JANGAN TENGOK CERMIN LAGI

​JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Bab 10 (AKHIR)

“Kalau dah jin namanya, memang tak boleh dibuat janji.” Rungut Ustaz Izuddin sambil melangkah keluar dari bilik kami. Aku dan Finaz mengikut keluar juga. Sambil melihat ke arah cermin yang telah ditutup dengan kain tadi. Macam terpandang2 makhluk tu ada di sana, sedang memandang kami.

Diluar bilik, semua sudah berkumpul di sana.

“Semua dah tutup?” tanya Ustaz Izuddin. Dan semua pun mengangguk.

“Bilik mandi dan tandas?” Tanya Ustaz lagi.

Masing2 menggelengkan kepala. Kat sana lagi la banyak cermin, besar2 pulak tu, siapa yang nak pergi tutup? Nanti tutup belah sini, dia muncul kat belah sana, tutup belah atas, dia muncul belah bawah. Eeuuuwwwwwww…….! Memang tak la……….

“Ambil kain yang bersaiz besar, yang boleh menutup keseluruhan cermin di bilik mandi dan tandas.” Arah Ustaz Izuddin.

Aku dan Finas memang tak bergerak la. Dah sah2 makhluk tu ada kat cermin bilik kami.

Rakan lain bergegas mendapatkan apa yang diminta oleh Ustaz Izuddin.

Ustaz Izuddin melangkah ke bilik mandi, diikuti oleh Prof Azman dan En Fazli. En Sabri sudah pergi ke pejabatnya untuk menguruskan hal kolej bagi memberikan cuti kecemasan untuk hari ini.

Seketika kemudian, terdengar jeritan perempuan dari dalam bilik mandi tu. Dan terdengar suara Ustaz Izuddin seperti sedang berbincang dengan seseorang. Perasaan ingin tahu memang ada tapi aku takut nak pergi jenguk.

“Nyah kau dari sini. Sini bukan tempat kamu. Kau dan alam ni dah tiada kaitan.”

“Ini tempat aku!!!” suara garau membalas.

“Ini bukan tempat kau!”

“Kami sudah ada janji. Aku tuntut janji tu,”

“Tiada siapa yang berjanji dengan kau. Janji kau hanya dengan Allah yang menciptakan kamu.”

“Ini tempat aku, ini tempat akuuuuuuu!!!!”

“Lebih baik kau pergi dengan cara baik, sebelum aku halau kau dengan cara kasar,”

“Aku tuntut apa yg dijanjikan, seorang untuk setiap 3 tahun,”

“Tiada siapa yang akan memenuhi janji tu. Orang yang berjanji dengan kau dah tiada di sini,”

Tiada bunyi seketika. Suasana hening sebentar. Terdengar bunyi nafas kami yang masing2 resah menunggu. Hari semakin cerah.

Selang beberapa minit, tiba2 terdengar suara nyaring menjerit, kuat dan menyeramkan. Kemudian diikuti dgn bunyi cermin pecah berderai.

Kecut perut kami yg menunggu di luar.

Seketika kemudian, kelihatan Ustaz Izuddin, Prof Azman dan En Fazli keluar dari bilik mandi.

“Jangan masuk bilik mandi tu lagi,” kata Prof Azman.

“Kenapa Prof? Hantu tu masih di dalam ke?” Tanya Finaz tak sabar.

“Bukan. Kaca bertabur kat lantai. Takut ada yg luka nanti. Tunggu orang datang bersihkan. Guna bilik mandi dan tandas tingkat bawah,” arah Prof Azman.

Kami semua mengangguk. 

“Hantu tu ada lagi ke?” Tanyaku pula. 

“Takde, dia dah pergi. Kamu semua ingatlah, jangan sesekali berdamping dengan jin dan syaitan. Kecantikan di dunia takkan kekal. Jangan sesekali melafaz janji dgn jin yg memberi kata2 manis kononnya ‘dia’ takkan ganggu aqidah manusia.” Ustaz Izuddin berkata dgn wajah yg murung dan berlalu pergi meninggalkan kami.

“Sebenarnya apa yg terjadi?” Tanya Hanim kepada Prof Azman yg masih berada di situ sementara En Fazli kelihatan menghubungi seseorang.

“Cerita lama. Dulu ada seorang pelajar di sini, begitu taksub dgn kecantikan dirinya hingga sanggup bersekongkol dgn jin utk pastikan tiada yg lebih cantik dari dirinya. Hinggalah 1 hari dia jatuh sakit, sakit misteri.. tiada siapa tau apa sakitnya termasuk doktor.. wajahnya jadi hitam, begitu juga dgn seluruh tubuhnya, jadi hitam dan kering. Tak lama lepas dia sakit tu, dia dijumpai tergantung di dalam bilik mandi sambil menghadap cermin. Kat cermin, ada kesan tulisan dgn darah berbunyi, ‘aku tunggu di sini’. Tak pasti siapa yg menulis perkataan tu di situ. Sejak dari itu ramai pelajar terutama perempuan mengadu melihat lembaga pelik di cermin tapi ‘dia’ hanya memerhati, tak mengganggu. Sekarang pulak dia mengganggu. Mungkin kerana perjanjian di antara mereka,” cerita Prof Azman panjang lebar dan kami yg mendengar pun melopong.

“Apa perjanjian mereka?” Tanya Hanim.

“Setiap 3 tahun, jin tu mahukan seorang korban utk pastikan ‘dia’ kekal di dunia ni,” jawapan menakutkan dari Prof Azman.

“Macammana dia nak ambil korban tu?” Tanya Hanim lagi bersungguh. Kami yg lain pun turut ternganga mendengar.

“Jin tu tinggal di dalam cermin. Tak kira di mana cermin itu. Dari dalam cermin, ‘dia’ akan perhatikan setiap orang yg merenung dirinya di dalam cermin tu. Dan ‘dia’ akan memilih korbannya daripada dalam cermin tu,” cerita Prof Azman.

“Jadi, siapa yg paling kerap mengadap cermin, dialah yg berisiko tinggi utk dipilih,” sambung Prof Azman mengakhiri ceritanya.

Aku terus pandang Finaz. Jelas wajah Finaz pucat. Aku agak la, Finaz yg dah dipilih, sebab tu dia yg nampak makhluk tu dan dia juga yg dirasuk.

“Dia masih ada lagi di dalam cermin ke Prof?” Tanyaku.

“Ustaz Izuddin dah hantar ‘dia’ ke tempat yg sepatutnya,” jawab Prof Azman. 

“Yakin ke Prof?” Tanya Finaz, masih ragu2.

Prof Azman tak jawab.

“Saya dah telefon pihak penyelenggaraan kolej, mereka akan datang bersihkan cermin kaca kat lantai, dan pasang cermin baru,” tiba2 En Fazli bersuara. 

Dan dgn serentak kami semua menjerit, “Tak perlu pasang cermin baru dah!”

Prof Azman dan En Fazli tersenyum sesama sendiri sambil berlalu pergi meninggalkan kami.

Sejak dari itu, aku cuak setiap kali tengok cermin. Dan aku yakin, memang ada sesuatu disebalik setiap cermin. Jadi, jangan tengok cermin lama2, dia ada disana, melihat kamu…….

<TAMAT>

One thought on “JANGAN TENGOK CERMIN LAGI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s