AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 11) 

​AKU TAKKAN DEGIL LAGI.

Bab 11

Seperti yg telah dijanjikan, 4 orang anak2 Tok Majid balik ke rumah ayah mereka pada hujung minggu tu. Anak sulungnya, Azman yang kerja di Johor sebagai peguam, datang menemui tok memaklumkan bahawa mereka dah sampai.

Tok pesan jangan usik apa2 dlm rumah tu sampai tok datang dgn Tok Imam.

Lepas zohor, Tok ajak tok imam pergi ke rumah Tok Majid utk berjumpa dgn anak2nya.

Sebaik tok sampai, semua anak2 dan cucunya Tok Majid duduk di bawah rumah. Tak seorang yang masuk ke dalam rumah.

2 orang cucu Tok Majid kelihatan menangis sambil merengek2 dengan mata melilau seperti ketakutan. Tok tanya kenapa tak masuk dalam rumah, mereka tak jawab tapi berpandangan sesama sendiri.

Tok arahkan menantu perempuan dan cucu Tok Majid utk pergi ke rumah tok utk berehat. “Rumah ni dah lama ditinggalkan, jadi tak sesuai utk budak2 ni. Pergi bawa mereka ke rumah aku nun. Bawak kain baju, pergi mandi, rehat dan makan kat sana.” Dan mereka akur. Tok dah pesan kat opah suruh masak lebih utk tetamu yang akan datang nnti. Tok pun macam dah tau.

Tinggallah anak2 Tok Majid, Azman, Shukri, Sulaiman dan yg bongsu, Amin. Amin seorang je yang belum berkahwin.

“Jom kita naik rumah arwah ayah kamu ni,” ayah mengajak. Anak2 Tok Majid tak bergerak. Masing2 berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa?” Tanya Tok Imam.

“Ada orang lain kat dalam rumah.” Sahut Azman.

“Siapa?” Tanya Tok Imam lagi.

Mereka angkat bahu.

“Dia kat mana?” Tanya Tok Imam lagi.

“Masa kami sampai, ada bunyi orang batuk. Kami bagi salam. Ingatkan Pak Hasan ke. Tapi tak menyahut.”

Pak Hasan tu tok aku la…. heheheheh… 

Anaknya memang ada tinggalkan pesan agar tok tolong tengok2kan rumah arwah Tok Majid.

“Sebaik je kami masuk, memang nampak seseorang menyelinap ke dapur. Kami cari, tapi tak jumpa. Lepas tu kami bukak tingkap, masa tu kami dengar bunyi mendengus macam kucing yang tengah marah dan nak bergaduh tu. Bunyi tu kuat, memang dalam rumah. Kami ingat kucing arwah ayah dulu. Sebaik anak saya masuk, dia terus menangis meraung macam kena sawan.” Cerita Shukri lagi.

“Risaukan keselamatan mereka, kami suruh mereka tunggu di luar sementara kami cari bunyi tu. Isteri kami pun tak berani masuk.” Azman pulak menyambung.

“Akhirnya kami jumpa arah bunyi tu. Ada 1 lembaga menyerupai arwah ayah, merangkak2 di atas kayu alang rumah. Kami terus keluar. Itu yang kami duduk kat luar ni sementara tunggu Pak Deris dan Pak Imam datang.” Shukri mengakhiri cerita mereka.

“Jom kita naik atas sama2. Sementara masih siang ni sebab pergerakan ‘dia’ agak terbatas di sebelah siang,” ajak tok.

“Dia???” Tanya Sulaiman.

“Jom naik dulu. Nnti aku terangkan.” Kata tok sambil memandang Tok Imam. Tok Imam anggukkan kepala.

Mereka semua akur. Tok mendahului. Tok naik tangga, tolak daun pintu yang memang dah terbuka sikit.

Sebaik je tok masuk, terdengar bunyi merengus seperti kucing bergaduh tu. Sulaiman yang mengikut belakang tok terhenti sekejap.

“Masuk je. Jangan pandang kat kayu alang rumah. ‘Dia’ ada kat sana memerhatikan kita. Ingat! ‘Dia’ tak boleh buat apa2. Dia sedang ketakutan sebenarnya.” Pesan tok.

Maka mereka semua memberanikan hati, menguatkan semangat ikut masuk ke rumah tu.

Tok terus masuk ke salah satu bilik dlm rumah tu. 

“Perkara pertama yg aku nak tahu, siapa buka botol tu?” Kata tok sambil menunjukkan botol yg berbalut kain kuning dan hitam yg sudah tidak berpenutup.

“Botol apa tu?” Tanya Azman dengan wajah pelik. Dia menghampiri botol tu tapi tok halang dia dari memegang botol tu. Makhluk kat atas alang rumah terus mengikuti mereka sambil merengus marah. Matanya seakan merah.

“Maaf Pak Deris, saya tak tahu pasal botol tu. Tak pernah tengok pun botol tu,” kata Azman. Shukri dan Sulaiman pun turut mengangguk mengiyakan kata2 abang sulung mereka.

“Amin?” Tok memandang ke arah Amin yang diam je sejak tadi. Muka Amin pucat. Dan bunyi rengusan makhluk kat atas alang makin kuat. ‘Dia’ merangkak mundar mandir di atas kayu alang tu.

Bersambung….

One thought on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 11) 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s