BAYANGKAN (Bab 6)

​BAYANGKAN….

Bab 6

“Aku tak bergerak pun dari sini sejak black out tadi Azie,” Kau pandang Azie, Azie pandang kau.

Sedang korang berpandangan, tiba2 kerusi kat meja tempat Ina terangkat sikit, mcm tadi ada orang duduk & sekarang dia bangun. Maklumlah, kerusi lama, bunyi berkiut tu mmg kuat.

Azie pandang kerusi tu, kau pandang Azie utk pastikan Azie nampak apa yg kau nampak.

Belum sempat sape2 bukak mulut, kedengaran bunyi paip air kat pentri mcm tadi.

Kau masih terpaku kat mesin fotostat, sambil membelakangkan pintu pentri. Azie dah mula pucat.

Azie gamit kau, suruh kau datang kat dia. Tapi kaki kau keras bila tiba2 mesin fotostat yg kau dah off tadi sedang fotostat dgn sendirinya. Dah la mesin tu betul2 tepi kau.

Azie berjalan perlahan2 ke arah kau. 

Belum lgi Azie sampai kat kau, tiba2 dengar orang ketuk pintu dari dlm bilik bos kau!

Hah sudah! Apa pulak kali ni?!

Azie tetap berjalan ke arah kau. Pegang tangan kau.

“Sape kat dlm bilik en. Loqman tu?” Bisik kau. Azie angkat bahu.

“Dah la, jom kita keluar dari sini. Entah apa benda ada kat dlm ni,” Azie terus tarik tangan kau.

Bunyi ketukan tu makin kuat. Bagai mengejar korang, mengikut rentak kaki korang yg berlari ke pintu. Mcm jauh sangat rasanya nak sampai pintu tu.

Dah nak sampai pintu, korang terkedu. Ada sorang budak kat pintu tu!!!!!!!

Bersambung….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s