BAYANGKAN (Bab 3)

​BAYANGKAN….

Bab 3

“Kau dah kenapa, Pija? Dah mcm org nmpak hantu” Azie menepuk belakang kau. Kau geleng kepala.

“Balik dari sini nnti, aku nak singgah ofiz jap. Kau temankan aku ye,” kau ajak Azie.

“Nak buat apa pegi ofiz? Hari ni kan cuti? Ke kau nak tgk kot kau punya ‘Ina’ tu ada kat ofiz?” Seloroh Azie tak ubah air muka kau pun.

“Aku nak off fotostat mesin & lampu, sbb tdi aku keluar mcm tu je,” kau sahut, cuba bg alasan logik.

“Iyelah, aku ikut kau ke ofiz. Kejap je tau. Aku ada hal lain lgi ni, dah alang2 dpt cuti ni,” Azie pujuk kau.

Sesampai di tangga tingkat bawah ofiz kau, jantung kau dah berdegup mengalahkan org baru lepas lari pass button 200 meter.

“Cepatlah Pija oiiii….. yg kau tercegat keras kat tangga tu dah kenapa?” Suara Azie kejutkan kau. Tiba2 je kau rasa tangga tu mcm gayat. Tiba2 je kau rasa ada yg memerhati kau dari atas tangga nun. 

Ofiz kau tingkat 3 tapi rasa beratnya kaki kau mcm dah panjat 13 tingkat. Rasa mcm dari diperhati dari bawah, dari atas. Rasa mcm ada org ketiga yg sedang panjat tangga tu sama2 dengan kau & Azie.

Sampai kat pintu ofiz, lutut kau dah hilang sendi dah. “Azie, jom balik la. Aku rasa mcm tak best je,” Kau start kalut dah.

“Kau jgn nk mcm2 hal Pija. Tadi kau yg nak dtg, skrg dh panjat tangga 3 tingkat kau nak balik pulak. Tu tgk, memang lampu ofiz pasang tu. Kita masuk tutup jap. Esok mengamuk En Loqman nnti,” Azie pulak sebok nak masuk.

Dengan langkah longlai, kau masuk ofis. “Aku pegi toilet jap. Dah lama aku tahan ni,” Tanpa tunggu kau jawab, Azie tinggalkan kau. Kau keras kat situ.

‘Ahh… takde apa,” kau pujuk hati kau. Dgn mata yg kau buka sikit2, kau beranikan diri pandang kat meja Ina. Fuh! Takde orang. Kau jalan ke mesin fotostat, off suiznya.

Tiba2 kau dengar bunyi air dari pentri. Kau pandang arah pentri. ‘Siapa pulak tu? Toilet belah sini, pentri belah sana. takkan Azie lalu sini aku tak perasan.’ Kau mula cuak.

Kau gerak perlahan2 ke arah pentri. Pentri dgn mesin fotostat tu sebelah2 je. Cuma ada dinding buatkan kau tak nmpak pentri tu.

Kau takut tpi kau nak tau gak. Sbb bunyi air tu kejap laju kejap perlahan, mcm ada org kontrol. Kau syak Azie je.

“Azie! Oooooo Azie! Kau buat apa kat pentri tu pulak. Kita kejap je ni. Jom lah, aku dah off semua mesin. Jom lah,” kau ajak Azie balik. Takde sahutan. Air paip makin laju.

Bersambung…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s