BAYANGKAN (Bab 7)

​BAYANGKAN….

Bab 7

“Sape pulak tu Azie?” Kau dah panik. Azie geleng kepala. Matanya tak berkedip memandang sosok tubuh seorang budak yg berada di luar pintu utama opis kau.

Budak tu bersandar di pintu kaca tu sambil membelakangkan korang.

Bunyi ketukan pintu dari bilik bos kau makin kuat. Mesin fotostat masih berjalan, dgn sorang budak bersandar kat luar pintu yg kau dan Azie perlu lalu. Kau panik!

Keadaan tu berterusan selama 1 minit. Kau dan Azie mmg jem, tak boleh fikir dah.

Tiba2 bunyi ketukan tu berhenti, mesin fotostat berhenti. Tapi budak tu masih kat situ.

Kau dan Azie macam dah putus nafas. Masing2 tak berani bersuara. Suasana sunyi, sunyi sesunyinya! Masa tu kalau ada jarum jatuh pun, korang mesti boleh dengar.

Tiba2 terdengar sesuatu. Kau cuit Azie. Azie pasang telinga.

“Prap! Prap!” Bunyi orang berjalan! Dalam ofis kau!

Langkah tu makin mendekati tempat korang berdiri. Sesekali terdengar bunyi batuk kecil, batuk seorang perempuan!

“Pija, kita kena keluar dari sini.” Azie genggam tangan kau.”

“Tu!” Kau tunjuk budak yg bersandar kat luar pintu utama ofis kau.

“Kalau kita tarik pintu tu, budak tu jatuh la,” kau masih nak fikir logik lagi.

“Lantak la, dia nak jatuh ke apa. Kita kena keluar,” jawab Azie tekad.

“Aku ikut je,” kau takde pilihan.

Bunyi derap kaki makin laju melangkah ke arah korang. Dari tempat korang berdiri nak ke pintu utama tu, cuma perlu lebih kurang 5 langkah je tapi korang rasa macam kena 50 langkah! Dgn kaki yg berat, hati yg bercelaru, otak yg panik, perasaan nak nangis, semua tu membataskan pergerakan korang.

Sampai kat pintu, nak tolak pemegang pintu tu, mcm berat sangat. Macam ada satu kuasa magnet besar yg sedang menahan pintu tu dari luar membuatkan kau & Azie tak berdaya menolak pintu tu. Mungkin keadaan panik tu buat daya korang dah takde.

Derap kaki makin laju menghampiri korang. Bila2 masa je derap kaki boleh berada kat tepi korang.

Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s