HAMBA IBLIS

Bab 5

Daripada sinaran bulan yang sedang mengambang penuh, Pak Harun dapat melihat dgn jelas rupa lembaga berkenaan. Matanya putih, daging pipinya dimakan ulat, tubuh badannya menggerutu seperti katak dan kuku kaki dan tangannya panjang seakan membelit tubuhnya sendiri.

Pak Harun mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tak sanggup dia melihat rupa lembaga berkenaan. Lembaga yang baru sebentar tadi menghisap darah di ibu jari kaki kirinya yg menandakan lembaga itu akan mengikutnya sampai bila2.

“Anak ini terlalu malu utk berdepan dgn orang ramai. Oleh itu, dia tidak akan dilihat oleh orang lain. Hanya kau seorang yg boleh melihatnya. Kau mesti selalu menutup tubuhnya kerana dia tidak suka orang melihatnya.” Kata lelaki tua tersebut apabila melihat Pak Harun memalingkan mukanya.

“Janganlah kau ceritakan keadaannya kpd orang lain. Walau betapa buruk dan hodohnya dia, dia tetap ‘anak’ kamu,” lelaki tua itu menyambung kata2nya bila Pak Harun terus diam.

Pak Harun memandang kembali wajah ‘anak’nya. Dia bangun lantas mencapai kain putih yg dilucutkan oleh lelaki tua tadi lalu menutup semula tubuh lembaga hodoh yg kini telah menjadi ‘anak’nya.

“Tok pulang dulu. Sekarang bawalah anakmu ini pulang dan jagalah dia baik2 jika kamu mahu dia menjaga kamu baik2,” pesan lelaki tua itu lagi dan Pak Harun mengangguk perlahan.

Entah dari mana datangnya semangat baru di dalam dirinya utk menjaga ‘anak’ itu sepertimana yg disuruh oleh orang tua tadi.

Pak Harun melangkah pulang ke rumah sementara ‘anak’nya terbang melayang di udara mengikut perjalanan Pak Harun.

Setibanya di rumah, anak dan isterinya sudah lena dibuai mimpi. Pak Harun segera ke bangsal buruk di bawah rumahnya. Di situ, dia mengemaskan serba sedikit tempat yg kotor dan berdebu itu.

Dahulu, bangsal itu digunakan utk menyimpan padi tapi sekarang padi terus dihantar ke rumah ketua kampung. Oleh itu, bangsal itu tidak pernah dijenguk oleh sesiapapun sejak empat lima bulan yg lepas.

Tak sampai setengah jam, Pak Harun keluar dari bangsal itu dan mendapatkan ‘anak’nya yg mundar mandir di luar bangsal.

“Sekarang aku akan panggil kamu Awang. Kau mesti dengar dan patuh pada kata2 aku. Mulai sekarang, di sinilah tempat kau. Jangan keluar dari sini tanpa kebenaran aku.” Kata Pak Harun seolah2 memberi arahan kpd anak kecil. Dan lembaga kain putih tu pun mengangguk kepala menandakan faham dgn peraturan ‘ayah’nya.

Setelah menguncikan bangsal tersebut, Pak Harun segera masuk ke rumahnya dan membersihkan dirinya yg berpeluh2 kerana kejadian tadi.

Setelah selesai membersihkan diri, Pak Harun duduk termenung di tepi tingkap. Dibukanya daun tingkap. Dia tersenyum sambil menarik nafas panjang. 

Jauh di sudut hatinya, dia terasa keinginan dan cita2nya utk menjadi seorang yg  kaya raya dan disegani ramai, bakal terkabul. Pak Harun tak peduli apa cara utknya menjadi kaya raya asalkan dia dapat menutup mulut orang kampung yg selalu menghinanya kerana tak mampu membahagiakan kehidupan isteri dan anaknya.

Pada waktu2 begini, semua umpat keji org kampung terhadap dirinya akan dinilai semula. Pak Harun berjanji pada dirinya sendiri, dia akan membalas dendam kepada mereka yg menghinanya selama ini. Malam itu, buat julung kalinya, Pak Harun tidur lena.

Bersambung…

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s