HAMBA IBLIS

Bab 1

Pak Harun masih lagi duduk berjuntai kaki di dangau. Matanya merenung jauh ke tengah sawah. Sesekali dia menggeleng2kan kepala. Lagaknya seperti orang yg dilanda masalah sebesar gunung. 

Nun jauh di tengah sawah, kelihatan Mak Esah, isteri Pak Harun terbongkok2 menanam anak padi di dalam petak sawah.

“Apa yg ayah menungkan tu?” Tiba2 menungan Pak Harun diganggu dgn teguran anak gadis tunggalnya, Haryati.

Haryati duduk di sebelah ayahnya sambil matanya turut memandang ke arah ibunya yg masih asyik menanam anak padi di tengah sawah.

“Apa yg ayah menungkan tadi? Sampai Ati panggil pun ayah tak dengar,” tanya Haryati lagi apabila soalannya tidak diendahkan.

“Takde apa Ati. Ayah cuma letih mengerjakan sawah padi ni,” jawab Pak Harun bena tak bena. Haryati diam.

Haryati bangun dari duduknya, melangkah ke tebing sawah. “Mak, berhentilah dulu. Ati ada bawa makanan ni. Marilah kita makan sama2,” jeritnya sambil melambai2kan tangan ke arah Mak Esah.

Mak Esah berhenti dari keasyikan bekerjanya dan membalas lambaian Haryati. Dia melangkah perlahan2 di atas batas menuju ke dangau.

“Apa abang buat kat sini? Kan bagus kalau abang tolong saya tanam anak.padi tu? Boleh cepat sikit siapnya,” bebel Mak Esah sebaik saja sampai di dangau. Pak Harun diam, macam tak dengar apa2. Haryati memandang ayahnya.

“Tapi ayah kata tadi, dia dah penat mengerjakan sawah padi ni?” Tanya Haryati kehairanan.

“Tak tahulah mak ni Ati oi… Dari pagi tadi ayah kamu duduk kat sini sambil termenung. Mak panggil pun dia buat tak tau je,” bebel Mak Esah lagi sambil membasuh tangannya. Pak Harun tidak bersuara sepatah pun. Mak Esah pun akhirnya diam bila kata2nya tak diendahkan oleh Pak Harun. Dia menjamah pisang rebus yg masih panas, dicicah dgn kelapa parut yg dicampur dgn gula. Amat menyelerakan sambil ditiup angin bendang.

Pada malam tu, Pak Harun terus gelisah seperti malam2 sebelumnya. Dia memandang ke arah Mak Esah yg tidur lena di sebelahnya. Entah kenapa sejak kebelakangan ni matanya terlalu sukar utk dilelapkan. Fikirannya asyik teringat kepada lelaki tua yg dijumpainya ditepi belukar di belakang rumahnya senja khamis lepas. Kata2 lelaki tuan tu masih terngiang2 di telinga Pak Harun.

“Tok tahu, kau ingin jadi kaya. Tok tahu, hidup kau susah dari dulu hingga sekarang walaupun kau dah bekerja keras seumur hidup kau. Tok boleh ubah hidup kau. Percayalah kata2 tok ni,” kata lelaki tua tu.

Pada pengamatan Tok Harun, lelaki tua tu sudah menjangkau usia 100 tahun. berdasarkan kepada wajahnya yg kelihatan sangat tua, kulit yg hitam dan berkedut seribu, rambut dan jambang yg sudah putih keseluruhannya, tubuhnya kurus hingga kelihatan urat2 tersembul di bawah kulitnya dan tangannya yg menggeletar sambil memegang tongkat rotan yg mengiringinya berjalan.

Pak Harun memandang orang tua itu dgn wajah penuh tandatanya. Pak Harun adalah penduduk asal di situ tapi seumur hidupnya yg dah lebih dari setengah abad tu tak pernah lagi melihat orang tua tu di kampung ni.

“Janganlah kau ragu2 anakku. Tok juga manusia biasa macam kamu. Tok takkan apa2kan kamu. Tok cuma nak bantu kamu. Tok tak bantu sesiapa saja. Tok hanya memilih yg betul2 layak utk dibantu. Tok dah lama perhatikan kamu. Tok tahu kamu seorang yg rajin, cuma nasib tak menyebelahi kamu lagi. Mungkin Tok boleh mengubah nasib kamu dan keluarga kamu.” Kata orang tua tu lagi.

“Siapa Tok ni? Saya tak pernah tengok Tok kat kampung ni. Tok orang baru kat sini? Tok tinggal di mana?” Tanya Pak Harun setelah terdiam lama.

“Siapa Tok, itu tak penting. Tok hanya muncul di tempat org yg memerlukan sahaja. Yang penting, fikirkan kata2 Tok. Pada malam Jumaat depan Tok datang lagi di sini. Jika kamu mahu Tok membantu kamu, jumpalah dgn Tok di sini selepas pukul 11 malam.” Pesan orang tua tu sebelum dia melangkah pergi, masuk ke dalam belukar, meninggalkan Pak Harun yg masih termangu2 di situ.

Bersambung….

One thought on “HAMBA IBLIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s