JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

​JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Bab 6

Perlahan2 aku toleh ke belakang. Aku dapat rasakan benda kat belakang aku tu macam terawang-awang je. Dan apa yang aku takutkan, memang ada kat belakang aku. Bayangan perempuan yang aku tengok kat dalam cermin tu pagi tadi!

Kakinya yang hitam tu tak jejak ke lantai. Wajahnya lebih menakutkan dari yang aku tengok di dalam cermin pagi tadi. Dengan matanya yang merah, dia memandang tepat ke arahku. Tak pernah seumur hidup aku menggeletar kerana takut, tapi malam tu aku menggeletar, lutut aku lemah, kaki aku rasa kebas. Dia rapat sangat dengan aku. Bila2 masa je dia boleh cekik aku. Masa tu, aku percaya, hantu boleh bunuh orang.

“Azida!” tiba-tiba ada suara panggil aku. Aku menoleh sekejap dan bila aku tengok ke depan balik, perempuan tu dah takde.

“Azida!” aku dengar suara memanggil aku lagi. Macam suara Prof Azman.

Aku terus melangkah masuk bilik dengan hati yang masih kecut, fikiran yang masih cuak.

“Shafinaz takde apa pun.” Kata Prof Azman.

Aku pandang Finaz. Finaz pun pandang aku. Kami saling berpandangan dengan wajah yang penuh tandatanya.

“Tapi tadi dia…,” aku cuba nak cakap tapi tak dapat habiskan ayat aku.

“Dia apa?” tanya Ustaz Izuddin.

“Kenapa dengan aku Ida?” tanya Finaz pulak.

Aku gelengkan kepala. “Takperlah Ustaz, Prof. Perasaan saya kot,” aku bersuara beralah. Iyelah, apa bukti aku nak tunjuk bahwa tadi dia menari kuda kepang kat depan cermin tu kan.

Finaz senyum. Tapi aku tak tahu lah senyuman tu macam sangat menakutkan aku.

En. Fazli, Prof Azman dan Ustaz Izuddin beredar.

Aku tutup pintu bilik. Masa tu Finaz sedang duduk di kerusi belajar dia. Aku tak cakap apa2. Aku terus ke meja aku, buka buku dan baca. Tapi sebenarnya aku tak nampak apa2 untuk dibaca pun. Sekadar nak melupakan apa yang dah terjadi tadi. Aku tak berani pandang Finaz pun.

Tiba2 Finaz datang kat meja aku nak pinjam pembaris. Aku pun melompatlah terkejut. Habis semua buku dan peralatan kat atas meja aku berterabur.

“Kau ni dah kenapa Ida?” Tanya Finaz dengan wajah yang pelik memandang aku.

“Kau jangan tiba2 datang sergah aku macam tu boleh tak?” tak sedar aku jerit kat dia.

“Aku nak pinjam pembaris je, mana ada aku sergah kau?” Finaz jawab. Dia ambil pembaris dari lantai, dan berlalu pergi ke mejanya semula. Aku kutip semua peralatan aku, dan simpan. Dah takde mood dah aku nak membaca ke, mentelaah ke.

Masa aku baring kat katil, Finaz pandang aku. Aku pusing membelakangkannya. Tak kuasa aku nak pandang dia.

“Tu lah, lain kali jangan cakap besar. Kan dah kena,” kata Finaz membuatkan aku duduk di birai katil dan memandangnya.

“Kena apa?” tanyaku ingin tahu.

“Kena kacau lah. Aku rasa dia suka kat kau,” Finaz jawab sambil tersenyum tanpa memandang aku.

“Siapa?” aku tanya lagi, aku mula panik.

“Dialah, yang duduk kat dalam cermin tu. Tapi sekarang dia dah keluar tau,” Finaz menjawab dengan lerekan mata memandang ke arahku.

Aku tak boleh tunggu lagi. Aku bangun, keluar dari bilik. Berat sungguh kaki aku nak melangkah sampai ke pintu tu. Rasa macam ada kuasa magnet yg tarik kaki aku dari lantai tu. Dan pintu tu pun rasa macam jauh sangat. 

Finaz pandang aku. “Kau nak kemana Ida?” Tanyanya sambil senyum.

Aku taknak jawab, dan aku taknak menoleh tengok dia lagi.
Sebaik je berjaya keluar dari bilik tu, aku melangkah laju pergi ke bilik Azwa.

Belum pun sampai kat bilik Azwa, aku nampak seseorang berdiri di tepi balkoni membelakangkanku. Bilik Azwa adalah bilik hujung, memang dekat sangat dah balkoni tu.

Tapi aku dah nekad taknak  ambil tahu lagi. Aku tak peduli dah siapa tu. Aku terus ketuk pintu bilik Azwa, dan terus meluru masuk.

Bersambung…

One thought on “JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s