BAYANGKANLAH (Bab 2)

​BAYANGKAN…..

Bab 2

Ina pandang kau, kau pandang Ina. Tetiba bulu roma kau meremang. Orang tua2 kata, kalau meremang kat tengkuk, maknanya ada hantu dari arah belakang. Tapi sekarang Ina kat depan kau. Yg lagi tak best, kau meremang seluruh badan!

“Pija, ooo pija! Kau dengar tak ni? Datang ke tak?” Suara Azie kejutkan kau. Kau masih bermain mata dgn Ina. Suara dah tak boleh keluar. Lutut dah longlai, rasa nak terjelepuk dah.

“Pija. Sebelum zohor arwah Rohiman akan dikebumikan. Kalau kau nak datang, datang cepat,” Azie letak tipon.

Kau tersentak. Rohiman yg meninggal? Bukan Ina? Adoi! Kau baru sedar kau takutkan diri sdiri.

Badan kau kuat balik. Kau pusing ke arah pc kau utk tutup & bersiap utk pergi menziarah arwah despatch ofis kau. Sambil tu, kau fikir utk susun ayat, mcmmana nk pujuk Ina.

Rohiman tu despatch kat ofis kau. Dia tu tunangan Ina. Mungkin Ina sedang bersedih. Tu yg suara tak keluar, rupanya lain macam. Sian Ina.

“Ina, aku faham perasaan kau. Aku tau kau datang ofiz utk lupakankan kesedihan kau kan? Dah sampai ajal dia. Kita yg hidup, kena teruskan. Rohiman pun mesti nak kau teruskan hidup kau dgn baik,” kau membebel sambil tutup plug pc kau.

“Ina, aku pergi ziarah arwah dulu. Kau jaga ofiz ye. Lagipun, ofiz sepatutnya tutup hari ni. Tapi kalau kau rasa kau lebih tenang di sini, kau stay lah. Lepas ziarah arwah, aku datang balik ye,” kau janji dgn Ina.

Ina masih di kedudukan tadi. Kau keluar. Ina pandang kau lagi sampai kau keluar. Seram sejuk jugak kau dgn pandangan dia.

Sampai rumah Rohiman, jenazah sedang dibawa ke tanah perkuburan utk disemadikan.

“Sori Pija. Aku ingat Haiza dah bagitau psl Rohiman eksiden & meninggal. Aku pun lupa masa announcement kau keluar jumpa klien”. Azie bgtau kau.

Ooooo…. Rohiman meninggal eksiden.

“Takpe Azie. Tadi aku masuk ofiz, tgk korang suma takde, cuak gak. Tapi nasib baik Ina masuk. Sian dia. Diam je, tak cakap apapun. Aku pun tak pandai pujuk orang,” kau pulak citer kat Azie.

Azie pandang kau macam nampak hantu. “Ina???!!!!”

“Haah, Ina. Tunang si Rohiman ni la. Dia mesti sedih kan? Sampai tak sanggup nak datang sini. Agaknya dia masuk ofiz kot boleh hilangkan sedih. Tapi kat ofiz takde orang pulak. Aku janji dgn dia, selesai kat sini nnti, aku pergi opis semula temankan dia,” kau citer penuh perasaan. 

“Kau ni demam ke Pija oiiii?” Tanya Azie sambil sentuh dahi kau dgn belakang tangannya. Matanya mcm nk tersembul keluar memandang kau.

“Demam apa pulak?” Kau masih buat muka selamba padahal Azie dah nak meletup.

“Pija, Rohiman eksiden masa naik motor dgn Ina. Ina kritikal sekarang, masih kat ICU. Semua organ dalaman dah tak berfungsi. Peluangnya tipis, 90:10 je. Takkan Ina boleh datang ofis????” Kata2 Azie buat kau ternganga.

“Habis tu, sape kat ofiz tadi?” 

Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s