AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 6)

​AKU TAKKAN DEGIL LAGI.

Bab 6

Sampai rumah tok bagi salam. Pintu kunci pulak. Aku tak boleh sabar dah, jerit je terus… “Opah! Maksu! Bukak pintu cepat!” Geli sungguh aku dgn ‘benda’ yang mengejar kami.

Sebaik je pintu terbukak, aku serbu masuk. Tapi sempat gak aku menoleh ke belakang.

Aku nampak seseorang di bawah pokok gajus kat laman rumah tok. Keadaan gelap menyebabkan pandanganku terbatas. Tapi aku yakin ada seseorang berjalan mundar mandir di situ sambil memandang tajam ke arah kami.

Tok tarik aku masuk ke dalam rumah dan terus kunci pintu. Aku terduduk kat tepi pintu, tersandar kat dinding melepaskan lelah.

“Kenapa ni ayah?” Tanya maksu.

“Kat mana jumpa si wani ni?” Tanya opah pulak.

Tok tak jawab, terus ke dapur mengambil penukul dan paku panjang yg sudah berkarat. Diperahnya limau nipis ke atas paku karat tadi, lepas tu dipakunya rangka kayu pintu utama rumah tu.

“Nak buat apa tu ayah?” Maksu bertanya lagi.

“Dah, jgn byk tanya. Wani, pergi mandi,” kata tok.

Mandi???!!!!!! Aku menggigil semula.

Bilik air tok bukan kat dalam rumah. Bukan macam kita sekarang, semua dalam rumah. Kena keluar ikut pintu dapur, dlm 30 meter baru sampai bilik air dan tandas. Dah la harap lampu goslin je. 

Dengan keadaan tadi kena kejar, kalau korang, berani lagi ke nak keluar ke bilik air tu? Ewww… memang tak la.

“Apa kamu menung lagi tu wani? Pergi la mandi, dah lewat ni.” Tegur opah.

“Opah, malam ni tak payah mandi la.” Jawabku cuba mengelak. 

“Kenapa pulak tanak mandi? Kamu mandi masa nak pergi sekolah pagi tadi je kan? Rasa2 bau kambing pun lebih wangi dari kamu,” marah maksu pulak, dengki betul dia dgn aku.

“Maksu, jom teman wani mandi,” dalam terdesak, aku merayu maksu.

“Ahhh! Kenapa pulak aku nak teman kau. Selalu tu berani je pergi sorang?” Maksu enggan.

“Dah dah… jom opah temankan,” opah memujuk aku. Lega rasa hatiku. Maksu menjeling tak puas hati.

Opah ambil lampu gasolin yg tersangkut di dapur. “Jom,” katanya sambil pegang tangan aku. Sayang opah aku kat aku kan?

Opah bukak pintu dapur. Aku dan opah terkejut. Opah menjerit. Aku tak keluar suara langsung. 

Jelmaan Tok Majid yg aku tgk di rumah Tok Majid tadi, sedang berdiri betul2 kat depan kami, memandang tepat ke arah kami, dgn renungan tajam, mcm harimau nak terkam mangsa. Opah dah rebah ke lantai. 

“Astaghfirullahal azim! Pergi kau! Kau ditolak Allah dan kau juga tak dialu2kan oleh manusia!” Terdengar suara tok menjerit.

Tok seperti merenjis sesuatu ke arah jelmaan Tok Majid dan jelmaan tersebut terbang sambil menjerit dgn suara yg amat menyeramkankan. Bulu roma aku meremang.

Tok renjis air tu ke muka aku jugak. Barulah aku dapat bergerak. Terduduk aku kat muka pintu dapur tu.

“Dah, masuk. Basuh kaki je kat tingkat atas tu, tempat tok selalu ambil wudhu’ tu. Ambil air dari tempayan dapur tu.” Arah tok.

Memang rumah kampung dulu2 ada satu ruang di mana papan lantainya sengaja dipasang berjarak sedikit. Kira nampak macam berlubang sikit, kalau dijenguk memang boleh nampak tanah. Aku tak tahu apa tujuannya tapi aku selalu la nampak tok jirus kaki, atau ambil wudhu’ di situ kalau dah jauh malam.

Dan menjadi kebiasaan, rumah dulu2 ada menyimpan air dalam tempayan di dapur.

Aku akur. Aku basuh muka, jirus kaki, tangan dan ambil wudhu di situ. Terkial2 aku sbb aku tak biasa buat mcm tu. Tapi itu lebih baik dari aku kena pergi mandi kat telaga.

Aku masuk bilik, solat Isya’. Sebaik selesai, aku dengar tok cakap kat opah, “Zah, aku nak keluar sekejap. Kunci semua pintu.  Jangan keluar walau apa jadipun. Kalau dengar bunyi pun, jangan jenguk keluar. Jaga budak2 tu.” Tok seperti bagi arahan kat opah.

Aku meluru keluar dari bilik, masih dlm kain telekung.

“Tok nak pergi mana?” Tanyaku.

“Kenapa? Kamu nak ikut?” Tanya tok balik, macam perli aku je.

“Tok janganlah keluar. Kalau Tok Majid datang lagi nanti, ha.. macammana? Wani takut,” aku merayu kat tok. Aku mmg takut. Dan aku yakin hanya tok yang boleh halau Tok Majid kalau dia datang.

“Wani, apa yg wani tengok tu, dia pun makhluk ciptaan Allah. Dia takde kuasa istimewa yg lain dari kita. Bahkan, kita lebih istimewa. Sbb tu dia kacau kita, supaya kita takut pada dia. Percayalah, dia tak boleh buat apapun. Setakat terbang, lepas tu hilang. Dia tak boleh sentuh wani pun,” tok berceramah memujuk aku.

Masa tu aku baru 11 tahun. Boleh ke aku faham? Tapi aku tahu, mana boleh orang dah mati, hidup balik. Kalau dia hidup balik, itu maknanya dia dah jadi hantu. Dan aku takut hantu. Itu yg aku faham.

“Perlu ke pergi malam ni jugak?” Opah tanya tok.

“Aku rasa ‘dia’ betul2 dah terdesak tu. Lambat kalau nak tunggu anaknya balik. Aku risau dia ganggu penduduk kampung. Bukan risau apa, takut fitnah tersebar sebab bukan semua orang kampung tahu hal ni lagi. Kejap je, aku nak tabur sesuatu kat kubur dia jap. Lepas tu aku balik la,” tok pujuk opah.

Opah akur. Tapi aku tetap takut. Mcm terpandang2 je Tok Majid memerhati kami dari bumbung rumah.

Bersambung…

One thought on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 6)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s