AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 2)

AKU TAKKAN DEGIL LAGI.

​Bab 2
Orang tu jalan je terus, memotong kami. Langsung tak tegur kami. Iyelah, dalam gelap kan. Tapi aku nampaklah, dia pakai jubah warna putih. Aku dan kawan2 aku 7 orang lagi pun diam jugak. Selalu kami riuh menegur orang2 kampung, tak kira lah siapa, tapi masa orang tu lalu, kami semua diam. Seorang pun tak berani bersuara. Tak tahu kemana hilangnya keberanian kami. Ada sesuatu yang aneh pada orang tu. Bau pun semacam je. Kubur pun kat sebelah je…

Setelah orang tu melepasi kami, Hazirah cuit tangan aku. ‘Kau tengok orang tu jalan, dia tak macam melangkah pun. Dia macam terbang je,” bisik Hazirah ke telinga aku. Dalam keadaan yang gelap tu, aku perhatikan orang tu dari belakang. Ya! orang tu seakan bergerak di atas angin! Aku cuit Aiman, Haikal, dan yang lain2nya, berbisik perkara yang sama. Rupanya mereka dah perasan perkara tu semasa orang tu lalu di tepi kami lagi. Tapi masing2 tak berani bersuara. Rasa kecut perut.

Tengah kami masing2 kalut memerhati orang aneh tu, tiba2 dia berhenti. Dia berpusing ke arah kami. Kami pulak tak berani menjerit atau lari dari situ. Orang aneh itu seolah bergerak merapati kami. Wajahnya tak begitu jelas di dalam kegelapan tu. Cuma aku nampak dia berjubah putih.

Kami semua panik. Tak mampu keluar suara pun. Yang kedengaran hanyalah bunyi rengusan orang aneh itu. Bunyinya semakin kuat, seperti lembu yang sedang disembelih.

Ketika dia semakin hampir ke arah kami, tiba2 ada satu suluhan lampu menghala ke arah kami dengan suara memanggil namaku. Kami semua menoleh ke arah lampu dan suara itu. Tok aku! Kami berlari kepada tok aku dan aku peluk tok aku macam dah berkurun tak jumpa.

“Kamu semua dah kenapa?” tanya tok.

“Tok, tadi ada orang…” aku mula nak bercerita, tapi tok aku suruh diam.

“Sudah2.. kamu semua pergi balik rumah terus. Jangan pergi ke mana2 dah.” Tok aku bagi arahan. Tapi masing2 tak berani bergerak.

“Jom singgah rumah tok dulu. Nanti tok panggilkan ayah kamu datang ambil,” kata tok aku.

Kami pun berjalan rapat2 mengikut tok aku dengan suluhan lampu suluh tu. Orang aneh tadi tak tahu dah ke mana.

Sampai rumah, tok aku tanya sekali lagi, “kamu nampak siapa tadi?”

“Ada orang jalan bersama kami, kami tak nampak muka sebab gelap. Dia pakai jubah putih. Dia merengus je, tak dengar suara. Lepas tu dia macam terbang, macam jalan atas angin.”

“Sebab tu jangan degil. Bila orang kata balik rumah, terus lah balik rumah. Kamu semua degil, nak jugak jalan sana sini, walaupun dah malam buta,” tok aku mula membebel. Selalunya aku sorang yang kena dengar tapi kali ni kawan2 aku pun kena dengar juga.

Aku tak jawab. Kali ni aku memang tak tahu nak jawab apa. Aku memang takut.

Seorang demi seorang ayah kawan2 aku datang jemput anak masing2. Dan setiap kali tu jugak aku tengok tok aku berbisik2 dengan ayah diorang.

Ayah Aiman datang akhir sekali. Masa ayah aiman datang, mukanya pucat.

“Pak Hassan, tadi masa saya datang sini, saya nampak rumah Pak Majid tu terang benderang. Saya ingat kot anak dia balik ke. Saya nampak ada orang berdiri kat pintu. Saya amati orang tu. Sah, orang tu Pak Majid! Bukan dia dah meninggal ke 3 minggu lepas? Atau dia ada kembar lain?” Cerita ayah aiman dalam keadaan tergopoh-gapah.

“Perasaan kamu je kot. Anak2 dia balik le tu. Tunggulah, esok aku pergi rumah dia.” Kata tok aku macam tak kisah je dengan cerita ayah aiman yang bersungguh2 tu.

Aiman balik dengan ayahnya.

Opah datang dari dapur, bawa 2 gelas kopi. Dibaginya kat tok segelas.

“Kenapa? Ada apa2 jadi ke? Selalunya budak2 ni berani sangat?” Katanya sambil jeling aku yang duduk kat tepi tok.

“Takde apalah. Sekarang baru dia nak muncul. Dah terdesak la tu,” kat tok.

“Siapa?” tanya opah.

Aku pun pasang telinga jugak..

Tok geleng kepala sambil tenyeh rokok daunnya ke dalam bekas rokok.

“Esok aku nak pergi rumah Majid jap. Kot ada barang yang tertinggal. Anak2nya pun tak datang jengah lepas hari pengebumian dia dulu,” kata tok. Sambil mengambil cawan berisi kopi sambil menghirupnya.

Bersambung…

One thought on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s