AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 3)

AKU TAKKAN DEGIL LAGI.

Bab 3

Balik je sekolah, aku terus cari tok. Tapi tak jumpa pulak.

“Kau cari apa tu Wani?” Maksu aku tiba2 jerkah dari arah dapur.

“Tok mana maksu?” Aku tanya.

“Tak balik lagi dari masjid, sejak zohor tadi. Kau dah kenapa? Tak pernah pun kau balik terus tanya pasal tok. Eh… Awal kau balik hari ni? Selalu dah kebulur baru nampak batang hidung kau,”  aku tak peduli maksu membebel.

“Ha.. awal kamu balik wani? Tak pegi mandi sungai ke?” Tiba2 opah terjengul dari bilik.

“Opah, tok dah pergi rumah tok majid ke?” Tanyaku tak sabar.

Opah dan maksu pandang aku pelik.

“Sudah, kamu jgn nak mengarut.. pegi makan nasi. Hari ni dok je rumah. Tak payah ke mana2,” kata opah sambil berlalu pergi.

Aku ambil pinggan, makan nasi gulai tempoyak dgn taugeh, ikan pari bakar dgn air asam. Sedap sungguh opah masak.

Tgh aku makan tu, dengar bunyi motor dalam 3-4 biji masuk ke perkarangan rumah tok. Aku jenguk dari tingkap dapur. Nampak tok dengan beberapa orang lagi termasuk tok imam dan ketua kampung sedang menongkat motor masing2.

Aku sambung makan, tapi curi2 mendengar…

“Kau rasa memang benda tu dah terlepas ke?” 

“Aku ingat sangat botol tu dulu. Aku dah pesan kat Amin, tanam botol tu atau hanyutkan kat muara sungai lepas ayahnya meninggal haritu,” terdengar suara tok.

“Habis tu sekarang mcmmana? Kita pun tak boleh terus tuduh benda tu arwah majid punya, takut jadi fitnah,” kali ni aku cam itu suara tok imam.

“Kalau betul benda tu arwah majid punya, aku rasa dia dah terdesak dah nak cari tuan baru. Dah sebulan dia tunggu tuan lama dia kat kubur tu. Kali ni dia dah berani balik rumah & keluar dari kawasan kubur,” terdengar suara tok macam risau sangat.

“Kalau macam tu, kita kena berkawal le. Dan kena arahkan anak2 kampung supaya tak keluar malam2. Nnti aku uruskan utk panggil anak2 arwah majid balik sini,” tok ketua pula bersuara setelah diam je dari tadi.

“Tapi kita belum pasti, samada benda tu memang arwah majid punya. Nnti anak2nya saman kita sebab menuduh ayahnya. Tau je la anak2 arwah tu bijak pandai, peguam ada, doktor ada, pensyarah pun ada.” sahut seorang lagi.

“Mlm semalam Rosli dah nampak arwah kat rumahnya tu.. sebab tu aku sangat yakin. Tapi kita tetap kena siasat jugak,” tok bersuara.

Lepas tu semua bersurai…. dan aku masih tak selesai makan.

Petang tu aku kayuh basikal ke rumah Hazirah. Opah tak bagi tapi aku bagi alasan nak buat kerja sekolah.

Aku tak biasa la memerap dok kat rumah. Lemas rasanya. Mcm org sakit. Lagipun hari masih cerah, siang lagi kan… apa nak takut. 

“Zirah, jom la kita pegi dusun tok hussin, makan rambutan. Lemas la aku terperap kat rumah ni.”

“Mak aku tak bagi keluar. Aku takut nanti dia marah. Mak aku kata, hantu tok majid sedang merayau kat kampung,” 

“Ala zirah, siang2 ni mana ada hantu. Hantu keluar sebelah malam je. Jom la, kita ajak kawan lain,”

Hazirah masih ragu2.

“Kau cakap kat mak kau, kita buat kerja sekolah. Sebelum maghrib kita balik la,” aku masih bersungguh memujuk.

Dan berjaya… yes!!!

Kami mengayuh ke rumah kawan yang lain. Dan akhirnya kami dapat berkumpul 5 orang. Cukup dah utk kami enjoy…

Kami menuju ke dusun tok hussin. Sekarang musim rambutan. Tok hussin pun memang selalu suruh kami ambil buah rambutannya. Rambutan tok hussin manis, dan lekang. Tu yg kami tak jemu. Ada pokok lain, manggis bagai… tapi belum musim..

Dalam kami sibuk memanjat, makan dan main, tak sedar sudah pukul 7 malam. Zaman tu, budak besar kami memang tak pakai jam tangan. Tgk matahari dah jatuh, kami akan balik. Kalau lewat sikit, ada la merah telinga kena tarik sampai balik rumah. Itu belum kira yang berbirat tgh belakang kena ranting kayu. Sakit oooo…

Mungkin sebab kami berada dalam dusun, pokok2 membuatkan kami tak nampak matahari dah turun.

Tiba2 je kami dengar bunyi orang batuk. Dalam keriuhan tadi, kami masing2 terus diam. 4 orang kat atas pokok dan hazirah seorang kat bawah, mengutip buah yang kami campakkan ke bawah.

“Siapa tu?” Terdengar aiman bertanya.

“Tok hussin kot,” haikal meneka.

Dalam kesamaran senja dgn matahari tinggal sikit tu, kami dengar bunyi batuk tu makin kuat menghampiri kami.

“Tok hussin ke tu?” Hazirah tiba2 bersuara.

Tiada sahutan.

“Kami ambil buah sikit ye tok hussin. Rambutan tok hussin ni manis, tak mcm tok punya,” aku menyambung.

Tiada sahutan juga.

Tiba2 nampak 1 sosok tubuh datang dari arah dlm dusun, menghampiri hazirah yg berada di bawah pokok. Kami yang di atas pokok hanya memandang.

Bersambung….

One thought on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 3)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s