apabila secebis roti dicampakkan ke air.

Masing2 hanya mampu memandang dengan wajah tertanya2 dan fikiran yg buntu. Tiada siapa yg tahu kepada siapa harus dirujuk sebab belum pernah terjadi keadaan begitu.

Tok ketua pun pening kepala. Mustahil anaknya jadi begitu kerana sawan kerana anaknya tidak pernah menghidap penyakit sawan. Jika betul sawan sekalipun, takkanlah sampai terapung di udara dan kulit berubah warna macam tu. 

Bersambung…

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s