BAYANGKAN (Bab 1)

​BAYANGKAN…..

Bab 1

Kau masuk pejabat, kerja macam biasa. Tapi yg pelik tu, staff lain tak masuk lagi sedangkan dah masuk waktu keje. Kau pergi cari staff lain, kat tandas, kat pantry, kat stor, semua takde. 

Kamu belek kalender kot hari tu ada cuti apa2. Takde pulak. Tiba2 pintu pejabat terbukak. Masuk sorang staff, Ina namanya yg duduk kat belakang kamu. Fuh! Kamu rasa lega. Bukan la hari cuti maknanya.

Kamu tegur Ina yg baru masuk tu, “mana pergi yg lain? Tadi aku cuak gak. Ingatkan cuti ke apa,” tapi Ina diam je. ‘Bad mood kot’ kau fikir sendiri. Mmg minah sorang tu selalu je moody. Sbb tu tak ramai kawan.

Kau buat kerja kau mcm biasa, bukak pc, fotostat, menulis, dsb.

Jam masuk pukul 10, kau toleh belakang kau, tgk Ina. Dia masih dgn kedudukan tadi. Pandang kau, tak mula buat apapun. Pc pun tak bukak! ‘Minah ni dah kenapa?’ Bisik hati kau. Hati dah mula cuak balik. Mana staff lain ni?

Kau masuk pentri nk legakan cuak. Bancuh neskefe susu panas2. Wahhhh! Syoknya!

10.30 kau duduk balik tempat kau. Ina masih tgk kau.

“Apasal kau tgk aku ina oiii? Bukak la pc kau. Kang bos masuk, baru kelam kabut” kau tak tunggu dia jawab. Kau duduk membelakangkannya & buat kerja kau.

Tiba2 ada bau busuk…. busuk ya amat. Rasa nak muntah. 

Hati kau makin cuak. Kau toleh belakang, tgk ina. Ina masih kat situ, tgk kau.

11.00 bau makin kuat. Sekali dgn bau darah.

Kau toleh tgk ina, ina masih mcm tu….

Tgh2 kau cuak tu, tiba2 handphone kau bunyi. Tipon opis lagi kau nak angkat. Reception pun tak masuk lagi. Dari tadi kau je jawab tipon. Hampeh betul!

Kau jawab tipon. Terdengar suara Azie, kau punya ofismate. “Pija, kau datang tak? Dah nak kebumi ni.”

“Datang mana? Kebumi siapa? Korang kat mana weh? Tak masuk ofis ke?” Bertalu2 kau tanya sambil kau pusing badan kau, memandang Ina yg masih di kedudukan macam tadi.

“Laaaa…. kau tak tau ke? Ofiz tutup hari ni, bos pun dtg sini,” kata2 Azie makin buat kau makin cuak sambil terus bertentangan mata dgn Ina.

Bersambung………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s