JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

​JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Bab 8

Aku bangun. Berdiri kat dinding.. Finaz pun bangun, berdiri kat sebelah aku. Azwa dan Sue memandang kami dgn wajah cuak.

“Kenapa dgn korang ni? Kenapa pandang aku macam ni? Dah la kat bilik tu ada makhluk pelik, sekarang korang pulak tengok aku macam aku pulak makhluk pelik tu,” katanya seperti nak menangis.

“Makhluk pelik???” Kami bertiga bertanya serentak.

“Tadi, lepas kau keluar pergi bilik mandi, aku bukak almari nak ambil baju. Masa tu aku dengar suara perempuan, macam berbisik kat tepi aku. Aku cari punca bunyi tu, sampai la aku berdiri kat depan cermin tu. Tengah aku belek2 cermin tu, mencari punca bunyi tu, aku perasan diri aku dalam cermin tu macam bukan diri aku. Aku yg kat dlm cermin tu tenung aku sedangkan aku tak buat gaya seperti tu pun. Tengah aku tenung diri aku yg pelik kat cermin, tiba2 cermin tu retak. Masa tu, keluar seorang perempuan. Dia berjalan ke arah aku dan lepas tu tak tak ingat apa2 dah,” bersungguh Finaz bercerita. 

Kami bertiga masih diam melopong mendengar cerita Finaz.

“Masa aku sedar tadi, aku nampak seseorang duduk di birai katil kau Ida. Aku ingatkan kau la. Tapi orang tu berambut panjang dan takde gaya macam kau pun. Aku pergi dekat dia, dan aku nampak perempuan dgn wajah hodoh, tangan hitam, pandang aku, dgn mata merah terbeliak,” 

“Lepas tu?” Azwa tanya.

“Lepas tu aku lari la.. bukan main berat kaki aku nak melangkah. Dan masa tu la perempuan tu ketawa mengilai dan terangkat sampai ke siling. Fuh…. takutnya korang… lutut aku masih menggeletar ni.” Memang pucat wajah Finaz masa ceritakan pasal perempuan yg keluar dari cermin tu.

“Dgn susah payah aku lari jugak, bila dapat keluar, aku ketuk semua semua pintu tapi takde orang yg bukak pun. Sampai la kat pintu bilik korang ni. Kalau korang pun tak bukak, mungkin aku terjun terus ke bawah melalui balkoni tu,” sambung finaz dan masa ni kelihatan bergenang air di kelopak matanya. Serius dia takut tu.

Sue menghampiri Finaz. Dipeluknya Finaz. Dan Finaz pun apa lagi, menangis la.

Tiba2 aku rasa bersalah pulak tinggalkan dia tadi. Tapi bila kenangkan balik keadaan dia tadi, memang takde siapa akan tunggu rasanya.

“Kau tak masuk bilik ke lepas mandi tadi Ida?” Tanya Finaz kat aku. Serba salah aku nak jawab.

“Kau cakap ada org berdiri kat balkoni tadi, siapa?” Tiba2 azwa tanya aku, memotong soalan Finaz tadi. Dia tahu keadaan serba salah aku utk menjawab. Takkan aku nak ceritakan keadaan dia tadi.

Aku angkat bahu.

“Macammana sekarang ni? Hari dah jauh malam. Korang nak balik ke bilik ke?” Sue tanya aku dan Finaz. Aku dan Finaz berpandangan.

“Aku tak berani,” aku jawab terus. Hilang dah malu aku..selama hari ni, kat blok hostel kami, aku la paling berani. Semua studen perempuan memang harapkan aku la kalau nak buat kerja2 lasak.

Tapi hari ni keberanian aku hilang. Lenyap terus. Hanya sebab makhluk dari cermin tu.

“Barang2 kita kat dalam tu, Ida. Esok ada kuliah, macammana nak bersiap pagi esok. Buku baju semua nak kena ambil juga,” kata Finaz macam la aku tak tau.

“Aku nak keluar dari bilik ni pun tak berani, inikan pulak kau nak ajak aku balik ke bilik tu? Lagi kau kata makhluk tu ada kat dalam tu, duduk pulak kat birai katil aku? Kau ingat aku nak ke sana?” Aku jawab terus. Rasa nak marah pun ada.

“Ida, kau tak tengok apa yg aku tengok. Tapi kenapa kau nampak macam lebih takut dari aku?” Tanya Finaz macam bengang je. Kami kan memang selalu berlainan pendapat.

Tapi tak boleh nak salahkan dia juga sebab dia tak tahu apa yg dah terjadi sebentar tadi. Tambahan pula aku tak pernah bagitahu dia apa yg aku nampak.

“Takpe takpe, malam ni korang berdua tidur je kat sini. Pagi esok, bila dah cerah sikit, kita pergi ambil barang korang sama2,” pujuk Azwa bila dia dah perasan kami dah mula nak bertekak.

Jam pun dah nak masuk pukul 12. Kami pun dah penat nak berfikir dah. Jadi, kami pun tidur berhimpit2 kat bilik tu, dgn lampu terpasang. Masing2 dah takut, tak berani nak tutup lampu dah.

Pagi esoknya, masa kami masih tidur lagi, tiba2 dikejutkan dgn bunyi jeritan arah bilik mandi. Aku terus melompat keluar.

Bersambung….

One thought on “JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s