HAMBA IBLIS

Bab 2

Sejak peristiwa itu, Pak Harun tidak lena tidur malam. Dia asyik teringatkan kata2 lelaki tua tu. Entah kenapa hatinya begitu meruntun2 utk menerima pelawaan lelaki tua yg tidak dikenalinya itu. Dia langsung tak terfikir siapa lelaki tua tu, dari mana dia datang dan apa tujuannya berjumpa Pak Harun. Apa yg berlegar di ruang pemikirannya ialah tentang tawaran lelaki tua itu.

Sememangnya selama ini Pak Harun sekeluarga hidup susah, dari zaman kanak2 lagi memang Pak Harun dah hidup susah. Sawah yg dikerjakan olehnya dan Mak Esah tu pun bukan milik mereka, mereka cuma ambil upah utk mengerjakan sawah ketua kampung. Walaupun anak mereka Haryati tu seorang, tapi hidup mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang je. Pak Harun pun tak pasti kenapa hidup mereka sangat susah. Haryati yg kini berusia 15 tahun tu pun hanya bersekolah hingga darjah 5 je.

Pak Harun bangun dari katil menuju ke tingkap. Dedaun tingkap ditolaknya, membiarkan angin malam meniup tubuhnya yg tak berbaju tu.

Sedang dia mengelamun menikmati angin malam dgn sinaran purnama penuh, tiba2 matanya terpandang suatu objek putih melayang2 di halaman rumahnya. Ianya kelihatan seperti sehelai kain putih. Sesekali kelihatan objek putih tu seperti berdiri tegak di atas tanah dan kemudian terbang melayang semula.

Pak Harun terus terpaku di situ. Matanya terus memerhati objek putih yg semakin lama semakin hampir dgn tingkap tempat dia berdiri. Pak Harun mula rasa takut tapi perasaan ingin tahu lebih kuat menyebabkan dia terus memerhati sehinggalah objek putih tu berada betul2 di hadapannya.

Jelas sekali pada pandangan Pak Harun, objek tu sememangnya kain putih tapi ianya membaluti suatu bayang yg tak dapat ditafsirkan bentuknya. Kain putih itu seperti menyelimuti tubuh seseorang tapi jelas. Objek itu berdiri betul2 di depan Pak Harun, berhenti di situ dan seolah2 sedang berpandangan mata dgn Pak Harun.

Bulu roma Pak Harun naik tiba2. Terasa sejuk di belakang telinganya. Pak Harun cepat2 menutup tingkap. Dia betul2 terkejut dan takut. Dia kembali ke katil. Dilihatnya Mak Esah masih lena.

Tiba2 telinga Pak Harun terdengar bunyi bisikan halus, seperti rengekan bayi kecil.

“Ayah, jangan tinggalkan saya. Mari main dengan saya. Saya takde kawan,” kata2 yg perlahan tapi jelas.

Pak Harun mengangkat kepalanya. Dia cuba mendengar rengekan suara tu. Suara tu berulang2 dan seolah2 mengelilingi rumahnya. Sesekali terdengar bunyi suara kecil tu ketawa halus, seperti suara kanak2 kecil yg bermain sambil tertawa.

Pak Harun cuba memejamkan matanya. Dia terasa seperti ada sesuatu yg ganjil dgn objek berkain putih tadi dan suara rengekan bayi kecil di luar rumahnya. Bunyi rengekan tu makin kuat dan galak. Pak Harun mula berpeluh2 menahan rasa takut.

“Hoi! Siapa kat luar tu?! Jgn ganggu aku, aku tak pernah ganggu kamu!” Tiba2 Pak Harun menjerit membuatkan Mak Esah terjaga dari lena.

Mak Esah mengangkat kepalanya dan memandang suaminya yg menutup muka dgn bantal. “Awak ni kenapa?” Tanya Mak Esah tapi Pak Harun tak jawab. Hanya diam.

Mak Esah geleng2kan kepala. Pada sangkaannya, Pak Harun sedang mengigau. Sememangnya Pak Harun selalu meracau dalam tidur.

“Abang, bangunlah. Kenapa merepek2 tengah malam buta ni?” Kata Mak Esah sambil menggerak2kan tubuh suaminya.

Bila terasa tubuhnya dipegang orang, Pak Harun makin takut. Dia terbayangkan makhluk berkain putih  yg dilihat diluar rumahnya tadi, sedang berdiri di tepinya.

Pak Harun terus menutup mukanya dgn kuat. Tangannya menggeletar. Peluh sejuk membasahi tubuhnya.

Mak Esah pula makin hairan. Selalunya taklah susah sangat nak kejutkan suaminya. Tambahan pula Pak Harun terus meracau menyuruhnya pergi dan jangan ganggu dia.

Bersambung….

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s