HAMBA IBLIS

Bab 3

Setelah habis ikhtiar untuk mengejutkan Pak Harun, Mak Esah ke dapur mengambil segayung air lalu disimbahnya ke tubuh Pak Harun. Barulah Pak Harun melepaskan bantal dan duduk.

“Kenapa dgn abang ni? Merepek2 dlm tidur,” rungut Mak Esah.

Pak Harun memandang tubuh dan pakaiannya yg basah. Dia memandang ke sekelilingnya dan akhirnya matanya tertumpu kepada Mak Esah yg sedang memandang hairan ke arahnya.

“Kenapa? Apa yg mengganggu abang sehingga takutnya macam dikejar hantu?” Bebel Mak Esah lagi tanpa memandang suaminya. 

Pak Harun menggelengkan kepalanya. Mak Esah menarik tilam yg dilipat dipenjuru bilik, lalu dibentangnya ditepi katil. Katil dah basah akibat simbahan air tadi.

Mak Esah kembali tidur. Tak ada gunanya dia melayan suaminya yg memang berat mulut utk bercakap tu. Pak Harun baring di sebelah Mak Esah sambil merenung bumbung rumah yg bocor di sana sini.

‘Apa benda yg aku lihat tadi? Mimpikah aku?’ fikirnya sambil memejamkan mata. Tak lama kemudian dia terlena.

Pak Harun tersedar semula bila Mak Esah mengejutkannya utk solat subuh. Pak Harun menarik selimut menutup mukanya. Sememangnya dia malas utk bangun mengerjakan solat subuh. Sedangkan solat lain tak begitu dipedulikan, inikan pula solat subuh. Dah lah malam semalam dia tak berapa nak lena.

Dah berbuih mulut Mak Esah menasihatinya tapi Pak Harun degil. Seringkali juga Mak Esah berpesan kepadanya agar solat dan memohon kpd Allah agar rezki mereka dimudahkan. Tapi Pak Harun tak pernah ambil peduli. Paling tidak jawapan yg diberikan kepada Mak Esah ialah belum sampai seru utk dia solat.

Seperti biasa, Mak Esah bersiap2 utk ke sawah meneruskan rutin kerjanya bagi mencari sesuap nasi utk keluarga. Biasanya Mak Esah akan pergi dulu dan Pak Harun akan menyusul kemudian. Haryati akan tinggal di rumah melakukan rutin harian seperti membasuh dan memasak.

Hari itu adalah hari khamis. Hati Pak Harun tak keruan. Dia lebih banyak termenung daripada membuat kerja. Sesekali terdengar Mak Esah merungut2 geram memarahi suaminya. Tapi semua tu tak meninggalkan kesan kepada Pak Harun.

Malam itu adalah malam yg dijanjikan oleh lelaki tua yg ditemui Pak Harun pada seminggu yg lepas. Mungkin kerana perasaan terlalu inginkan kesenangan meluap2 dlm jiwanya, Pak Harun memberanikan diri menunggu kehadiran lelaki tua itu di tempat dan masa yg dijanjikan. Dan lelaki tua itu pun mengotakan janjinya. Tak sampai 5 minit, lelaki tua itu berjalan terhenjut2 datang menghampiri Pak Harun.

“Tok tau kamu seorang yg bijak. Kamu telah mengambil langkah bijak bila kamu bersetuju menerima tawaran tok,” kata lelaki tua tersebut dgn nada gembira.

“Tapi tok, bagaimana saya boleh menjadi kaya tanpa bekerja? Siapa yg akan membayar gaji saya?” Tanya Pak Harun tak sabar.

Lelaki tua itu tak menyahut. Dia duduk bersila di atas tanah sambil memejamkan matanya. Kedua2 tangannya diletak di atas lutut. Pak Harun ikut duduk di atas tanah.

Agak lama lelaki tua tu duduk dalam keadaan itu. Pak Harun dah mula gelisah sambil menepis nyamuk2 yg berkeliaran dikelilingnya.

Tiba2 Pak Harun perasankan sesuatu. Bebayang yg menyerupai lelaki tua tu keluar dari tubuhnya dan menghampiri Pak Harun. Dan Pak Harun pula seperti dah terpaku kakinya ke tanah. Dia tak dapat bergerak.

Bebayang lelaki tua itu terus meresap masuk ke dalam tubuh Pak Harun hinggakan Pak Harun terasa pening dan mual. Tekak Pak Harun loya seperti nak termuntah.

Pak Harun dapat lihat, lelaki tua yg sedang duduk tadi membuka matanya dan menghampiri Pak Harun. Dia menepuk belakang leher Pak Harun sebanyak 3 kali dan Pak Harun terus muntah. Setelah muntah, Pak Harun terlentang dan tidak sedarkan diri.

Lelaki tua membuka lipatan kain yg mengikat kepalanya lalu mengibaskan ke wajah dan tubuh Pak Harun. Pak Harun membuka matanya.

Lelaki tua itu membacakan sesuatu yg amat ganjil bunyinya. Ianya bukan jampi apatah lagi doa. Tapi mulut Pak Harun terkunci. Seluruh sendi Pak Harun seperti dah diikat, tak dapat bergerak mahupun bersuara. Namun begitu, Pak Harun dpt melihat jelas segala tindak tanduk lelaki tua dihadapannya.

Bersambung…

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s