AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 12)

​AKU TAKKAN DEGIL LAGI.

Bab 12 (Bab Akhir)

Semua yang ada di situ memandang Amin.

“Amin, kamu buat apa dgn botol tu? Bukankah aku suruh kamu tanam atau hanyutkan kat muara sungai?” Tok tanya lagi.

“Amin, apa kamu dah buat? Kenapa tak beritahu kami?” Azman pula bertanya bila adik bongsunya itu tak bersuara.

“Sebenarnya saya yang bukak botol tu. Semasa hidup, ayah pernah pesan suruh saya simpan cincin batu delima tu. Katanya itu adalah kesayangannya. Jadi, dia suruh saya jaga elok2. Malam selepas ayah meninggal dunia, saya cari cincin tu. Dan masa saya masuk bilik arwah ayah, botol ni seperti berasap. Saya tak fikir panjang, terus bukak dan saya nampak cincin tu. Jadi saya terus ambil.” Cerita Amin dengan rupa bersalah.

“Kamu tau tak apa benda tu?” Tanya tok.

“Saya tak tahu. Tapi sejak balik malam tu, memang ada jelmaan seakan arwah ayah mcm yang kat atas alang tu, mengikut saya kemana2. Dalam kereta, rumah sewa dan mana2 la. Saya dah cuba berubat tapi tak berjaya,” kata Amin lagi.

“Apa kena mengena dengan cincin delima tu Pak Deris?” Tanya Azman.

“Semasa hidupnya, arwah ayah kamu ada membela hantu raya. Sebenarnya dia dah lama meninggal tapi hantu tu taknak lepaskan dia selagi tak dapat tuan baru. Aku dan Imam berjaya mengesan hantu tu disimpan dalam batu delima yang ayah kamu dah jadikan cincin. Jadi kami dah masukkan dia dalam botol tu. Aku dah ikat kemas dah. Sepatutnya, kalau dah tanam atau dihanyutkan, dia tak boleh keluar. Jin biasanya tak boleh keluar dari dalam air atau tanah. Sebab tu aku pelik, bila orang kampung masih jumpa jelmaan tu,” tok beritahu.

“Patutlah malam ayah meninggal tu, ayah ada dalam rumah ni.” Kata Shukri. 

“Iye Pak Deris. Kan saya cakap nak adakan majlis tahlil, tapi lepas tu kami terus balik tergesa2 tengah malam tu jugak. Sebab ayah ada dalam rumah tu, tengok tv dgn kami, makan, berjalan cuma ayah tak bersuara. Sedangkan ayah dah meninggal! Sebab tu kami semua balik malam tu juga,” beritahu Azman.

“Saya minta maaf. Saya terlalu ingat kat pesan arwah ayah. Saya tak terfikir pula ayah ada menyimpan benda2 macam ni. Selalu tengok ayah mcm biasa je, tak nampak pun apa2 yang pelik,” kata Amin, jelas kelihatan rasa bersalah di wajahnya.

“Cincin tu dimana sekarang?” Tanya Tok Imam.

Amin bergerak ke begnya dan mengambil cincin tersebut lalu menyerahkannya kepada tok. Setiap pergerakan Amin, makhluk di atas alang tu akan merangkak mengekorinya dengan rengusan marah.

Rengusannya makin kuat. Seperti bersedia nak menerkam orang2 yg berada dalam rumah tu. Amin menggeletar. 

Tok tepuk belakang Amin. “Jangan takut. Nanti dia senang masuk dalam diri kamu. Istighfar banyak2. Ingat, tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah swt,” pujuk tok. Amin mengangguk namun matanya masih menjeling ke arah makhluk tu yang sedang merenung tajam ke arahnya.

Tok ambil cincin tu. Pisahkan batu delima dari cincin. Cincin tu diserahkan semula kepada Amin tetapi Amin takut nak ambil. Dia menggelengkan kepala.

“Ambillah simpan. Ini peninggalan arwah ayah kamu. ‘Benda’ tu takde di situ.. ‘dia’ ada kat dalam ni,” kata tok sambil tunjukkan batu delima tu.

Makhluk di atas alang menjerit seperti marah. ‘Dia’ melompat2 dia atas alang dan merangkak mundar mandir dengan lebih laju. Tok menyalakan api dari mancis yang dipinjam dari Azman lalu membakar batu delima tu. Bunyi jeritan makhluk di atas alang tu amat menyeramkan. 

Setelah batu delima tu agak kehitaman, tok balut dgn kain kuning dan masukkan dalam botol tadi. Dan menutupnya.

“Pergi tanam sekarang juga.” Kata Tok sambil menyerahkan botol tersebut kepada Azman.

Tanpa menunggu lebih lama, Azman dan Shukri terus mengambil cangkul dan menanam botol tersebut di belakang rumah Tok Majid.

Dan makhluk di atas alang tu lenyap begitu saja.

Setelah selesai, tok dan tok imam minta diri utk pulang kerana waktu asar makin hampir. 

“Buatlah sedikit majlis tahlil utk arwah ayah kamu. Moga dia diampunkan Allah.” Pesan tok imam.

Azman menganggukkan kepala.

Selepas dari itu, kampung tok kembali aman. Namun anak2 Tok Majid telah menjualkan tanah milik ayah mereka kepada orang luar yang tak tahu kisah yang tersimpan dalam rumah tu, dan ‘benda’ yang tertanam di belakang rumah tu.

Dan selepas darjah 6, aku pun ikut ibu dan ayah berpindah ke bandar. 

Walaupun aku tahu Tok Majid takkan ganggu aku lagi, tapi aku betul2 serik dgn kejadian tu. Aku janji takkan degil lagi kerana aku dah tau, setiap sesuatu yang dilarang, adalah kerana mereka nak kita sentiasa selamat walau di mana kita berada.

TAMAT

5 thoughts on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 12)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s