AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 8)

​AKU TAKKAN DEGIL LAGI.

Bab 8

Aku bangun dari tempat tidur aku, lipat tilam, angkat bawak masuk bilik. Lepas tu kejutkan maksu, nak ajak mandi sama2. Aku takut nak keluar sorang2. Maksu pun tak bising marahkan aku pagi ni. Selalunya dia yg membebel sambil kejutkan aku.

“Haa… dah bangun pun. Pergi mandi cepat, boleh sarapan sama2. Opah goreng sukun ni. Kamu kan suka,” tegur opah. Opah tau je makanan kegemaran aku. Sayang opah.

Selesai makan sukun goreng dgn kopi ‘o’ kaw opah, aku dan maksu kayuh basikal masing2 pergi sekolah. Hari tu hari akhir sekolah. Minggu depan dah mula cuti semester.

Selalunya kalau cuti semester, aku la paling gembira. Aku bebas masuk hutan, kayuh basikal ke kampung sebelah, mandi lombong dan sungai. Tapi tak tau lah cuti semester kali ni, berpeluang ke lagi aku buat semua tu. Serik dah aku main aci kejar dgn hantu Tok Majid.

Tapi aku dapat berita baik jugak. Ibu, ayah, kakak dan abang aku akan balik dari luar negara.

Oh ya…. aku lupa nak cerita pasal keluarga aku. Korang mesti ingat aku anak yatim piatu kan?

Ayah aku askar, ibu aku jururawat. Aku ada seorang abang dan seorang kakak, masing2 berumur 17 dan 14 tahun pada masa tu. Ibu dan ayah aku dihantar oleh kerajaan utk berkhidmat di Lubnan untuk tempoh 5 tahun. Aku tak ikut sebab masa tu aku baru nak masuk darjah 1. Tok dan opah tak bagi mereka bawa aku ke Lubnan. Maka, abang dan kakak aku je ikut, aku pulak tinggal dengan opah.

Dan kebetulan sangat, cuti semester kali ni, ahli keluarga aku balik. Mestilah seronok kan.

Tengahari, lepas habis sekolah, aku terus balik. Aku nak tunggu ibu dan ayah. Sebenarnya bukan sebab tu sangat, tapi sebab aku tak berani dah nak jalan sana sini macam selalu. Hazirah, Haikal, Aiman, Irfan dan kawan2 seperjuangan aku yg lain pun semua takut dah. Kami betul2 serik. 

Sampai je rumah, aku tengok opah dah masak macam2 juadah. Maklum lah, nak sambut anak balik dari perantauan. Dah macam nak raya pulak aku tengok. Hilang cerita Tok majid sekejap.

Lepas makan, mandi dan solat zohor, aku cari tok. Tapi tok takde. Aku duduk kat beranda rumah, sambil memandang ke arah jalan. Ayah akan sampai bila2 je.

Lepas hampir setengah jam, ketika mata aku hampir terlelap kerana nyaman ditiup angin petang, aku perasan ada sebuah jip lalu. Aku rasa itu ayah aku tapi tak lah yakin sangat. Tengah aku terjenguk2 nak mengecam tu, jip tersebut jalan terus, tak masuk ke halaman rumah tok pun. Maka aku fikir, itu bukan mereka lah. 

Aku perhatikan je. Jip tersebut jalan terus masuk ke halaman rumah Tok Majid dan berhenti di hadapan pintu utama rumah berkenaan.

“Siapa pulak tu?” Tiba2 terdengar suara opah dari belakang aku. Terkejut gak aku kejap.

“Entah lah opah. Wani ingatkan ayah tadi,” aku sahut sambil tetap memandang jip tersebut.

Tak lama kemudian, jip tu bergerak meninggalkan rumah Tok majid, dan bergerak menuju ke rumah tok. Aku bangun, berjalan keluar dari rumah tok.

Sah! Itu ibu ayah kakak dan abang aku. Terlompat2 aku keseronokan. Hilang dah rasa pelik.

Sebaik je mereka sampai, tok pun balik dengan motor kapcai lampu bulatnya.

Aku berlari kepada ibu dan ayah, peluk mereka. Rindu betul aku. Mereka pun peluk aku kuat.

“Wani, ajak ibu ayah tu masuk dulu. Diorang penat tu.” Opah panggil.

Kami pun masuk ke dalam rumah, duduk di anjung. Abang dan kakak aku sibuk keluarkan barang2 dari dalam jip. Aku masih melekap kat ibu.

“Kenapa kamu ke rumah Pak Majid tadi Zul? Atau kamu dah silap rumah,” Opah membuka bicara bertanya ayah.

Tok pandang muka opah, pelik dengan soalan tu.

“Tadi masa lalu kat kebun getah Pak Naim, saya nampak Tok Majid jalan kaki sambil menjinjing 2 ekor ayam, nampak macam baru sembelih, darah pun masih melekat kat bulu ayam tu. Saya pelawa dia masuk kereta, tu yg saya hantar dia balik ke rumah dia,” ayah bagitahu.

Aku ternganga. Tok dan opah saling berpandangan.

“Pak Majid tinggal seorang je kan? Atau anak2nya balik? Kalau tak, apa dibuatnya dengan 2 ekor ayam tu. Rupa dia pun pelik. Tak bersuara sepatah pun, matanya melilau melihat kami. Seram pun ada. Dan masa bawa dia, ada bau bangkai dalam jip. Segan pulak nak tanya dia. Nak kata bau tu dari ayam, rasanya ayam tu mcm baru sembelih sebab darah pun segar lagi. Takkan bau bangkai tu dari ayam kot,” cerita ayah bersungguh2.

“Opah…,” aku panggil opah. Opah suruh aku diam. Memang pantang opah aku, kalau aku menyampuk bila orang dewasa bersembang.

“Pak Majid tinggal dengan siapa ayah?” Tanya ayah.

“Kamu masuk rumah dia tak?” Tok tanya pulak.

“Saya ikut dia sampai pintu dapur. Dia tak cakap apapun. Cuma bunyi macam merengus je. Dia marah kot mata saya melilau tengok keadaan rumahnya.” Cerita ayah lagi tanpa tau perkara yang terselindung.

“Rumahnya macam dah lama ditinggalkan. Tak terurus. Sarang labah2, sarang tebuan pun ada kat bawah rumahnya. Dah dia pun macam tak suka, Aini dan anak2 pun macam tak berapa selesa, saya pun terus balik. Masa saya pandu jip nak keluar dari kawasan rumahnya, saya perasan ada seseorang lagi kat anjung rumah seperti sedang memerhati kami. Bila saya tengok betul2, nampak macam Pak Majid juga, tapi kulitnya agak hitam dan rambutnya agak panjang. Saya pandang balik ke bahagian dapur, saya nampak Pak Majid masih ada di situ, sedang mengadap ayam tadi. Takkanlah dia boleh berada di dua tempat pada masa yg sama. Tak tau la kalau mata saya yang salah pandang. Kot penat sangat memandu tadi,” cerita ayah aku panjang lebar.

“Zul,” tok panggil ayah, dengan suara yg amat tenang.

Ayah pandang tok, menanti tok meneruskan kata2.

“Sebenarnya, Pak Majid dah meninggal sebulan yang lepas,” kata tok sambil meneguk air kopi yang dihidang oleh opah.

Ibu dan ayah berpandangan.

Bersambung..

One thought on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 8)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s