JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

​JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Bab 9

Kat luar, kelihatan beberapa orang rakan berlari keluar dari bilik mandi dengan wajah yang pucat.

“Kenapa ni?” tanyaku.

“Ada hantu dalam cermin,” sahut Azura.

“Hantu???” Tanyaku sambil membeliakkan biji mata. Takkan sampai ke subuh pun dia masih mengacau, fikirku.

“Iye, dia ada di dalam cermin. Dan ada yang nampak dia sedang merangkak secara terbalik kat atas siling,” Beritahu Linda pula.

“Rasanya Shikin masih kat dalam. Dia ada bersama kami sekali tadi, tapi sekarang dia takde, belum keluar kot,” Tina bersuara cemas.

“Kau pergi la tengokkan Shikin kat dalam tu. Tolong la Ida,” rayu Tina. Shikin adalah rakan sebilik Tina. Mereka memang rapat.

“Aku pergi tengok??!! Memang takkan la.” Sahutku. Dah macam2 yang aku lalui dari semalam, lagi nak suruh aku tengok.

“Selalu kan kau berani? Aku risau hantu tu apa2kan dia. Atau dia takut sangat nanti, entah apa jadi kat dia,”

“Kita panggil Prof la. Kejap lagi dia sampai kot. Dia akn selalu datang awal untuk siapkan lab,” terdengar satu suara memberi cadangan.

Aku angguk tanda setuju. Itu lebih baik dari aku yang kena masuk kat dalam bilik mandi tu mencari Shikin yang entah kat mana, entah dalam keadaan apa, entah betul dia entah hantu dah masuk badan dia. Serik dah aku.

Aku segera berlari ke lab, Prof belum sampai. Iyelah, baru pukul 6 pagi. Aku terus menuju ke pejabat warden, kot la dah ada orang. Pun takde jugak. Pilihan terakhir yang aku aku, terus ke surau berdekatan. Harap2 Ustaz Izuddin atau sesiapa saja ada kat sana. Subuh pun baru je berakhir, mesti ada orang lagi kat situ.

Dan aku lega, bila melihat semua orang yang aku cari ada di sana, Ustaz Izuddin, Prof Azman, En Fazli dan warden kolej, En. Sabri. Sebaik je nampak mereka, aku terus je masuk surau, tak kira malu dah dengan ahli2 jemaah yang lain.

“Ya Allah! Kamu ni dah kenapa Azida? Ni kawasan lelaki, yang kamu masuk ke sini kenapa?” Tanya En Sabri, tergamam tiba2 aku muncul di subuh sepi’e kat surau, bahagian lelaki pulak tu.

“Dia ganggu lagi ke?” tanya Prof Azman sebelum sempat aku menjawab soalan En Sabri.

Aku angguk kepala.

“Siapa yang ganggu? Ganggu siapa?” tanya En Sabri yang belum mengetahui kisah semalam.

“Cepat Prof, Shikin terperangkap kat dalam bilik mandi lagi tu, dengan hantu tu,” kata aku. Bila dikenangkan balik, memang kelakar pulak aku boleh cakap pasal hantu, percaya hantu wujud, siap takut tahap terketar lutut lagi sedangkan aku dalam jurusan sains dimana kami patut percaya bahawa hantu tak wujud.

“Jom jom cepat,” Ustaz Izuddin bergegas bangun dan keluar dari surau diikuti oleh yang lain.

Sampai kat tingkat 3 blok hostel tu, aku dengar bunyi jeritan suara garau yg agak menyeramkan. Aku tengok Shikin sedang berdiri di atas tembok batu sambil berjalan diatasnya. Gayat aku tengok… bila2 je dia boleh jatuh ke bawah tu.

“Aku dah kata, ini tempat aku. Tak boleh ada orang lain yg ambil tempat aku. Aku paling cantik di sini,” Shikin bersuara garau.

Ustaz Izuddin menghentakkan tumit kaki kirinya ke lantai dengan mulut seperti membaca  sesuatu. Lepas tu Ustaz Izuddin memandang ke arah Shikin yg masih berdiri di atas tembok tu.

“Kamu jangan kacau anak2 di sini. Mereka tak tahu apa2. Kamu yg tersilap langkah, jgn menyalahkan orang lain.” Ustaz Izuddin bercakap dengan Shikin.

Shikin bertinggung, masih di atas tembok tu. 

“Aku dah kata, aku takkan tinggalkan tempat ni. Aku akan terus tinggal di sini. Ini tempat aku!” Shikin menjerit dgn keadaan seperti nak terkam ustaz Izuddin.

Ustaz Izuddin menghentakkan tumit kaki kirinya lagi. Kali ni Shikin meraung kesakitan. Seram betul bunyinya.

“Aku tak kacau mereka, tapi mereka yg kacau tempat aku,” Shikin bersuara tapi kali ni suaranya perlahan sikit, seperti menahan sakit.

“Alam kau bukan di sini lagi. Anak2 ni tak nampak kamu seperti kamu nampak mereka. Jadi, jangan salahkan mereka mengganggu tempat kamu,” Ustaz Izuddin terus berdialog dengan Shikin dengan keadaan tumit kakinya masih ditekan kuat ke lantai, seperti menekan sesuatu agar tak terlepas.

“Saya akan lepaskan ‘dia’ tapi 2 orang kena pegang Shikin cepat. Kalau terlewat, dia akan jatuh ke bawah.” Ustaz Izuddin dengan suara separuh berbisik, memberi arahan kepada Prof Azman dan En Sabri. Dan dua orang tu mengangguk tanda faham arahan tu.

Ustaz Izuddin memejamkam mata, memusingkan tumit kaki yg ditekankan ke lantai sejak tadi. Dan Shikin menjerit kuat.

“Allahu Akbar!” Laung Ustaz Izuddin kuat sambil mengangkat tumit kakinya separas lutut dan menghentaknya kembali.

Dan Shikin terkulai pengsan kat tembok tu. Mujur Prof Azman dan En Sabri memang dah menunggu di tepinya seperti yg diarahkan dan sempat menarik tangan Shikin. Kalau tak, memang jatuh dah Shikin ke bawah. 

Tingkat 3 memang tak tinggi. Tapi kalau terhentak kepala, boleh mati. Kalau tak mati pun, patah riuk jugak. Nauzubillahi min zalik.

Shikin di bawa ke bilik rawatan.

“Tolong simpan semua cermin kamu. Mana2 cermin yg terbuka, tolong tutup dengan kain. Pastikan tiada cermin yg kamu boleh lihat bayangan. Tutup semua sekarang juga,” Ustaz Izuddin memberi arahan.

Tanpa banyak tanya, kami semua masuk ke bilik masing2, mencari cermin yg terbuka.

Aku dan finaz masuk bilik kami. Dari pintu bilik, kami dah nampak cermin yg retak tu. Dan dari cermin tu, jelas kelihatan bayangan perempuan tu di dalam cermin memandang kami dgn marah.

“Ustaz!!!!” Finaz menjerit. 

Ustaz Izuddin masuk bilik kami, menarik cadar katil aku dan menutup cermin dgn bayangan perempuan tu masih di situ, memandang kami.

Bersambung….

One thought on “JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s