AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 5)

AKU TAKKAN DEGIL LAGI.

​Bab 5

Masing2 balik rumah masing2. Aku berjalan ikut tok. Memandangkan rumah kami bersebelahan dgn rumah Tok Majid, maka kami terpaksa melalui rumah tersebut utk sampai ke rumah tok.

Dari jauh nampaknya mcm gelap tapi sebaik je kami lalu depan rumah Tok Majid, tiba2 lampu terpasang. Terang benderang rumah tu, dari beranda sampai ke dapur. Kami berhenti melangkah dan memandang ke arah rumah tu.

Tiba2 je semua pintu tingkap rumah tersebut terbuka serentak. Tok pegang tangan aku kuat2. Tapi tok masih tak berjalan. Aku pulak yang rasa mcm nak lari je. Kalau tok tak pegang tangan aku, memang aku dah sampai rumah masuk bawah selimut dah.

“Tok…” aku panggil.

“Shhhhh…..” tok suruh diam.

Tok melangkah memasuki halaman rumah Tok Majid.

‘Aduhai tok…. jom la balik,’ rayuku dalam hati namun kakiku masih menurut langkah tok. Iyelah, dah dia pegang tangan aku, kena la ikut. Kalau tak nanti kena sekeh lagi kot.

“Kau kan berani sangat? Ha, inilah masa nak tunjuk berani,” tok bersuara seperti berbisik, memerli aku seakan dia mendengar suara hati aku.

Kami sampai ke ruang bawah rumah Tok Majid. Rumah dulu2 kan semua rumah atas. Ruang bawah rumah tu boleh muat parking kereta lagi luasnya.

Jelas kedengaran bunyi dari rumah tersebut seperti ada orang di dalamnya. Bunyi televisyen, pinggan mangkuk, air paip bahkan sesekali terdengar suara orang batuk jugak.

“Siapa tu tok?” Aku tanya.

Tok masih buat isyarat suruh aku diam. Aku akur.

Dari celah2 lantai papan rumah tu, aku nampak pergerakan dalam rumah tu. Dan memang dpt lihat ada seseorang dalam rumah tu yg bergerak ke sana sini. Tapi aku tak dengar bunyi tapak kaki. Cuma bunyi batuk2 kecil.

Tok menarik aku melangkah ke arah dapur. Dapur rumah Tok Majid tu di tingkat bawah je. 

Kami intai dari celah2 daun tingkap yg terbuka luas. Terbeliak mata aku.

Aku nampak dgn jelas, Tok Majid sedang mundar mandir di dapur rumah tu. Tapi rupanya tak sehodoh rupa masa dia terbang dlm dusun Tok Hussin tadi. Wajahnya sama seperti masa dia hidup.

Mulut aku ternganga luas, mata aku terbeliak. Dalam tak sedar aku hampir menjerit tapi tok cepat2 tutup mulut aku dgn tapak tangannya. Dlm kalut2 tok menutup mulut aku tu, tiba2 je jelmaan Tok Majid dah berdiri di tepi tingkap tempat kami mengintai, seolah2 tahu kami ada di situ.

Tok segera menarik tangan aku, berlari meninggalkan rumah berkenaan.

Terasa2 seperti Tok Majid mengejar kami. Walaupun tok dah pesan jangan pandang belakang tapi aku tau ada sesuatu mengikut dibelakang kami. Kalau tok tak seret jugak aku, mau aku dah dah terjelepok ke tanah dah. Longlai dah lutut aku, tak lalu nak lari.

Kaki aku dah terseradung akar pokok entah berapa kali dah. Tadi elok2 jln atas jalan tar, tok mengada nak ikut bawah rumah orang, mcm tu le jadinya. 

Sesekali terdengar rengusan marah dari arah belakang kami. Dalam gelap tu, Tuhan je la yg tau perasaan aku. Perasaan tok aku x tau la.

Bersambung…

One thought on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 5)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s