HAMBA IBLIS

Bab 4

Tiba2 dari satu sudut, muncul lembaga kain putih yg dilihat Pak Harun malam semalam. Dan terus menjilat muntah Pak Harun tadi dgn lahapnya. Oleh kerana keadaan malam yg agak gelap, Pak Harun tidak dapat melihat dgn jelas wajah lembaga kain putih tersebut. Tetapi Pak Harun dapat mendengar dgn jelas setiap apa yg sedang berlaku di hadapannya.

Setelah habis memakan muntah Pak Harun, lembaga tadi duduk di sebelah Pak Harun. Lelaki tua tadi masih dgn bacaan yg tak difahami bahasanya. Sesekali terdengar lembaga disebelah Pak Harun merengus.

Ketika di penghujung bacaannnya, Pak Harun dapat memahami sedikit beberapa patah perkataan yg disebut di dalam mentera lelaki tua itu.

“Sekarang Harun adalah ayah kau. Segala kesusahan kau, dia akan jaga kau dan begitu juga sebaliknya. Jgn sesekali kau menderhaka kepadanya. Kau berikanlah dia kesenangan jika kau mahukan kesenangan,” begitulah kata2 lelaki tua tersebut di hujung menteranya.

Setelah itu, lelaki tua itu mengarahkan Pak Harun melunjurkan kakinya. Pak Harun akur. Meskipun perasaan takut dan sangsi tu ada, tapi dah alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Genggam bara, biar sampai jadi abu.

Setelah Pak Harun melunjurkan kakinya, lembaga tersebut tunduk ke arah ibu jari kaki Pak Harun lalu mencium ibu jari kaki kiri Pak Harun. Terdengar bunyi sedutan yg panjang. Pak Harun mengerutkan mukanya menahan rasa mengilu. Terasa spt ada jarum yg menyucuk ibu jari kaki kirinya.

Upacara itu berlalu dlm sekelip mata sahaja. Setelah selesai tugasnya, lembaga tersebut kembali ke tempatnya di sebelah Pak Harun.

“Baiklah Harun. Sekarang dia adalah anak kamu. Adalah tanggungjawab kamu utk menjaga kepentingannya. Dia akan membantu kamu utk menjadi kaya dlm sekelip mata.” Kata lelaki tua itu kpd Pak Harun.

Lelaki tua itu memandang tajam ke arah Pak Harun lalu menyambung kata2nya,”Jika ada org sakit di kampung ni, kamu pergilah jenguk. Kamu tak dpt bantu apa2 tapi anak kamu ini akan bantu. Tetapi kamu mesti patuhi 3 syarat ni. Pertama, kau mesti asingkan tempat tinggal anak kamu ini daripada isteri dan anak gadis kamu. Kedua, kamu hendaklah meneruskan cara hidup kamu sekarang iaitu tidak menunaikan solat. Anak ini benci dan lemah pada org yg bersolat. Dan ketiga, pada setiap malam jumaat, kamu mesti beri dia makan sepertimana yg dia buat tadi. Kau berilah dia hisap sedikit darah di hujung ibu jari kaki kiri kamu. Jika tidak, kamu kena gantikan dgn darah org lain tetapi jumlahnya lebih byk. Sebaiknya berilah darah kamu, agar dia terikat dgn kamu,” lelaki tua itu berhenti seketika.

Pak Harun tersentak.

“Kenapa pula aku mesti beri dia hisap darah aku? Macammana dia boleh jadi anak aku sedangkan aku tak tahu pun rupa parasnya?” Tanya Pak Harun kehairanan setelah sekian lama berdiam diri.

“Dia mesti hisap darah kau sebab kau ayahnya. Kamu boleh melihat wajahnya tapi kamu mesti menerimanya dgn hati yg rela. Dia tidak sesempurna anak2 yg lain kerana dia cacat. Tak semua org dpt melihatnya.” Lelaki tua itu diam sekejap sambil memandang Pak Harun dan lembaga itu silih berganti.

“Anak ini adalah dari jasad yg telah mati tetapi dibangunkan semula dgn kuasa jin. Dlm erti kata lain yg lebih ringkas, kamu telahpun menjadi sebahagian dari keluarganya setelah kamu mengizinkan dia menghisap darah dari ibu jari kaki kiri kamu tadi.” beritahu lelaki tua itu lagi membuatkan Pak Harun tersentak.

“Tetapi aku tak minta jadi begitu. Aku cuma inginkan kehidupan yg senang lenang macam org lain,” jawab Pak Harun.

“Jgn risau, setelah hidup kau terjamin, harta kau dah melimpah ruah, kau serahkan anak ini kpd orang lain yg memerlukan. Aku akan ajarkan jampi serapahnya.” Kata lelaki tua itu.memberi jaminan. Pak Harun diam. Antara nak dgn taknak. Tapi semua telah berlaku. Tak mungkin boleh berpatah balik.

“Sekarang aku akan tunjukkan rupa paras anak kamu.” Kata lelaki tua itu sambil melangkah menghampiri lembaga yg sejak tadi mendiamkan diri di sebelah Pak Harun.

Lelaki tua itu menyelak kain putih yg menutupi keseluruhan tubuh lembaga tersebut. Pak Harun tersentak. Matanya terbeliak, tubuhnya menggeletar dgn peluh dingin mengalir di seluruh tubuhnya.

Bersambung…

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s