AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 10)

​AKU TAKKAN DEGIL LAGI

Bab 10

Tok terus azan, dan orang pelik tu menjerit, terbang dan hilang. Tok tak terus masuk rumah. Tok panggil tok imam, ketua kampung, dan beberapa orang masjid untuk pergi ke rumah Tok Majid.

Sebaik mereka sampai di sana, Tok Majid dah tak bernyawa. Bau busuk seperti bangkai menusuk hidung setiap orang yang masuk ke rumah Tok Majid. Ada yg hampir termuntah. 

Tok imam berpesan agar kisah Tok Majid tu jangan dihebahkan, takut timbul fitnah. Tok Imam pun mengarahkan agar jenazah Tok Majid segera diuruskan pengkebumiannya pada hari itu juga. Tapi memandangkan anak2nya yang tinggal berjauhan, ada yang mencadangkan agar menangguhkan urusan pengkebumian tersebut hingga semua anaknya balik. Tapi tok menghalang. Tok kata jenazah Tok Majid mesti dikebumikan hari tu juga bagi mengelakkan perkara yang tak elok.

Nak tak nak, beberapa orang yang ada di situ terus menguruskan jenazah. Tok Imam kata, tak perlu panggil orang kampung. Setelah selesai dikafankan dan sedia utk dikebumikan, barulah beritahu orang kampung. Cukuplah sekadar mereka tahu Tok Majid dah meninggal dan menghadiri pengkebumian saja. Tak perlu ramai2 hadir semasa uruskan jenazah.

Banyak hal yang berlaku semasa menguruskan jenazah. Sepanjang masa tu juga, orang pelik yang menyerupai Tok Majid tu ada memerhatikan setiap pergerakan mereka. Dan pada masa jenazah nak dikafankan, orang pelik itu menjerit marah menyebabkan beberapa orang yang ada lari lintang pukang. Tinggallah Tok Imam, Tok aku, Tok Ketua, ketua pengurusan jenazah dan Amin, anak Tok Majid yang tinggal di Kuala Lumpur yang sempat balik menguruskan jenazah ayahnya.

Ikut cerita tok, orang pelik tu ialah hantu peliharaan Tok Majid. Hantu tu digunakan untuk jadi peneman dan menjaga harta2 Tok Majid. Tujuan asalnya memanglah baik tapi niat yang baik tak pernah menghalalkan cara. Hantu dan jin tetap syaitan yang dilaknat Allah swt. Setiap bantuan syaitan pasti memerlukan balasan, tidak seperti Allah yg memberi kita kebaikan tanpa mengharapkan balasan dari hambaNya. Sesungguhnya kita tidak boleh mengharapkan bantuan selain daripada Allah swt.

Yang aku tahu, Tok dan Tok Imam berjaya menangkap hantu tu. Setiap jin ada kelemahan. Hantu tu disimpan di dalam batu delima yang dibuat cincin oleh Tok Majid. Memang batu tu tak pernah lekang dari jari Tok Majid. Aku tak tahulah macammana, tapi tok ambil cincin batu delima tu, dibungkus dengan kain kuning dan dimasukkan dalam botol kecil bersama sebatang paku karat yang diikat dengan benang kuning. Botol tu pulak di bungkus dengan kain kuning dan hitam berselang seli sehingga 7 lapisan. Botol itu diberi kepada Amin untuk ditanam sedalam 7 kaki ke dalam tanah atau dihanyutkan di muara sungai yang airnya deras.

Setelah pengkebumian, semasa bacaan talqin, beberapa orang kampung masih ternampak Tok Majid  turut bersama mereka di situ. Tapi masing2 tak berani bersuara hinggalah  masing2 pulang ke rumah.

Pada sebelah malam, setelah selesai berjemaah di masjid, Tok Imam menasihatkan semua orang agar tidak memperbesarkan apa2 cerita tentang Tok Majid.

Namun cerita itu tak sampai di situ sahaja kerana orang kampung mula melihat kelibat manusia mundar mandir di kubur Tok Majid selepas tiga hari kematiannya. Dan sehinggalah kepada permulaan cerita yang aku tulis ini.

Panjang lebar tok bercerita hingga aku hampir terlelap.

“Jadi, apa yang ayah nak buat sekarang?” tanya ayah aku.

“Aku nak tunggu anak2nya balik. Lagipun anak2nya tak tunggu lama masa ayah mereka meninggal. Lepas ayahnya dikebumikan, Azman ada kata nak buat tahlil tapi aku tengok masing2 macam kelam kabut balik di tengah malam tu jugak. Aku nak tahu kenapa mereka tak buat apa yg aku suruh tentang botol tu? Aku nak tau siapa yang buka botol tu.” kata tok lagi sambil melangkah ke telaga. Dah nak masuk waktu asar. Tok nak pergi masjid.

Bersambung….

One thought on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 10)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s