BAYANGKAN (Bab 5)

​BAYANGKAN…

Bab 5

“Ya Allah, ampunkan dosa aku….. izinkan aku mati dgn cara yg normal.” Kau doa dgn suara terketar yg kuat kot. 

Tiba2 kepala kau kena ketuk kuat. “Kau ni dah kenapa Pija oiii? Pelik betul kamu ni. At least bersuara le, senang aku cari. Dah la gelap, aku terjerit2 la panggil kau. Yg kau keras kat sini apasal? Bukan ini first time ofis ni black out!” Azie membebel kat kau. Kau pulak tarik nafas lega. Fuh!

“Aku rasa suis utama tu dah jatuh. Aku dah bgtau en loqman suruh repair suis tu, dah lama dah rosaknya. Dia pulak kata busy. Aku bukan suruh dia repair pun. Suruh dia approvekan quotation je kot. Itupun susah. Buatnya black out masa klien sain agreement, kan susah. Hish!” Azie terus2an membebel. Semua orang dimarahnya dah. Dah la dpt cuti, tpi kena masuk ofis jugak. Black out pulak tu.

“Kau ikut aku Pija. Pegang tangan aku ni. Kang aku tak tau doa apa pulak kau baca,” Azie terus membebel tpi tetap pegang tangan kau yg terketar2.

Baru je melangkah 3 tapak, terdengar bunyi mesin fotostat seakan2 sedang digunakan. Dah la mesin tu sebelah kau & Azie je.

Kau diam, Azie pun diam. Langkah korang pun berhenti. Kau dah keras balik. 

“Siapa pulak yg guna fotostat tu? Aku dah off tadi,” kau beranikan diri bersuara. Bersungguh kau yakinkan Azie bahawa kau dah off mesin fotostat tu tadi.

Kelekuk! Kau rasa kepala kau kena ketuk lagi.

“Kau ni hilang ingatan ke, hilang akal Pija? Kau off ke, tak off ke, mana boleh mesin tu digunakan kalau takde elektrik?” Terdengar suara Azie macam nak marah tapi berbisik je.

Haah kan? Kau baru sedar.

“Habis tu? Mcmmana mesin tu jalan?” Kau tanya soalan dlm gelap tu.

Azie diam. Tapi kau tetap pegang tangan dia. Kau tekad, apa jadi pun, kau takkan lepaskan tangan dia, lantaklah tulangnya patah ke, dia sakit ke….

Mesin fotostat terus menerus membuat salinan. Tak tahu dari mana datang arus elektriknya.

Suara Azie yg dari tadi membebel sudah tak kedengaran. Kau rasa dia pun dah takut. Tu la, kalau kau ckap, dia kata kau hilang akal.

“Azie, jom kita jln perlahan2 ikut dinding ni. Agak2 je arah pintu utama. Takkan nak tunggu kat sini,” kau pulak bagi cadangan.

Tiba2 terasa Azie mencengkam kuat tangan kau. Kau terjerit kecik. Sakit oooo…..

“Azie, tak payah la cengkam tangan aku kuat sangat. Sakit tau! Kalau kau takut, aku ni lagi la,” kau pulak marah Azie. Azie tak menyahut, tapi cengkaman tangannya masih kuat. Kau cuba tarik tangan kau, tapi Azie cengkam lebih kuat.

Tiba2 lampu menyala. Terang benderang ofis kau. 

Kau nampak Azie nun kat hujung sana sedang membelek suis utama.

Kau tersentak, kalau Azie dah sampai sana sedangkan kau masih kat mesin fotostat tu, siapa yg kau pegang tadi? Siapa yg cengkam kuat tangan kau tadi?

Lagi best bila Azie pulak tanya kau, “Eh Pija, bila pulak kau ke sana? Bukan tadi kau sebelah aku, dok cengkam tangan aku mcm nak tercabut semua jari aku tadi?”.

Bersambung…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s