AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 9)

​AKU TAKKAN DEGIL LAGI.

Bab 9

“Habis tu, siapa yang di rumah Pak Majid tu? Siapa yang tumpang kereta kami tadi?”Ayah tanya dan tok menggelengkan kepala sambil meletakkan cawan kopinya tadi.

Lepas tu, tok bangun berjalan ke tepi tingkap sambil memandang ke arah rumah Tok Majid. Tok memulakan cerita.

Lepas isterinya meninggal 3 tahun lepas, Tok Majid tinggal sendirian. Anak2nya duduk jauh2. Entah mana masa cuti sesekali baru nampak muka anak2nya. Itu pun tak berkumpul semua. Tapi Tok Majid tu nampak macam sihat je, elok je berkumpul dengan orang kampung di kedai kopi, pergi ke masjid. Tok Majid ni salah seorang orang kaya dalam kampung tu. Dia ada banyak kebun getah, dusun yang mana semuanya dipajak kepada orang2 kampung. Setiap bulan, dia akan terima duit pajakan, itu dah cukup untuk perbelanjaannya seharian.

Sehinggalah lima bulan sebelum kematiannya, Tok Majid dah tak begitu bercampur dengan orang kampung. Jarang dah nampak mukanya di kedai kopi mahupun masjid. Bila ditanya apabila bertembung, Tok Majid akan memandang orang yang bertanya dengan pandangan bengis. Perubahan mendadak itu membuatkan orang kampung tak berani lagi bertanya jika bertembung dengannya. Bahkan ada yang cuba melarikan diri dari bertembung dengan Tok Majid.

Pernah 1 hari, Abang Usop ternampak kelibat Tok Majid lalu depan kedainya sambil memikul sebatang kayu besar seorang diri sedangkan sepatutnya kayu sebesar itu memerlukan empat atau lebih lelaki dewasa untuk memikulnya. Kisah itu heboh diceritakan oleh penduduk kampung. Maklumlah, Abang Usop tu kan ada kedai runcit, maka, semua orang yang datang, dia pun berceritalah.

Akhirnya cerita itu sampai ke telinga tok. Sebenarnya tok dah banyak kali nampak keadaan tu, masa Tok Majid masih sihat lagi. Dan Tok selalu juga menziarah Tok Majid di rumahnya. Iyelah, Tok Majid kan tinggal seorang diri dan jadi tanggungjawab tok sebagai jiran untuk menziarah.

Sehingga 1 hari tu, masa tok menziarah, dan aku ingat, aku pun ikut sama masa tu. Tok Majid nampak macam tak berapa sihat. Dia terbaring je. Aku dan Tok datang bawa makanan. Bila nampak aku dan Tok datang bawa makanan, Tok Majid terus bangun, macam tak sakit. Dia makan makanan yang kami bawa dengan lahap sekali. Macam dah berminggu tak makan. Sedangkan sejak dia sakit, memang tok akan bawa makanan untuknya setiap hari.

Yang lebih pelik, Tok Majid makin kurus. Dan setiap kali kami datang, Tok Majid tak izinkan kami melawat keadaan dalam rumahnya. Dia macam marah jika tok nak angkat pinggan kotor ke dapur untuk dibasuh.

Pernah sekali, aku ikut opah dan tok sekali ke rumah Tok Majid. Tok mengadap Tok Majid makan. Aku sekali la. Opah pula kononnya diajak oleh tok untuk kemaskan rumah Tok Majid sebab dah kotor sangat. Risau tikus atau binatang berbisa masuk ke rumah tu. Tok Majid kuat masa makan je, masa lain dia terbaring je.

Masa tu Tok Majid sedang makan dengan lahapnya. Tiba2 je opah datang berlari2 mendapatkan tok dengan muka pucatnya. Opah bisik kat tok, dan aku macam biasa, sibuk le mendengar. Opah kata ada seseorang kat dapur rumah Tok Majid, sedang terbongkok2 macam makan sesuatu dengan lahapnya. Opah terkejut sangat sampai tersepak kerusi. Bila terdengar bunyi kerusi tu, orang kat dapur tu menoleh ke arah opah. Opah kata, rupanya macam Tok Majid, tapi hitam legam, rambut panjang keras dan mengerbang tak terurus, mulutnya penuh darah dan opah dapat lihat di tangannya ada seekor kucing yang berlumuran darah.

Orang itu tak bergerak, dia cuma memandang opah dengan pandangan marah dan merengus. Kemudian dia kembali mengadap kucing tadi dan melapahnya dengan penuh berselera.

Meremang bulu roma aku masa tu. Sekarang, masa menulis ni pun, aku masih meremang bulu roma. Aku ingat lagi Tok Majid yang sedang makan dengan lahapnya tu, memandang ke arah kami dan kata, “Kan aku dah kata, jangan merayau2 dalam rumah aku ni. Nasib baik ‘dia’ sedang makan, jadi ‘dia’ pandang je, kalau ‘dia’ terkam tadi, aku tak jamin kamu selamat.” Tok dan opah berpandangan masa tu.

Lepas tu kami balik. Sampai rumah, tok pesan kat aku, jangan merayau2 dekat kawasan rumah Tok Majid lagi. Jangan merayau malam2, jangan itu jangan ini. Masa tu aku tak faham. Aku ingat tok sengaja tak bagi aku jalan2 main dengan kawan2 aku. Jadi aku tetap buat semua tu. Aku degil.

Lepas daripada hari tu, tok tetap pergi rumah Tok Majid. Tapi tok tak bagi aku dan opah ikut. Tapi daripada apa yang aku dengar tok sembang dengan opah, keadaan Tok Majid makin teruk. Belakang badannya dah berulat. Kulitnya dah tertanggal. Tok Majid dah macam bangkai bernyawa. Tapi Tok Majid masih boleh makan dengan penuh berselera. Dan setiap kali berada di rumah Tok Majid, tok memang terasa seperti ada orang lain yang turut berada di dalam rumah tu. Sesekali terdengar Tok Majid seperti memberi arahan kepada seseorang, “Jangan kacau dia!” Bila tok tanya siapa, Tok Majid kata “jangan sibuk!.”

Hinggalah hari Tok Majid meninggal dunia. Masa tu tok macam biasa, pergi melawat sambil membawa makanan. Tapi masa tok masuk rumah, tok nampak seseorang sedang mengadap Tok Majid yang sedang terbaring. Terdengar suara Tok Majid mengerang kesakitan. Tok menjerit “Allahu Akbar!” Dan orang tu berpusing ke arah tok. Orang tu adalah orang yang sama opah lihat di dapur rumah Tok Majid hari tu.

Bersambung….

One thought on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 9)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s