AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 7)

​AKU TAKKAN DEGIL LAGI

Bab 7

Opah kunci penyelak pintu sebaik je tok keluar. Aku duduk rapat2 dekat opah. Maksu pun sama. Aku tengok jam. Dah pukul 10.30 malam.

Opah ajak aku makan. Aku pun dah lupa bahawa aku belum makan lagi. Tapi rasa macam dah takde selera. Tak tahu lah sebab takut atau sebab aku dah kenyang dengan rambutan tok hussin tadi.

“Taknak makan lah opah. Tak rasa lapar pun,” aku menolak.

“Kalau taknak makan, pergi tidur dengan maksu. Dah lewat ni, esok nak sekolah.” Kata opah.

“Izah, bawak Wani tidur dgn kamu malam ni. Mak nak tunggu ayah kamu balik,” kata opah lagi.

Maksu akur. Ditutupnya buku sekolah, bangun dari kerusi dan mengajak aku masuk bilik.

Belum lagi sempat masuk bilik, baru sampai pintu, tiba2 terdengar bunyi benda jatuh kat atas bumbung. Bunyi tu kuat, macam ada seketul batu besar dah jatuh. Entah2 pecah kot bumbung zink rumah tok. 

Maksu tarik tangan aku, kami berjalan perlahan menghampiri opah. Opah pun terdiam jugak.

“Bunyi apa tu mak?” Maksu tanya opah dengan nada suara yg perlahan dan agak terketar2.

Opah diam sambil memandang ke bumbung rumah. Bumbung rumah dulu2 mana ada siling. Memang boleh nampak semua kayu alang rumah. Tapi tok ada alaskan dengan kain. Maknanya kain tu kira macam siling rumah kita sekarang ni la.

Suasana sunyi. Masing2 diam. Semua pun takut.

Tiba2 dengar bunyi seretan, seperti sesuatu yg tajam, menyeret bumbung zink rumah tu. Ngilu sungguh bunyinya.

Opah dan maksu masih diam tak bersuara. Aku pulak masa tu la rasa nak kencing. Takkan la aku nak kencing kat atas rumah pulak. Adoi….

Bunyi seretan di bumbung beralih ke dinding rumah pulak. Keliling rumah. Gasolin pulak ada 1 je, 1 lagi ada kat dapur tapi siapa yg berani bergerak ke dapur sekarang? Gasolin yg dekat kami ni, minyak dah nak habis pulak tu, jadi cahaya pun malap. Jgn tiba2 padam sudah. Memang aku kencing terus.

Tiba2 bunyi seretan di dinding berhenti. Opah tarik nafas. Maksu genggam tangan aku kuat2. Tak pernah la dia pegang aku sekuat itu.

Tak puas lagi kami merasa lega, tiba2 pintu diketuk kuat. Bergegar pintu kayu tu. Opah terkejut.

Ketukan tu kuat.

Opah takde pilihan. Dia melangkah ke pintu.

“Mak, kan ayah kata jangan bukak pintu walau apapun jadi,” maksu mengingatkan opah.

“Kamu tunggu sini. Ayah kamu dah balik kot,” teka opah.

Opah bergerak ke pintu yg sedang bergegar kuat akibat diketuk dari luar. Iye jugak, lama dah dia ketuk tu. Terdengar suara sayup2 memanggil dari luar.

Sebaik pintu terkuak, tok masuk dengan keadaan tergesa2. Aku melompat seronok bila nampak tok.

Tok cepat2 tutup dan kunci pintu.

“Awak semua ok ke?” Tok tanya. Opah angguk kepala.

Opah kata ok????? Kami dah nak gila menahan rasa takut dengan bunyi2an kat luar, opah kata ok???

“Aku nampak ‘benda’ tu kat atas bumbung,” tok seakan berbisik dengan opah tapi aku dapat dengar walaupun samar2.

“Izah, bawak Wani tidur. Dah dekat pukul 12 dah. Esok susah nak bangun pagi,” arah opah.

“Izah takut la mak. Kita tidur sama2 la,” maksu mengadu, dan aku anggukkan kepala tanda setuju. Tak berani aku aih.. karang elok dah terlelap, Tok Majid datang usap kaki aku dengan kuku dia macam dia seret bumbung dan dinding rumah tadi. Eeeeee….. tak le aku….

“Kalau dah macam tu, ambil tilam bentang kat sini.. kita tidur kat sini semua,” kata tok. Aku dengan laju pergi ambil tilam dan bantal, hilang rasa takut. Terus baring kat tepi tok.

Tak sampai 5 minit kot, aku dah lelap. Penat betul…

Aku tersedar bila dengar bunyi ayam berkokok. Tapi suasana masih gelap. Aku dengar tok dan opah bersembang kat dapur.

“Semua rumah pun kena kacau semalam,” tok bercerita.

“Rumah siapa lagi kena?” Opah tanya. Aku pasang telinga. Maksu masih tidur, berdengkur pulak tu.

“Rumah Senah janda tu, ‘benda’ tu masuk rumah lagi. Pengsan terus.”

Budak2 muda yg selalu berkumpul kat tali air kat tepi kedai kedai Usop tu, lintang pukang lari bila ‘benda’ tu berdiri kat dalam kumpulan diorg. Si Usop sampai jatuh dalam tali air la. Dah 1 hal pulak nak selamatkan dia. Kalau tak, mahu lemas budak tu mlm ni,”

“Rumah tok imam pun ‘dia’ kacau. Melompat jugak la Cik Timah tu bila bukak je tingkap, muka arwah yg terjenguk kat situ,” Cerita tok buat bulu roma aku meremang balik.

Aku dan kawan2 aku selalu lepak kat tali air tu. Mandi pun ada. Rasanya lepas ni memang tak la kami lepak situ dah.

Bersambung….

One thought on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 7)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s