BAYANGKAN (Bab 8)

​BAYANGKAN….

Bab 8

Entah dari mana tiba2 kau dpt kekuatan. Kau tarik pemegang pintu tu sekuat hati. Hampir2 pintu tu nak melanggar Azie yg masih terhegeh2 menolak pintu tu. By the way, pintu tu sepatutnya ditarik ke dalam, bukan ditolak keluar yg mcm kau & Azie buat tadi. 

Pintu terbukak.

Kau dan Azie lari ke tangga, tak pandang belakang dah. Peduli la budak tu jatuh ke apa. Korang lari mcm tak cukup tanah.

Masalahnya ofis korang ni, setiap tingkat tu cuma ada 1 ofis. Ofis sebelah menyebelah disempadankan dgn dinding simen. Jadi, utk kau jumpa orang lain di tingkat yg sama dgn kau, mmg takde.

Oleh sbb 1 tingkat ada 1 pejabat je, maka tangga pun kecik. Mmg sorang je boleh lalu. Kalo tiba2 nak berselisih, mmg berlaga bahu. Seorang kena berhenti, tak boleh jalan 2 orang sekali.

Jadi, bayangkan dalam keadaan tu, kau & Azie berlari kat tangga, tak peduli dah sape jalan dulu.

Yang pasti, korang perasan budak dlm umur 6 tahun tu ikut belakang korang! Terketek2 je dia ikut kat belakang. Dgn rupa mukanya yg pucat, tangannya yg mcm nak tarik korang… haish!

Tangga ofiz tu bercorak zigzag. Jadi bila kau pusing ke tangga yg berikutnya, kau akan nampak budak tu ikut belakang korang. Yg paling syahdu kat tangkai jantung kau, bila kau nampak budak tu bukan berlari, tapi dia merangkak turun dari tangga! Sambil matanya menjeling tajam ke arah kau! Eeeeuuuwwwwwwwww!!!!!!!!

Korang sebok berlaga2 masa nak turun tangga, 2-3 kali jugak terseradung kaki masing2. 

Cubalah bayangkan kalau tiba2 budak tu tercongok kat depan korang! Fuh! Jgn bayangkan weh…..

Sebok berlari, sedar2 korang dah sampai ground floor, masih lagi rasa nak lari sampailah Azie tarik tangan kau. Kalau tak, mau kau redah je jalanraya kat depan ofis kau tu. Innalillah jugak kau hari tu…. 

Korang berhenti melepas penat. Terduduk jugaklah kat kaki lima kedai tingkat bawah tu. Orang lalu lalang tengok korang pun lain macam dah.

“Pija, kita tutup lampu tak tadi?” Tiba2 Azie tanya.

“Kau rasa?” Kau tanya balik dgn nada nak marah. Jantung macam nak pecah, ingat lagi ke nak tutup lampu pintu bagai?

“Pintu pun tak kunci kan?” Azie tanya soalan bodoh ke 2. Kau tak jawab dah.

“Siapa kat dlm ofis kita tadi?” Azie ubah topik.

“Budak tu sape pulak?”

“Kenapa benda macam ni jadi hari ni?”

“Apa sebenarnya yang sedang terjadi ni”

Persoalan demi persoalan berlegar di kepala kau & Azie.

“Alamak! Beg aku tertinggal kat tandas laaaaa….” sekarang kau rasa Azie sedang buat lawak bodoh.

“Pija, jom naik balik. Siang2 buta macam ni, patutnya mana ada hantu? Lagipun tak pernah lagi dlm hidup aku nak masuk 25 tahun ni, hantu boleh bunuh orang” kata2 Azie buat kau rasa nak bunuh dia masa tu jugak.

“Kau naiklah sorang, aku taknak,” kau tekad taknak naik.

“Kejap je Pija. Tadi kau ajak aku, aku ikut je kau. Skrg tak pasal2 aku pun terjebak sama,” Azie buat muka kesian.

“Aku takut Azie. Esok je la kau ambil. Ni dah darurat ni, beg kau tu tak penting,” kau pujuk Azie.

“Tak penting kau kata?” Azie jegilkan matanya kat kau.

“Telefon, duit, IC, kunci rumah, kunci kereta, kunci ofis pun dalam tu kau tau tak?” Kau buat tak dengar je Azie membebel.

“Jom kita tgk ke atas dari bawah ni, mana tau kot nampak apa2.” Kau ajak Azie.

Korang pergi ke bangunan sebelah, mendongak ke atas, ke arah ofis korang di tingkat 3. Dinding kaca bilik bos kau yg tak ditutup tirainya, membolehkan korang nampak ke dalam. Lagipun tingkat 3 tu bukannya tinggi sangat pun.

Korang tergamam lagi. Kelihatan seseorang berada dalam bilik bos kau!

Kedudukannya membelakangkan korang, seorang perempuan sbb berbaju kurung & bertudung lengkap.

“Siapa tu Azie?” Kau tanya tapi Azie angkat bahu je.

“Makcik kleaner tu kot” Azie jawab. 

“Makcik kleaner tu tak pernah pulak aku tgk pakai baju kurung” fikir kau lagi.

“Dia ke yg ketuk pintu bos dari dalam tadi? Dia terkunci kot,” kau mula ragu2.

“Mana pulak terkunci dari dlm sedangkan kunci adalah dari dalam, bukan dari luar” Jawab Azie.

Haah kan, betul jugak.

“Lagipun mcmmana makcik kleaner tu boleh masuk? dia takde kunci ofis,” Azie masih dgn soalan.

‘Haah, betul jugak’ fikir kau.

“Tapi kan tadi aku tinggalkan ofis tak berkunci masa nak pergi ziarah arwah Rohiman? Mungkin dia masuk masa tu,” aku pulak ragu2.

“Tapi kalo tak silap aku, Haiza dah call makcik kleaner tu bahawa hari ni ofis tutup. Takkan dia dtg jugak. Lagipun dia tak tau password utk masuk pintu utama ofis kita” Azie jwb panjang lebar.

Kau masih dgn, “Haah, betul jugak tu”.

Tengah korang berteka teki tu, terdengar bunyi mengekek budak kecik. Melompat korang kejap. Bunyi tu yg sepatutnya comel sangat, tapi skrg bunyi tu sangat menakutkan…. Bunyi tu dekat sangat. Kuat pulak tu. Poket baju kau pulak bergerak2. Kau bayangkanlah, budak yg merangkak turun tangga tadi sedang berdiri di celah2 antara kau dan Azie, sedang memandang korang sambil tangannya seluk poket kau!

Masa ni la pulak takde org lalu lalang. Mana pegi semua orang entah la.

Bunyi mengekek tu berhenti sekejap & lepas tu bunyi balik, tak berhenti. Dari bunyi perlahan, makin kuat dan makin kuat. Korang pulak tak berani nak tunduk melihat sbb tak sanggup bayangkan budak tu memaut kaki korang! Huhuhuhuhuhuhh…. mak!!!!!

Bersambung….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s