AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 4)

​AKU TAKKAN DEGIL LAGI.

Bab 4

Kami yg di atas pokok jadi panik bila org tu berhenti betul di tepi Hazirah yg dah kaku di situ. Cuaca makin gelap.

“Zirah, lari!” Tiba2 terdengar suara Aiman menjerit. Berani pulak dia. Dan mcm baru dipasang bateri, Hazirah lari mcm tak cukup tanah sambil menjerit. Terkejut kot dgn jeritan Aiman tadi.

Tapi yg membuatkan kami kecut perut ialah, Hazirah menjerit sambil menyebut nama ‘Hantu Tok Majid’!

Hazirah dah pergi, kami 4 orang masih kat atas pokok rambutan, dan orang pelik tadi masih kat bawah pokok yg kami sedang panjat tu.

Ahhhhh sudah! Nak turun mcmmana ni? Terbayang2 pulak wajah Tok Majid yg dah meninggal sebulan lepas, skrg sedang berdiri kaku di bawah pokok. Keadaan keliling dah gelap. Kami kat atas pokok makin pucat.

Aku pandang Aiman, Haikal & Irfan sambil buat isyarat tangan ‘nak buat apa sekarang?’ Diorang angkat bahu. Jelas ketakutan terpapar di wajah masing2. 

Tiba2 pokok yg kami sedang panjat bergegar. Kami pandang ke bawah. Org tadi dah takde tapi pokok tu masih bergegar.

Aku pandang keliling…. dan aku nampak Tok Majid sedang berdiri di atas angin, seolah2 terbang di tepi pokok yg sedang bergegar. Sambil memandang kami dgn rupa yg amat menakutkan.

Kain putih yg menyelimutinya kelihatan sudah kotor dan koyak rabak. Wajahnya seperti telah di toreh2 dgn pisau. Rambutnya panjang mengerbang dan kulit mukanya kehitaman. Telinganya panjang dan matanya tersembul kemerahan. Aku tak nampak kakinya tapi kuku tangannya panjang seperti mahu melilit tubuhnya sendiri.

Masa tu Aiman, Haikal dan Irfan membelakangkan Tok Majid. Aku menunjukkan ke arah Tok Majid yg sedang berdiri di atas angin dibelakang mereka.

Sebaik terpandang, Aiman menjerit dan terjatuh dari pokok. Tapi Haikal dan Irfan keras di situ. Aku syak, Haikal dah terkencing kerana takut sangat.
Aku nampak Aiman tak bergerak. Dia pengsan kot.

Dalam kekalutan tu, aku terdengar suara laungan azan. Serentak dgn itu juga terdengar suara jeritan yg amat menyeramkan di ruang udara. Hantu yg menyerupai Tok Majid tadi hilang entah ke mana.

Aku nampak tok dan beberapa orang kg datang ke arah kami. Mereka menepuk2 Aiman yg pengsan kat bawah pokok.

Tok pandang aku, Haikal dan Irfan. “Turun!” Suara tok amat menakutkan, mcm lebih menggerunkan dari suara jeritan tadi.. Aku tau malam ni memang berbirat belakang aku.

Terketar2 aku turun dari pokok. Ayah Aiman pula mendukung anaknya yg masih dalam sedar tak sedar tu. Haikal pula baru sedar dia dah terkencing dalam seluar. Irfan paling cepat sampai ke bawah.

“Cakap org tua langsung taknak dengar. Kononnya dah besar, semua boleh buat sendiri. Degil! Sanggup tipu kata nak buat keje sekolah kononnya. Hah! Dah besar sangat?! Dah cukup pandai dah?!” Tok start sound aku kat situ juga, depan orang2 yg ada kat situ sambil aku masih terkial2 nak turun dari pokok.

Selalu senang je aku mengelungsur turun dari pokok tu tapi mlm tu aku rasa nak turun pokok tu lah perkara paling sukar dan mencabar yg pernah aku buat.

“Tak padan dengan perempuan! Kamu ni nak jadi apa Wani oi?! Ni nasib baik Zirah dapat balik bagitau ayah dia. Kalau semua pun kat atas pokok tak boleh turun tadi mcmana?!” Tok terus2an sergah aku. Malunya aku.

Sebaik je aku mendarat kat tanah, telinga aku panas semacam. Tok dah tarik telinga aku mcm nak putus. Terjingkit2 aku menahan sakit. Berkeriut muka aku sambil diperhatikan beberapa orang yg ada di situ. Aku ingat balik rumah baru kena, rupanya kat situ lagi tok dah kerjakan aku.

“Sudahlah tu Pak Hassan. Budak2 mmg tak lalu duduk diam. Hari ni dah kena mcm ni, esok tak berani dah dia buat lagi,” pujuk tok imam.

Tok melepaskan telinga aku. “Kuk!” Disambung dgn ketukan kat belakang kepala aku. Aduhhhh…. sakitnya. Aku menggosok2 belakang kepala dan telinga. Mataku menjeling Haikal dan Irfan yg masih memeluk ayah masing2. Teruk la aku kena bahan kat sekolah esok.

“Jom balik!” Nada tok masih macam harimau lapar. Aku angguk kepala, melangkah menuruti langkah tok. Tok pegang tangan aku kuat2. Aku tau tok sayang aku.

Bersambung…..

One thought on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 4)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s