BAYANGKAN (Bab 4)

​BAYANGKAN….

Bab 4

Kau kuatkan semangat, kau langkah terus ke pentri. Kau fikir mesti Azie tak dengar kau panggil tadi.

Sambil berfikir, sambil melangkah, sedar2 kau dah sampai pintu pentri.

Kau jengukkan kepala kau kat pintu pentri tu. Mata kau keras pandang kat 1 sosok tubuh perempuan bertudung yg sedang mengadap sinki sambil membelakangkan kau. Air paip mcm tu gak, kejap kuat kejap perlahan.

Kau perhati sosok tubuh tu, Azie tadi pakai baju kurung kosong dgn tudung bawal adijuma kaler biru. Tapi perempuan tu pakai baju kurung bercorak dgn shawl kosong kaler kuning. Konfem bukan Azie tu.

Bulu roma kau meremang balik. Kau cuba recall balik memori kau, pagi tadi baju apa Ina pakai.

Mata kau terbeliak! Itulah pakaian Ina pagi tadi. Kau nak jerit tapi suara kau tak keluar. Kaki kau dah tak tahu kat mana sendi, kat mana otot dah. 

Tiba2 air paip berhenti. Kau masih kaku kat pintu pentri. Kaki kau dah kena gam ke lantai.

Perempuan kat pentri tu bergerak! Dia berpusing ke arah kau. Kau hanya mampu menunggu kat situ. Kaku, keras & semua aliran darah mcm dah berhenti. Doa pun kau dah tak tahu nk baca doa apa. Doa makan pun kau dah lupa!

Setelah hampir 180° perempuan tu pusing, tapi belum nmpak rupa lagi tiba2 tap! Ofis gelap. Black out ke, suis utama jatuh ke.

Kau terus keras kat situ, dlm gelap sambil menbayangkan perempuan tadi dah sampai kat kau, melihat kau, belek2 muka kau, jarinya meleret kat leher kau…. eeuuwww….

Skrg ni kau nak pengsan pun tak daya dah. Nama mak kau, abah kau, adik beradik kau berapa orang, semua kau tak ingat dah. Otak kau dah jem, krem….

Tiba2 kau rasa ada sentuhan kat tangan kau. Beserta dgn bunyi nafas kuat kat telinga kau. Kau pejam mata sekuat yang boleh.

Bersambung……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s