AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 1)

​AKU TAKKAN DEGIL LAGI

Bab 1

Dulu masa aku belajar sekolah rendah, aku duduk kat kampong rumah tok aku. Korang taulah rumah kampong kan tanahnya luas. Belakang rumah ada tanah luas, macam2 pokok ada. Ciku, nona, jambu susu, durian, macam2 lah. Sebelah depan rumah pulak luas gak, macam boleh buat sebiji rumah lagi, baru jumpa jalan. Jadi untuk kita ke jalan tu, memang jauh. Kalau nak jerit pun, sampai pecah anak tekak belum tentu orang kat jalan nun boleh dengar. Dengan jiran2 pun jauh gak. Kena pergi dekat baru ada yang dengar.

Aku ni pulak jenis yang lasak jugak, nama je perempuan. Kejap panjat pokok sana, kejap panjat pokok sini. Hilang lama sikit maknanya aku mandi sungai le tu. Kadang tu aku makan tengahari kat umah jiran tok aku. Dulu2 mana ada kes culik la, van putih ni bagai. Main pulak tu dengan budak2 jantan, takde pulak kes2 pukul kawan, buli, sumbang mahram ke, macam sekarang ni.

Oleh sebab kelasakan aku, kira satu kampong tu memang kenal la dengan aku. Sebut je cucu siak Hassan, semua tau. Bangga gak aku. Tapi kalau aku kena belasah dengan tok aku pun, satu kampong pun tau jugak. Masa tu aku malu la…..

Masa maghrib biasanya aku ikut tok aku pergi masjid. Tok aku ni mmg org kuat masjid. Maklumlah, tok siak kan. Lepas solat maghrib, dia dan beberapa orang tua kat sana akan mengajar budak2 kampung mengaji. Tak kira la mengaji Muqaddam ke, mengaji Quran ke, umur 5 tahun ke, umur 35 tahun ke, semua di ajar. Tajwid bagai.

Biasanya masa pergi memang aku pergi dengan tok aku tapi balik selalunya aku balik dengan kawan2. Sebab tok aku balik lambat. Tapi selambat-lambat tok aku, pernah gak tok aku dah sampai dulu kat umah. Aku gi round kampong dulu dengan kawan2 aku.

Sampai rumah, apa lagi, kena belasah la… Tok aku garang oooo…… Kena pula mak sedara aku yang bongsu pun ada. Mak sedara aku tu nak ambil SPM. Dia memang anti betul dengan aku. Sebab opah aku selalu sebelahkan aku. Sebab tu aku sayang opah aku.

Okay, itu kisah aku serba sedikit la. Kalau nak cerita penuh, lari pulak cerita sebenar yang aku nak ceritakan ni.

Cerita ni bermula satu malam tu, masa tu aku dengan kawan2 aku kayuh basikal balik dari masjid. Korang tau la kan, sebelah masjid selalunya ada kubur. Selalu gak dengar orang kampong sembang, sejak 2-3 minggu kebelakangan masa tu, ada orang Nampak macam seseorang sedang berjalan-jalan di kawasan perkuburan tu. Tapi tak tahu siapa sebab seringkali orang terserempak dengannya pada waktu malam, terutama selepas solat maghrib.

Ada jugak yang pernah pergi dan menegur, tapi jelmaan tu tak jawab, cuma merengus, macam bunyi lembu nak kena sembelih tu. Tok dengan opah aku selalu gak pesan kat aku, balik dari masjid, terus balik rumah, jangan pergi mana2 dah. Tapi aku degil.

Sebab aku tak pernah pun terserempak dengan sape2 kat situ, bukannya jauh pun kubur tu dengan masjid, sebelah2 je. Cuma kawasan tu gelap la. Dulu bukan macam sekarang, sana sini cerah dengan lampu jalan. Masa tu, dah la gelap, hutan pulak kiri kanan. Sebab tu aku boleh panjat pokok. Tak macam sekarang, kalau ada pokok pun, itu pokok bunga namanya.

Okay, malam tu aku dan kawan2 aku kayuh la basikal. Cadang malam ni kami nak round kampong sebelah, nak tengok kugiran. Siang tadi ada kenduri kahwin, biasanya belah malam akan ada kugiran.

Baru je kami melepasi kawasan kubur tu, kat depan kami ada seseorang sedang berjalan. Ketika nak melewati orang tu, kami dengar bunyi merengus macam yang selalu kami dengar orang cerita tu. Tapi kami tak peduli. Kami jalan je, bukan kacau dia pun.

Baru je lepas, tak sampai 5 pusing kayuhan pun, boleh pulak rantai basikal kawan aku jatuh. Adoi, dalam gelap tu, kena tolak lah nampaknya. Kami ada dalam 5 basikal semuanya. Kami ni ada semangat setiakawan. Bila sorang kena sorong, semua pun akan turun sorong sama.

Tengah sorong basikal tu, orang yang merengus tadi pun join jalan dengan kami sama. Masa tu meremang jugak bulu roma. Selama ni tak pernah pun aku rasa macam tu. Sebab jarang kami jumpa orang yang kami tak kenal kat kampong tu.

Bersambung….

One thought on “AKU TAKKAN DEGIL LAGI (Bab 1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s