BAYANGKAN (Bab 9)

​BAYANGKAN…..

Bab 9

Tgh korang kalut tu, lalu sorang lelaki kat tepi korang, hensem! Lelaki tu pandang kau, kau terawang2 jap. 

Lelaki tu tunjuk je arah poket baju kau. “Lama dah bunyi tu,” tegurnya dan terus berlalu pergi.

“Pija, tipon kau laaaaaa!” Azie bersuara kuat, geram. Dijegilnya matanya macam nak terkeluar dari lubang mata tu.

Kau tersengih2, takut punya pasal, kau lupa ringing tone phone kau sendiri! Setting vibrate pulak tu. Patut la bergegar tadi. Heheheeeeee……

Baru nak angkat telefon, org yg call kau dah letak telefon. Kau semak call kat telefon kau, ada 23 missed call!

“Pija, baik kau tukar ringing tone phone kau, skrg jugak! Padam terus bunyi entah apa2 tu. Letak bunyi budak ketawa pulak jadi ringing tone!” Marah Azie tadi tak sudah lagi.

Kau tak jawab, bukan taknak jawab, tak tau nak jwb apapun. ‘Mcm la aku tau semua ni nak jadi mcm ni hari ni, lagipun selama ni mmg itu la ringtone aku,’ kau merengus sendiri dlm hati.

Kau tgk phone, cari sape yg call kau sampai 23 kali tu. 

“Haiza call aku la, sampai 23 kali. Apa hal yg penting sangat tu?” Kau bagitau Azie yg masih pandang kau dgn wajah tak puas hati.

Kau call haiza balik.

“Hello! Pija! Kau masuk gua mana? Berpuluh kali aku call, kau tak jawab. Dekat sejam aku dail nombor kau dan Azie. Nak patah jari aku tau tak?! Si Azie lagi teruk, sampai sampai sekarang tak pick up phone, call aku balik pun tak,” rengus Haiza di hujung talian.

“Apahal yg mustahak sangat kau cari aku dgn Azie?” Kau jawab tanpa peduli bebelan Haiza.

“Ina dah meninggal dunia, jenazahnya dah di bawa balik rumah mak dia. Kalau kau nak melawat, pergi la. Sbb keluarganya nak kebumikan jenazahnya sebelum maghrib,” beritahu Haiza masih dgn nada bengang kat kau.

Innalillahi wainna lillahi rojiun… 

Kau pandang Azie yg masih menanti kau memberitahunya sesuatu.

“Ina dah meninggal. Akan dikebumikan sebelum maghrib hari ni,” kau bagitau Azie.

Tiba2 kau dan Azie teringat kat perempuan di bilik bos korang. Korang sama2 mendongak, melihat ke arah bilik bos korang.

Korang terkaku seketika. Kelihatan dgn jelas, perempuan itu sedang merenung tajam ke arah korang. Renungan tepat, mmg dia renung korang. 

Dan yg paling jelas, perempuan tu ialah Ina! Kawan sepejabat korang yg baru je disahkan sudah meninggal dunia! Tak longlai lutut kau?

“Azie, kau masih nak naik atas ambil beg kau ke?” Tanya kau tak tau le perli ke bersungguh.

“Aku tumpang kau je la Pija. Kau hantar aku balik nanti ye,” Azie jawab sambil matanya masih memandang ‘Ina’ di atas sana yg masih merenung korang.

“Jom blah la… meremang bulu roma aku ni,” Azie tarik tangan kau. Kau menurut je.

Dalam kereta, kau tanya Azie, “sekarang ni mcmmana? Kau nak pegi ziarah jenazah Ina tak?”

Kau tak tau dah nak jawab mcmmana. Serba salah samada nak pergi atau tak.

“Kita pergi la kejap ye. Tapi kejap je tau,” kau jawab. Kali ni Azie pulak mengangguk.

Sampai di rumah Ina, suasana muram. Kelihatan mak Ina sedang duduk di sisi jenazah anak sulungnya sambil membaca surah yassin.

Kau dan Azie menghampiri mak Ina sambil bersalaman dgn tetamu lain.

“Salam takziah makcik,” mak Ina terus peluk kau. Dalam tak sedar kau menangis. Ina seorang yg baik, dia tak pernah menyusahkan org lain walaupun dia jarang bergaul dgn orang.

Azie membuka kain nipis yg menutup wajah Ina. Kelihatan wajahnya tenang je, walaupun ada kesan jahitan di dahinya. Hilang terus rasa takut pada wajah yg mengganggu kau dari pagi tadi.

Takde apa yg pelik berlaku. 

Kau dan Azie meminta izin utk balik. Kau harap segalanya dah selesai dgn pengebumian jenazah Ina hari ni. Moga esok segalanya akan kembali normal biarpun ofiz kau akan kekurangan 2 staff lama.

Kau hantar Azie balik ke rumah sewanya. Masa tu dah masuk pukul 7.30 ptg, dah nak maghrib.

Lepas turunkan Azie, kau memandu terus nak balik rumah kau.

Selang beberapa minit, kau terhidu bau wangi ya amat. Sampai kau rasa pening dgn bau tu.

Adoi! Apa pulak ni? Ingatkan dah selesai.

Kau tarik pewangi kereta kau dari jaring aircond kereta kau. Botol je yg tinggal, dah takde isi. ‘Takkanlah bau wangi tu dari botol ni. Lagipun pewangi aku bukan bau ni’ kau merungut sendiri sambil terus memandu.

Dalam kesamaran senja tu, kau ternampak kelibat seseorang kat tepi kebun getah yg kau sedang lalu tu. Kau amati orang tu.

Semakin dekat, kau makin gelisah.. pakaiannya amat kau kenali.

Sebaik kau melewati orang tu, kau yakin, itu Ina!

Kau tekan pedal minyak sekuat2nya. Janganlah kereta mati enjin masa ni. Kau bayangkan, enjin kereta mati, di tengah2 kebun getah dgn Ina yg kau tgk telah dikebumikan tadi, sedang mengelilingi kereta kau!

Dapat bayangkan tak????

Apa yang kau takut, betul2 terjadi. Tiba2 je enjin kereta kau mati! 

‘Aduhai… Ina, apa salah aku kat kau? Kenapa kau dera aku mcm ni? Kenapa bukan aku je yg mati?’ Keluh kau. Nak keluar kereta kau takut, tapi duduk dalam pun tak boleh selesai masalah. Senja2 mcm ni, mana ada org lalu lalang kat kebun getah ni.

Kau beranikan diri keluar. Rumah kau tak jauh dah. Kalau jalan kaki, dalam 15 minit sampai dah. Kau cuba call kawan serumah kau tapi takde yg angkat telefon. Masing2 sedang solat maghrib kot.

Kau bukak bonet depan kat bahagian enjin. Kononnya pandai nak repair padahal isi minyak pun kau terhegeh2.

Tiba2 bau wangi tadi datang balik. Hahhh sudah! Kau pandang kiri kanan.

Tgh kau panik tu, tiba2 kau dengar bunyi pintu kereta kau ditutup. Kau terkejut. Kau pandang ke dalam kereta kau.

Ada seseorang di bahagian tempat duduk belakang, sedang memandang tajam ke arah kau.

Allahu…. kau jem! Ina dalam kereta kau!

Bersambung….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s