JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

​JANGAN TENGOK CERMIN LAGI

Bab 7

“Kau ni pulak dah kenapa Ida? Dari dalam bilik mandi tadi kau dah berperangai pelik,” Tanya Sue yang duduk sebilik dengan Azwa.

Aku tak jawab.

“Kenapa kau datang sini? Finaz mana?” 

Aku tak jawab.

“Ida, cakaplah sesuatu. Kami ni cuak yg tadi pun tak hilang lagi. Kau pulak masuk sini dgn keadaan macam ni,” gesa Azwa.

“Aku ok..jangan risau,” jawabku ringkas.

“Finaz mana?” Tanya Sue.

Aku gelengkan kepala.

“Kami baru nak makan ni,  kau nak tumpang ke?” tanya mereka.

Aku geleng kepala, takde selera dah rasanya.

“Kau rasa apa yang berlaku tadi? Apa yang Shikin dan Hanim nampak? Mereka tu kena histeria ke?” tanya Azwa.

Aku gelengkan kepala tanda tak tahu.

“Aku yakin kau tahu sesuatu Ida. Perangai kau pelik hari ni,” teka Azwa sambil membuka bekas makanannya.

“Cuba kau ceritakan, apa sebenarnya yang kau tahu dan kami tak tahu? Kenapa tiba2 malam ni perangai kau pelik? Adakah kena mengena dengan kejadian tadi?” tanya Sue sambil menyuap nasi goreng kampung ke mulut.

“Korang ada nampak apa2 yang pelik tak masa di bilik mandi tadi?” tanya aku.

“Takde apalah pulak. Kau nampak apa?” tanya Azwa.

Aku bangun, berpusing2 di dalam bilik mereka mencari sesuatu.

“Kau cari apa Ida?” tanya Azwa.

“Bilik korang takde cermin ke?” aku tanya.

“Mula2 masuk dulu ada cermin kecil tapi lepas 3 hari masa balik dari kuliah, cermin tu retak tiba2, aku buanglah. Belum sempat lagi nak beli baru. Kenapa kau tanya pasal cermin?” tanya Azwa pula.

“Aku ada cermin kecil letak dalam beg ni. Kau nak ke?” tanya Sue pulak.

“Oooo…. aku taknak!” jawabku pantas dengan nada yang hampir menjerit.

Sue dan Azwa berpandangan sesama sendiri.

“Kau kenapa ni? Ceritakan pada kami, kot kami boleh membantu,” kata Azwa.

“Aku rasa, Finaz tu dah kena rasuk dgn hantu perempuan dari dalam cermin di bilik kami,” jawabku sambil bersandar di dinding, manakala Azwa dan Sue terhenti makan dan memandang aku dgn mata yg besar dan mulut yg terlopong.

“Kenapa kau cakap macam tu?”

“Dia pasang cermin kat bilik kami. Tapi sejak kebelakangan ni, aku selalu nampak seseorang dalam cermin tu. Finaz pun sama. Sampai pagi tadi, bila kami cuba buka cermin tu, tak boleh. Maghrib tadi kan aku kat bilik mandi. Finaz tinggal sorang kat bilik. Bila aku balik ke bilik, Finaz dah macam orang lain. Dia bermekap tebal, menari kuda kepang kat depan cermin dan pandang aku semacam. Aku tak tau apa yg jadi, tapi aku pasti itu bukan dia.” Cerita aku meluahkan.

Azwa dan Sue terdiam. Mereka berhenti makan.

“Masa di bilik mandi, aku nampak di cermin, sesuatu keluar dari siling. Tapi bila aku tengok di luar cermin, benda tu takde,” ceritaku lagi.

Tengah aku bercerita tu, tiba2 ada orang ketuk pintu. Kami bertiga tersentak. Tengok jam dah pukul 11 malam.

“Siapa tu?” Aku yg bertanya padahal aku menumpang je kat bilik tu.

“Entah. Tak pernah lagi orang datang waktu2 macam ni,” sahut Sue.

“Masa aku nak masuk sini, ada seseorang berdiri kat balkoni tepi bilik korang ni. Tapi aku tak tau siapa.” 

“Kau jangan macam2 Ida. Kami dah takut ni,” 

Ketukan makin kuat.

Azwa bangun melangkah ke pintu. Cuak betul aku masa tu.

Sebaik sahaja Azwa bukak pintu, kelihatan Finaz kat pintu.

“Ida ada kat sini ke?” Tanyanya.

Azwa, Sue dan aku saling berpandangan. Meremang bulu roma pun ada.

Tanpa dipelawa, Finaz masuk dalam bilik tu, duduk kat tepi aku.

“Ida, jom balik bilik kita. Kenapa kau tinggal aku sorang2? Aku takut tau tak? Setiap bilik aku ketuk nak cari kau,” Finaz bersuara.

“Aku nampak dia ok je Ida,” kata Sue separuh berbisik.

Aku tak tau dah nak cakap apa.

Bersambung…

One thought on “JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s