BAYANGKAN (Bab 10)

​BAYANGKAN…

Bab 10

Kau tak tunggu lama kat situ. Dengan berat kaki kau cuba melangkah, kau berlari meninggalkan kereta kau dgn lampu terpasang, pintu terbuka dan bonet depan kancil kau ternganga.

Kau lari semahunya, sambil menjerit mcm org hilang akal. Kau tak peduli dah apa nak jadi. Kau tak kira dah kalau orang kata kau gila. Kena tangkap pun takpe, asalkan ada org lain dgn kau.

Cubalah kau bayangkan kalau Ina pun sedang berlari bersama kau!

Sampai je di rumah, takde sorang pun kat rumah. Rumah kau kosong. Kau panggil sorang2 tapi takde siapa yg menyahut. Kau cuak lagi, di masa kau perlukan teman, semua pun takde.

Kau kunci pintu, terus masuk bilik. Kunci pintu bilik, kau duduk di penjuru katil. Kau menangis semahu2nya di situ.

Tak lama, tiba2 pintu bilik kau diketuk kuat.

Kau berhenti menangis, kau tahan nafas. Kau tak tahu nak buat apa lagi. Kau fikir kau akan mati hari ni. 

Ketukan pintu makin kuat. Mcm nak roboh pintu bilik kau. Kau keras kat penjuru katil sambil pejamkan mata. Kalau ada Azie tadi, mungkin kau kuat sikit tapi skrg kau sorang. Sape nak tolong kau skrg?

Tiba2 ketukan tu berhenti. Kau buka mata kau perlahan2. Terbayang gak masa bukak mata, Ina tercongok depan kau tapi fuh… mujur takde. Kau rasa lega.

Tak sampai 2 saat kau lega, tiba2 tombol pintu kau berpusing. Pintu tu tadi kau kunci, mcmmana pulak tombol tu boleh dipulas dari luar. Kau cuak balik.

Kali ini, kau dah mula menangis. Rasa nak terkencing semua ada. Mata kau pejam rapat2, kau rasa nak berserah dah. Hari ni dah cukup kau lari dikejar ke sana ke sini. Kau penat dah. 

Masa ni kau wish agar mak kau ada di sisi. Masa ni kau baru ingat mak kau. Selama ni mak kau membebel, kau runsing. Tapi skrg kau harap kau dpt dengar mak kau membebel.

“Kamu kenapa Wani?” tiba2 impian jadi kenyataan. Kau bukak mata dan nampak mak kau depan mata kau. Kau terus peluk mak kau, kuat… sambil menangis.

Mak kau tolak kau.

“Kau menulis citer hantu lagi ye?” Mak kau teka. Kau diam. Macam baru sedar diri.

“Apa nak jadi dgn kamu ni Wani? Dari malam ke pagi, dari pagi ke mlm, dok terperap dalam bilik mengadap laptop. Kau kata kau menulis buku tapi sampai sekarang mak tak nampak pun buku kamu dijual kat mana2. Lepas tu kamu kunci pintu. Mak risau kot kamu pengsan ke, apa ke kat dalam ni. Jenuh mak cari kunci bilik ni, entah mana ayah kamu letak.” Mak aku mula membebel.

Aku tersentak seketika. Aku tgh tulis buku… iye, aku tgh tulis buku hantu!

Aku bangun, pegi kat laptop. Duduk di kerusi dan cuba baca apa yg aku tulis.

Kelekuk! Mak ketuk kepala aku.

“Baik kamu tutup laptop tu sekarang dan tolong mak buat kerja kat dapur tu sblm mak campak laptop ni keluar rumah!” Mak dah bagi amaran tu sambil berlalu meninggalkan aku.

Ok korang. Nnti aku sambung balik. Mak aku dah marah tu. Korang tunggu tau! Nnti dah reda marah mak aku, aku tulis balik tau.

Nnti aku citer sape Ina, pastu aku citer psl hantu dlm semak kat blakang umah jiran aku. Hantu tu keluar dari cermin tau… sape yg suka ngadap cermin tu, korang tau tak….

“WANIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!! Mak kira sampai 3 je, kamu tak datang, siap kamu!”

“Iye mak, wani datang sekarang!”

Ok korang. Mak aku dah nak bertukar kaler tu. Aku chow dulu. Tunggu citer aku next tau! 

Bye!

5 thoughts on “BAYANGKAN (Bab 10)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s